Memujuk anak untuk belajar bukan mudah, perlukan kesabaran tinggi. Namun kerelaan anak kecil untuk membuat latihan terhenti dek gara-gara soalan yang begitu sukar dan mencabar minda anak. Sudahnya anak jadi hilang minat untuk belajar.

Perkongsian seorang ibu, Nur Atiqah Zulkiplee yang meluahkan rasa kebimbangannya berkenaan soalan matematik murid Tahun 1 yang dirasakan amat sukar untuk kanak-kanak seusia itu membuka mata ramai pihak.

Kongsinya lagi, dia sendiri berdepan kesukaran untuk membantu anaknya menjawab soalan ini malah merasakan tidak wajar diberikan kepada pelajar Tahun 1.

“Saya masih mencari dimana logiknya soalan ni ditanya pada budak darjah 1. Budak tu nak beli pemadam pun puas kira syiling, kira baki pun salah lagi.

“Seluar dalam pun kadang2 pakai senget2, apetah lagi tudung sekolah. Nak beli makanan kat kantin pun takut-takut lagi. Hingus pun lap kat lengan baju lagi!

“Serius Tak Logik” Soalan Darjah 1 Susah, Takut Anak Hilang Minat. Ibu Luah Rasa Bimbang!

“Perlu ke kita gasak otak anak kita dengan tekanan yang boleh mengganggu perkembangan kebolehan soft skills anak-anak kita?

IKLAN

“Zara ni, bila bagi dia sifir pun dia boleh faham dah konsep gandaan dan sifir sampai sifir 6 dah Zara tulis. Selamba je dia tulis, pastu hulur..”mama, nah sifir 6”. Maksudnya dia bukan budak yg ada masalah pembelajaran,” tulisnya berkongsi.

Malah graduan dalam bidang matematik ini sendiri mengakui kesukaran soalan itu yang amat kurang sesuai untuk murid yang baru bertatih mengenal tambah dan bahagi.

Tidak hanya merasakan sukar bahkan kata ibu ini lagi, dia turut berdepan masalah bila mana cuba menerangkan rungkaian pada soalan matematik itu kepada anaknya.

“Tapi bila tengok soalan ni, ni agenda untuk latih anak jadi robot ke? Tiba-tiba mama rasa nak bakar je scroll mama tuh.

IKLAN

“Mama buat loan 22k untuk dapat scroll dalam bidang matematik, tapi masih tak dapat nak ajar anak darjah 1 buat kerja sekolah subjek matematik? Entah siapa yang salah, ku tak tahuuuu..

“Soalan buku teks darjah 1 sekolah kebangsaan. Mama boleh la jawab, tapi nak explain dengan level pemahaman budak, bahasa budak, cuba buat tengok,” katanya lagi.

“Serius Tak Logik” Soalan Darjah 1 Susah, Takut Anak Hilang Minat. Ibu Luah Rasa Bimbang!

Bimbang bunuh minat anak
“Serius tak logik. Bagi saya, soalan macam ni boleh membunuh minat anak. Kalau macam ni lah soalan yang digunakan untuk nilai PBD or whatnot, anak saya dapat TP1 pun saya tak heran!

IKLAN

“Lantak la kpi sekolah ke kpi gb ke. Kita sendiri boleh menilai kebolehan anak kita MENGIKUT PERKEMBANGAN UMUR DIA,” katanya berkongsi.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

“Serius Tak Logik” Soalan Darjah 1 Susah, Takut Anak Hilang Minat. Ibu Luah Rasa Bimbang!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI