“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”
Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?
Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor.
Ads
Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!
Ads
Gambar 1 menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.
Apakah tanda-tanda masalah tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria?
Ads
Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil.
Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari.
Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah
Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.
Gambar 2 menunjukkan bagaimana prosedur tonsillectomy, pembedahan membuang tonsil dilakukan.
Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil?
Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.
Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).
Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.
Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.
Nak tahu apa simptom dan cara untuk mencegah tonsil di kalangan anak, tonton rancangan Pa&Ma di Astro Prima dan Maya HD, Selasa (22 Januari) jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin rasa susu badan sangat istimewa sehinggakan si manja tidak mahu melepaskan puting ibunya. Ada masanya anak sudah tidur ketika disusukan, tetapi terjaga semula apabila ibu menarik keluar puting payudara dari mulutnya. Dek kerana anak suka mengempeng, sukar untuk ibu melakukan kerja-kerja lain. Sudahnya, ibu pun terlelap sama. Jika anda mahu berhenti menyusukan bayi, cubalah cara ini.
Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung.
4 SEBAB KENAPA BAYI MENGEMPENG
Bayi suka mengempeng mengikut usianya. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payudara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini:
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. d)Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
e)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung
untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM BERHENTI MENYUSUKAN
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan kelopak matanya bergerak-gerak.
CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak
pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah;
tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri
daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut
bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu.
Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu. Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi.
Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang musim Influenza, sudah banyak kes yang menyerang bayi, kanak-kanak bahkan orang dewasa. Kes smakin meningkat dan paling menyedihkan turut melibatkan penghidapnya meninggal dunia.
Di dalam perkongsian ibu anak 5 ini, Rosmarlina Abdul Ghani melalui akaun Facebooknya, beliau berkongsi cara penjagaan anaknya yang disahkan demam influenza.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mungkin sedang berhadapan dengan anak yang dijangkiti demam influenza ini. Mereka perlu dipantau dan dijaga dengan penuh perhatian bagi memastikan kita sentiasa peka dengan keadaan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mahukan kesihatan optimum untuk anak-anak mereka, namun pada masa yang sama, ramai yang tidak mengetahui sistem pertahanan badan yang kuat mampu melawan sebarang jangkitan penyakit.Tambah pula dengan kes serangan influenza dan penyakit yang pelbagai sekarang ini, ibu bapa perlu lebih peka dengan kesihatan anak-anak.
Bayi mempunyai pertahanan imunologi sejak lahir, namun ia belum cukup matang dan akan terus diperkuat sehingga usia empat atau lima tahun.
Imunisasi berkesan untuk melindungi badan si manja sebelum diserang penyakit yang boleh membawa maut. Pemvaksinan boleh dilakukan ketika si manja sihat mengikut jadual suntikan imunisasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Melalui vaksin, ia bertindak dengan merangsang tindak balas imun secara tiruan terhadap antigen tertentu dalam badan anak anda. Seterusnya mengeluarkan antibodi untuk menentang virus untuk melawan jangkitan penyakit.
Ia adalah ‘cecair emas’. Ini boleh menguatkan sistem imun si manja. Susu pertama bayi iaitu kolostrum, kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta karotena yang melindungi bayi daripada serangan kuman.
Ia juga mengandungi pelbagai faktor perlindungan yang mengurangkan risiko antaranya cirit-birit, jangkitan telinga, dan jangkitan salur pernafasan akut yang lain. Pemberian susu ibu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama adalah yang terbaik dan hendaklah diteruskan sehingga dua tahun.
Elakkan membawa bayi dibawah usia enam bulan di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan mereka yang tidak sihat. Namun pastikan persekitaran selamat sebelum membawa bayi ke taman permainan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, berjoging atau berenang yang boleh membantu meningkatkan kecekapan fungsi imun.
Paling penting, jangan dedahkan anak-anak kepada asap rokok kerana ia mengandungi toksin yang boleh melemahkan sistem imun dan merosakkan sel-sel imun anak anda yang masih belum matang.
Bayi yang menghadapi tekanan mampu mengurangkan keupayaan sistem imun untuk menentang jangkitan yang menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Oleh itu, wujudkan emosi yang positif supaya anak gembira.
Lakukan aktiviti bersama seperti membaca, mewarna, melukis dan bermain bersama anak-anak anda. Suasana seperti ini boleh membantu menguatkan sistem imun kerana ia membantu mengurangkan hormon tekanan dan menambah sel imun.
Apa yang anak anda makan boleh mempengaruhi sistem imunnya. Jadi hidanglah makanan yang berzat untuknya membesar dengan system pertahanan badan yang kuat. Hasil kajian menunjukkan risiko penyakit berjangkit adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak terutamanya bayi yang kekurangan zat makanan.
Jadi sediakan diet yang lengkap dan seimbang untuk anak anda. Rujuk kepada piramid panduan makanan yang dapat membantu menjamin sistem imun si manja berfungsi dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!