Kebiasaanya pasangan selebriti jarang-jarang memiliki cahaya mata yang ramai. Namun bagi usahawan, Neelofa dan suaminya, PU Haris, keduanya mahu segera menambah zuriat malah mahukan anak yang ramai.
Semua itu dikongsikan oleh Haris menerusi satu video perkongsiannya. Bahkan kata Haris, hal itu diutarakan oleh Neelofa sendiri yang tidak kisah punya anak ramai.
PU Riz berkata isterinya mahukan anak ramai seperti dalam pasukan bola. Namun dia menyerahkan soal rezeki cahaya mata itu kepada Allah.
“Seingat saya, dia (isteri) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja. Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya,” katanya.
Ads
Bahkan Neelofa turut memberikan respon mengenai pendedahan suaminya bahawa dia tidak kisah mempunyai cahaya mata ramai selagi berkemampuan.
“Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
“Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai,” katanya.
Ads
Akui Neelofa lagi, apa yang paling penting sebagai ibu bapa juga harus punya kemampuan untuk membesarkan anak-anak dengan baik selain saham akhirat untuk ibubapa.
“Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti,” katanya.
Ibu ayah mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anaknya. Atas dasar itulah, selebriti Tya Ariffin sanggup turun naik sekolah untuk mencari sekolah yang terbaik buat anaknya.
Anak sulung Tya dan suami, Arif Jiwa, bakal melangkah ke Tahun 1 pada bulan hadapan. Disebabkan itulah Tya dan suami sanggup mencari sekolah yang baik dan bersesuaian buat anak mereka.
Melalui Instagramnya ujar Tya, dia sudah pun memilih tiga sekolah terbaik untuk anaknya sebelum memilih sekolah pilihannya.
“Tya rasa sudah banyak kali pergi ke sekolah sekolah untuk nak pilih sekolah Arif. Semua sekolah bagus, dan mesti ibu nak pilih yang terbaik untuk anak anak.
“Nervous, karna Arif this year dah mula Year 1. Dari banyak options, kecilkan lagi 3 options, ke 2 options, fikir lagi fikir lagi.
“Dah ada 1 options ni. Itupun pergi tiga kali dulu. Baru berani buat keputusan dan ajak Arif challenge test,” kongsi Tya menerusi kapsyennya.
Malah akuinya lagi, dia mahu Arif melalui episod persekolahan dengan persekitaran yang baik buat anaknya itu.
“Inshallah tak ada halangan rintangan Arif mulai sekolah next month. Aah mulailah episode baru dari Arif di Year 1.
“Kalau kalian pilih sekolah anak, apa consideration yang priority?,” ujar Tya yang turut meminta pandangan dari pengikutnya di Instagramnya.
Rata-rata pengikut Tya turut sama berkongsi pendapat dan pandangan mereka mengenai sekolah yang terbaik buat anak.
Terdahulu, Tya dan Asyraf mendirikan rumahtangga pada November 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, dan Azzahra Jiwa.
Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal. Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah-masalah yang melanda. Pun begitu, sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga kekal harmoni.
Sebagai manusia biasa, mungkin ada perbuatan atau perkataan yang keluar dari mulut kita, mengguris perasaan orang tersayang.
Untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan, ada dua elemen penting yang harus dibuat bersama. Pertama, solat berjemaah. Kedua, saling bermaafan. Sebaiknya, tidurlah dalam keadaan anda dan pasangan saling menyayangi dan tidak bergaduh. Mengapa solat berjemaah itu penting?
Saat usai solat, isteri akan bersalam dengan suami dan mencium tangannya. Itu adalah satu simbol bagi mengingatkan si isteri bahawa suami adalah ketua dan perlu dihormati.
Sebelum tidur, bermaafan sesama sendiri. Dengan cara ini, Allah SWT akan memberi ketenangan kepada kita sekaligus melindungi rumah tangga dari sebarang anasir jahat.
1. Setiap hari kita akan sedar kesilapan yang kita lakukan. Mungkin salah itu tidaklah besar dan kita pun tak sedar telah berbuat silap. Jadi dengan tabiat bermaafan sebelum tidur, pasangan akan reda dan kita tiada lagi ‘hutang’ maaf terhadap si dia.
2. Apabila saling bermaafan, kita akan sedar yang pasangan selalu peka dengan perlakuan atau perkataan yang dibuat. Jadi tidaklah kita mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan kerana sudah tahu, pasangan kita tidak suka dengannya.
3. Hati lebih tenang jika kita tidur dalam keadaan sudah mohon maaf dan juga memaafkan orang lain. Ia adalah sifat yang mulia dan sangat diredai oleh Allah SWT. Tidur dalam dendam akan membuatkan kita menjadi manusia yang negatif.
Sekiranya anda sedang bertelagah dengan pasangan. Dalam hati terasa amarah yang teruk, jangan lupa untuk terus beristighfar dan bolehlah baca doa ini.
Sebenarnya, kepentingan bermaafan ini sangat banyak. Kesimpulannya, katakan jika pasangan kita ‘pergi’ ketika dalam tidur (minta dijauhkan), sekurang-kurangnya kita sudah pun bermaafan dengan satu sama lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kedua-duanya kita sayang. Suami pun kita cinta, sahabat pun kita kasih. Dengan kasih sayang serta kepercayaan yang kita berikan, siapa sangka suami rupanya berhubungan dengan teman yang kita anggap seperti ahli keluarga sendiri. Betapa remuknya rasa hati.
