Ads

Serunding Halia Buatan Sendiri, Nampak Sedap & Menyelerakan. Ibu Ini Kongsikan Resipinya

Serunding halia memang makanan yang selalu diambil ibu-ibu dalam pantang dari zaman dahulu kala. Kini masih ada lagi ibu-ibu yang memakannya ketika berpantang dan disuaikan dengan pemakanan seimbang yang lain. Serunding halia tradisi ini walau pun nampak ringkas tapi memang membuka selera!

Serunding Halia Buatan Sendiri, Nampak Sedap & Menyelerakan. Ibu Ini Kongsikan Resipinya

Bagi ibu-ibu yang bakal berpantang dan sering tidak berselera, anda bolehlah mencuba serunding ini. Puan Faizah Md Zain telah berkongsi resipi serunding halia yang digunakan untuk perniagaannya. Berikut ialah perkongsian beliau,

Ni saya kongsi resepi serunding halia cara saya sekali lagi….ni mmg 100% resepi saya guna utk bisnes saya….. Moga bermanfaat pada semua ye..

Ads

RESIPI SERUNDING HALIA

 Serunding Halia Buatan Sendiri, Nampak Sedap & Menyelerakan. Ibu Ini Kongsikan Resipinya

Ads

Bahan-bahan

Ads
  • 1 kg halia -dikupas n disagat
  • RM10 ikan bilis-digoreng dan dikisar kering
  • 5 batang serai-dimayang halus
  • 5 labu bawang putih-dimayang halus
  • Garam (secukup rasa)
  • Minyak secukupnya

Cara membuatnya

  1. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dah disagat halus tadi. Api slow dan biarkan garing kekuning-kuningan. Angkat dan toskn
  2. Gorengkan bawang putih dan serai (sampai garing) angkat dan toskan
  3. Gaul rata halia dan bawang putih serai yang siap digoreng tadi. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam.
  4. Masukkan dalam bekas bertutup. Siap

 Serunding Halia Buatan Sendiri, Nampak Sedap & Menyelerakan. Ibu Ini Kongsikan Resipinya

Sumber: Puan Faizah Md Zain

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ruang Terapi Sensori Percuma Bantu Perkembangan Anak Istimewa, Legakan Beban Ibu...

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald membantu ribuan anak istimewa di Malaysia melalui terapi percuma yang selamat, komprehensif dan mesra keluarga.