Setiap Anak Perangai Berbeza. Biar Menangis Sekarang, Jangan Kita Menangis Kemudian

Share

Cabaran membesar dan mendidik anak tak sama dengan apa yang kita fikirkan. Bila dah melaluinya baru kita tahu sejauh mana kesabaran itu dalam membesarkan anak-anak.

Bagi ibu bapa cabaran membesarkan anak tak sama dengan setiap anak. Ada anak yang mudah, senang urus dan tak kurang juga yang menuntut kesabaran lebih tinggi untuk mendidik.

Bagi isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida dia mengakui setiap anak tak sama. Lima anak, kelima-limanya mempunyai perangai yang berbeza.

Anak sulung banyak mengajar kita jadi ibu yang baik

Seperti yang dikongsikannya anak sulungnya yang banyak ajar jadikan seorang ibu yang baik! Dari tak tahu buat apa-apa tapi dengan kelahiran anak sulung kita banyak belajar untuk jadi ibu yang terbaik..

“Tapi ramai-ramai anak @ammarahyan_terlajaklaris juga yang selalu kena marah dengan mama sebab dari kecil dia punya lasak tak boleh bawa bincang!! Bukan setakat pasu bunga je pecah, kabinet TV dan TV pun pernah pecah dek penangan kelasakan dia.

“Masa tu jiwa muda memang stress la jawabnya. Sampai nak keluar rumah pun jadi malas!!! Juara paling banyak kena marah dia ni. Kalau paling susah nak marah si @baemadham_terlajaklaris tu baru je nak marah dia dah buat drama cium-cium kaki macam ayahnya juga kuat drama kan @aliffsyukriterlajaklaris,” katanya.

Jangan percaya anak 100%

Saya teringat satu perbualan saya dengan seorang guru. Dia kata pada saya sekarang ni kalau murid tak siap homework pun boleh marah je. Tapi mereka tak kisah pun sebab cikgu-cikgu tak boleh nak marah atau rotan lebih-lebih nanti kena report dengan ibu bapa.

Kadang-kadang anak-anak ni dekat sekolah perangai lain depan kita lain. Jadi kena ambil tahu perangai anak-anak kita dekat orang lain. Jangan percaya anak 100%.

Biar anak menangis sekarang

Anak sulung saya ni, Ammar dia hidup dalam dua keadaan berbeza iaitu zaman saya berniaga pasar dan zaman sekarang kami dah ada bisnes sendiri.

Jadi dia melalui dua cara hidup berbeza, begitu juga sekolah. Walaupun saya memang garang dengan dia tapi saya nampak dia seorang anak yang baik dan beserderhana dari segala hal, ada orang kata dengan anak tak boleh marah, tak boleh garang tapi saya memilih cara lama untuk besarkan anak-anak saya sebab zaman sekarang nak besarkan anak mencabar.

Saya pegang pepatah biar anak menangis sekarang jangan esok lusa saya yang menangis dek perangai anak. Mudahan anak-anak kita jadi anak yang lembut hati, mudah didik dan dengar kata..Amin

Sumber: ig Datin Seri Shahida

IKLAN