Melalui perkongsian suami ini, Akhtar Syamir ada berkongsi beberapa tanda yang boleh isteri perhatikan jika si suami mungkin ada menjalinkan hubungan istimewa dengan sahabat baik kita sendiri.
Saban hari kita mendengar kes suami kahwin lain. Yang paling menyedihkan apabila ianya berlaku ketika si isteri sedang sarat mengandung.
Saya tidak mahu ulas mengenai poligami. Saya cuma mahu berikan sedikit panduan untuk mengelakkan suami dirampas wanita lain.
Mula-mula sekali kita kena kesan kehadiran dia. Mata tu kena buka luas-luas. Jangan jadi pembaris sangat. Jangan mudah diperbodohkan dengan kebaikan diri sendiri.
Apabila mata sudah terbuka, semak ada atau tidak tanda-tanda kehadiran si dia.
▶️ Suami selalu sebut nama si dia. Lelaki ni ada yang terlepas, ada yang tak pandai berahsia dan ada yang sengaja beri petunjuk halus. Jika nama itu keluar berkali-kali, ambil peduli.
▶️ Anda terlalu baik dengan kawan wanita itu sampai suami anda pun jadi baik dengan dia.
▶️ Kawan anda selalu sebut nama suami anda. Sama ada memuji atau sekadar memasukkan nama di dalam percakapannya dengan anda. Ini pun ada 2 kebarangkalian, mungkin dia sedang suka dan tak pandai berahsia atau dia sengaja beri petunjuk kepada anda.
▶️ Ada mesej yang banyak dari si dia. Ini kena semak betul-betul, jangan main serbu sahaja. Jika ianya berkenaan kerja sahaja jangan dicipta benda yang tiada. Nanti elok-elok tak ada apa-apa, jadi pergaduhan pulak.
▶️ Ambil peduli jika ada kawan-kawan menegur atau memberitahu apa-apa berkenaan suami anda. Jangan telan bulat-bulat, anda orang memang sengaja nak membinasakan rumah tangga orang, tetapi ada juga kawan yang mengambil berat dan tidak sanggup untuk menutup mata mereka. Bila dah tahu, berhati-hatilah dan siasat. Jangan duduk diam je.
1. Jangan rapatkan suami anda dengan kawan-kawan anda. Tidak kiralah yang sudah berkahwin atau belum. Dari tak kenal, jadi kenal. Rupanya anda yang jadi pencantum tali percintaan. Cukup sekadar suami tahu siapa kawan-kawan. Tak perlu terperinci sangat dan tak perlu sentiasa sebut. Kang sebut selalu, nama tu tersimpan pulak dalam hati suami.
2. Jangan bawa kawan perempuan ke rumah apabila suami ada. Cari masa apabila suami tiada dan minta izin terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan “cinta pandang pertama” di rumah sendiri.
3. Cantas sebelum ianya terjadi. Jika ada kemesraan yang baru berputik, potong terus. Bukan potong tu, tapi putuskan komunikasi mereka. Pantau alat komunikasi suami dan pastikan orang itu tidak lagi menghubungi suami anda.
4. Jangan jadi terlalu baik hingga orang ambil kesempatan. Mungkin niat untuk membantu kawan yang di dalam masalah. Tetapi akhirnya anda yang dilanda masalah.
5. Jangan positif tidak bertempat. Walaupun segala tanda-tanda dah di hadapan mata, anda masih berserah, positif dan tidak melakukan apa-apa. Fikirkan masa depan anda dahulu.
6. Tak perlu keluar dengan suami bawa kawan yang solo. Fokus masa dengan suami, jangan kongsi masa itu dengan orang lain. Nanti orang lain tu nak kongsi kasih, anda yang merana.
7. Cantikkan diri, jangan tuakan diri dengan tidak menjaga penampilan. Kekalkan juga kebersihan diri di tahap yang terbaik.
8. Kurangkan membebel yang melampau. Apabila pulang sahaja rumah dan disambut dengan bebelan yang tiada henti, rumah tidak lagi menjadi tempat yang tenang. Itu antara sebab kenapa suami mencari ketenangan di tempat lain. Perlu tahu perbezaan antara bercakap dan menegur dengan membebel.
9. Hadkan pergaulan suami dengan adik-beradik perempuan anda. Mereka bukan adik-beradik, tidak perlu terlalu mesra. Aurat juga perlu dijaga.
10. Buang mentaliti “Buat la apa pun, kalau dia nak curang, dia akan curang jugak”. Jika anda bersikap sebegini, anda memang layak dikhianati. Pokok yang tidak dijaga pun akan mati, inikan pula hati. Kena jaga hati suami dan kekalkan fokus dia kepada anda. Ambil tahu pergerakan dia di media sosial. Ambil tahu isi kandungan telefon dia. Curiga itu tidak salah, ambil tahu itu tidak salah. Tuduhan melulu itu yang salah. Jadi, ketahui perbezaannya.
11. Jangan canang sangat kehebatan suami depan kawan-kawan. Karang, dari tak minat, terus jadi berminat. Dari tiada apa-apa, terus terbayang-bayang “kalaulah aku yang dilayan begitu oleh suami dia kan best?”. Ada juga yang sengaja nak cuba rampas kebahagiaan itu kerana nak tengok kehidupan anda musnah. Kawan pun boleh makan kawan.
13. Orang putih kata “over confident”. Jangan yakin sangat. “Takkanlah dengan kawan aku, suami aku baik”.
14. Akhir sekali, jadilah yang terbaik buat suami semampu yang boleh. Kalau anda tidak pedulikan suami, anda seperti memberi peluang untuk orang lain rampas suami anda.