“Setiap Hari Nervous Sampai Termimpi-Mimpi”. Mia Ahmad Makin Berdebar Dekat Nak Bersalin

Share

Takut, berdebar semua ada bila pertama kali nak melalui pengalaman bersalin. Itu normal. Bahkan yang pernah ada pengalaman melahirkan anak sebelum ini pun tetap juga rasa gementar.

Bak kata orang, pengalaman bersalin setiap anak tak sama. Ada yang mudah, ada yang sakit lama dan ada juga yang melalui pelbagai komplikasi sebelum dapat memeluk si kecil yang dikandung selama 9 bulan.

Bagi pelakon Mia Ahmad, dia mengakui berdebar untuk melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi.

Menerusi entri di Twitter, Mia sempat bertanyakan kepada pengikutnya mengenai tanda-tanda sebelum mengetahui saat kelahiran bayinya itu.

“Mommy selalunya boleh sense tak masa yang betul bila baby nak keluar? Hari-hari nervous la kita ni sampai termimpi-mimpi,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya berkongsi beberapa tip saat melahirkan berdasarkan pengalaman masing-masing dan tak kurang juga yang memberi semangat supaya sentiasa bertenang.

Apa yang penting, Mia kena banyak berehat dan sentiasa fikir positif. Semoga urusan bersalin nanti dipermudahkan.

Sumber: Mia Ahmad

IKLAN