Pembukaan sesi persekolahan untuk sesi 2021 secara rasminya akan bermula pada 1 Mac ini dengan murid pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 dan diikuti murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 pada 8 Mac. Sementara itu untuk pelajar sekolah menengah yang berada di negeri zon A akan bermula pada 4 April manakala untuk pelajar di negeri zon B akan bermula pada 5 April.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, pembukaan sekolah ini mengambil kira semua aspek dan pandangan pakar, guru-guru dan semua ibu bapa.

Sesi Persekolahan Mula 1 Mac Ini. Anak Pra Sekolah, Murid Tahun 1 & 2 Ke Sekolah Dulu

Bagaimanapun, ibu bapa tak perlu risau dengan pembukaan sekolah secara keseluruhan selepas ini kerana SOP ketat daripada pihak kementerian akan diberikan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.

IKLAN

“Insya-Allah jika perkara ini diambil serius oleh semua pihak, saya percaya sesi persekolahan ini akan berjalan lancar demi kelangsungan pendidikan anak-anak kita.

“Saya tahu ramai ibu bapa merungut dan bertanya bila sekolah nak dibuka. Jadi dengan keputusan ini, kita dah ambil kira semua faktor dan berharap ibu bapa dapat memberitahu dari semasa ke semasa kepada anak-anak supaya faham persekolahan dalam norma baharu,” katanya dalam sidang media khas pengumuman pembukaan sekolah di bawah KPM.

IKLAN
Sesi Persekolahan Mula 1 Mac Ini. Anak Pra Sekolah, Murid Tahun 1 & 2 Ke Sekolah Dulu
Kredit: Bernama

Tambah Dr Mohd Jidin lagi, pihak kementerian sedar cabaran utama apabila sesi persekolahan dibuka nanti adalah apabila tamat waktu persekolahan. Ini kerana ramai ibu bapa akan menunggu di luar pagar sekolah untuk mengambil anak masing-masing.

IKLAN

“Bagi mengatasi keadaan bersesak-sesak ini, kami dah rancang SOP yang terbaik untuk pastikan tidak berlaku keadaan seperti itu dan semuanya akan berjalan lancar mengikut arahan.

“Harap ibu bapa dan penjaga dapat sama-sama memberi kerjasama ke arah memastikan sistem pendidikan anak-anak hari ini berada pada diperingkat yang terbaik. Kita sama-sama jaga kita,” ujarnya.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI