Setahun Ke Bawah Anak Menangis Boleh Lagi Pujuk. Lepas Setahun Tak Perlu Susah Hati Nak Diamkan

Share

Biarkan je anak menangis. Tapi masalahnya ramai ibu bapa yang risau dan tak boleh dengar anak menangis. Bila keadaan ini berlaku macam mana nak hadapinya.

Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah beliau berpendapat biarkan je anak tu nangis selagi tak membahayakan dirinya.

Pening juga saya bila sebahagian ibubapa bertanya, ” Puan, untuk baby yang lebih besar, ada teknik apa pula nak diamkan mereka menangis? ”

Untuk 3-4 bulan pertama, ya, benar ada teknik ‘magik’ untuk diamkan mereka. Kenapa? Kerana menangis masih dalam bentuk reflek semasa usia ini. Ia seperti suis tutup dan buka.

Selepas itu, maaf. Anak mula secara aktif berevolusi dan belajar menjadi manusia yang ‘fit’ untuk dunia baru ini. Maka respon ibubapa menjadi rujukan terpenting mereka. Jika anak 10 bulan anda marah kerana tak dapat buainya lagi, BIARLAH. Jika anak 1 tahun anda marah kerana anda ambil ‘remote control tv’ yang di ketuk-ketuknya, BIARLAH. Jika anak 2 tahun anda marah tak dapat mainan yang dia mahu, BIARLAH.

Tak perlu susah hati nak diamkan. Tiada penyelesaian magik nak tenangkan mereka. Cakap yang benar, kenapa dan mengapa ‘tak boleh’. Beritahu bahawa anda faham perasaannya, kemarahan dan kekecewaannya.

Tawarkan alternatif: Tiada buai, tapi mama akan berbaring bersamamu. Tak boleh ketuk ‘remote’ namun kamu boleh ketuk mainan blok ini. Mama akan datang ke sini beli mainan ini, jika kamu tunjuk pada mama, kamu boleh bermain mainan sedia ada di rumah dengan lebih elok.

Katakan semua ini dengan ringkas, mudah, tegas dan sayang. Jika anak masih menangis, BIARLAH walau berapa lama pun. Otaknya tak akan ‘rosak’ hanya kerana menangis seperti yang di takuti sebahagian ibubapa. Ia tersangat mengarut. Bagaimana boleh rosak jika dia mempunyai ibu bapa penyayang yang hanya cuba menunjukkan cara untuk menjalani hidup lebih baik?

Sumber: baby language

IKLAN