Suami isteri bersama anak lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 216 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, hari ini.
Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Ezanee Hamat berkata, pihaknya menerima penggilan berhubung kemalangan itu pada 11.02 pagi dan 21 anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, sejurus tiba didapati terdapat kemalangan membabitkan Honda Jazz dan lori dipandu seorang lelaki.
Ads
“Pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan anak lelaki berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan, manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada 1.09 tengah hari dan kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer.
Ads
“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendent Arshad Abu ketika dihubungi memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Apabila kesihatan anak terganggu, mama papa mesti rasa sedih. Melihat keadaan permata hati yang lemah dan kadangkala nafas mencungap akibat jangkitan paru-paru, air mata Dr Say Shazril menitis.
Cahaya mata yang dinanti-nantikan Dr Say dan isteri, Aezriel disahkan mengalami acute bronchiolitis atau jangkitan virus pada paru-paru. Ekoran daripada kesakitan yang dialami Aezriel telah dimasukkan ke wad.
Aezriel sebelum ini dihantar ke pusat penjagaan (daycare centre). Bekas pengacara My Doctors ini menerusi kemaskini Instagram berkongsi bahawa dia akan menjaga sendiri Aezriel sehingga usia enam bulan seperti mana yang disarankan oleh doktor pakar kanak-kanak.
“Lepas kejadian itu bini terus bertekad untuk quit & sy tidak teragak-agak menerima keputusannya. Mesti anda pikiaq “apadaa sebelum ni cakap lain, skang cakap lain” tapi sekiranya anda berada di tempat kami & melihat anak anda tercungap-cungap gasping for air sehinggakan badannya terlalu lemah untuk bernafas & melihat segala tiub ini dipasang padanya, u would do anything just to see him well again.
Para follower Dr Say turut bersimpati dengan keadaan yang menimpa Aezriel dan mendoakan bayi comel ini cepat sembuh.
@azyan_ismail“Allah dah aturkan semula.. insha allah ade hikmah diseblk perjln kehiudupan kita. semoga bb Ace cepat sihat @say_shazril”
@lofarra.edwin“Bulu mata lentik baby awak. Cantik bulu mata. Harap baby Ace akan sihat selalu dan cepat sembuh. Aamin……”
@nnabilahabdullah“xpe dr..tak berdosa dr hantar anak ke daycare.lagipun dr dah cek btl2 daycare tu jga mcmne kn..nothing wrong with that.dan utk isteri dr..jgn salahkn diri klu ada org ckp mkn mcm2 esp aiskrim and all that penyebab baby jadi mcmni..its just baby easily get infection due to their immune system still weak.speedy recovery dear baby..u guys did the best dah for your baby.stay strong ya..”
@nor.yatie.52“Smoga bby.. Doc.. Yg comeyy ni Di beri ksembuhan… Dn cpt siht.. Amin ?”
@nur_dinee “Pngorbanan.. Demi anak tercinta.. Semoga ace yg comel ni sihat yeaaaa.. Comelll sngttt?”
Pemergian anak yang dikandung dan dilahirkan sama sekali tidak dijangka. Beberapa hari selepas kelahiran, si kecil ini meninggalkan ibu dan semua buat selama-lamanya. Luahan ibu ini cukup membuatkan rasa sayu dan air mata menitis.
Perkongsian ibu ini menyentap sanubari sesiapa sahaja membacanya. Anak perempuan yang ditunggu-tunggu pergi ke alam abadi pada hari selepas 12 hari dilahirkan.
Setiap hari doa dikurniakan anak perempuan. Masa kandungan 6 bulan doktor kata “its girl” hati ibu seronok tak terkata. Sepanjang mengandung tiada alahan. Bagus Afina jaga mama. Cuma minggu 29 & 34 kena tahan wad, ada kontraksi lemah. Disuntik ubat matangkan paru-paru.
Afina kurang bergerak. Perut mama sendat, Afina dah 3.4kg. 2 kali kena indius tapi kena flush out ubat sebab hyper contraction tapi jalan tak buka. 2 kali mama kena cucuk ubat tahan sakit.
2 pagi turun tanda, 3 pagi masuk labour room. 3.14 pagi dah bersalin. Mudah sangat bersalinkan Afina, mama tak sakit lama pun.
12 hari Allah pinjamkan Afina, dia tak banyak ragam. Kuning pun tak kena. Mudah sungguh aturan Allah
12 Disember 2019 sepatutnya due date, tapi Afina dan tinggalkan kami semua. Beratnya ujian ini tak tertanggung rasa hati tapi mama reda. Mama tahu Afina baik-baik kat sana.
2 hari berturut-turut mama bawa Afina jumpa doktor. Tapi sebalik itu mama hilang Afina tanpa sebab. Hati tak keruan tengok jantung anak berhenti berdegup.
“Doakan mama kuat….”
Alhamdulillah mama semakin kuat dan reda dengan aturan Allah. Kalau Afina ada, dah sebulan dah dia…
Ramai kaum ibu cukup ‘berhantu’ kalau boleh masuk kedai yang menjual pelbagai barangan rumah pada harga murah. Ibaratnya bawa RM50 dalam beg, keluar dapat berplastik-plastik barangannya.
Namun ada tanggapan orang, barang yang dijual kurang berkualiti dan sesetengah barangan plastiknya boleh memudaratkan kesihatan. Bagi menjawab persoalan dan tanggapan ini, Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim ada jawapannya.
Saya secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka yang harga murah ni. Bukan apa, saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony… ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius. Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ianya adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Untuk kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
Bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi. Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar. Dan sistem sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya. Semoga bermanfaat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!