Perkembangan anak kita sememangnya tidak sama dengan anak-anak orang lain. Jadi janganlah cuba membuat perbandingan dengan anak kita. Berikanlah anak kita masa untuk anak kita menonjolkan kebolehan dirinya sendiri.
Inilah yang cuba disampaikan oleh Elfira Loy mengenai perkembangan anak kecil kita.
Kata El menerusi Instagramnya semalam, setiap kali dia memuat naik perkembangan anak sulungnya Rayyan, pasti ada ibu-ibu yang bertanya pelbagai hal termasuklah yang mempersoalkan mengapa anak mereka tidak sebijak Rayyan yang pandai menyebut ABC di kala usianya masih kecil.
Namun begitu kata El, dia tidak mahu perkongsian mengenai perkembangan anaknya itu membuatkan ada ibu-ibu diluar sana merasa tertekan dengan perkembangan anak sendiri sebaliknya jadikan panduan untuk bantu anak kita.
“Semalam , El dapat banyak sangat soalan. “Macammana Rayyan boleh pandai, kenapa anak saya tak pandai lagi”. First of all, saya minta maaf kalau video video Rayyan buat awak stress & insecure.
“Jangan jadikan semua info baby lain sebagai benchmark tapi more kepada guidelines. Kita kena fokus pada setiap benda baru anak kita buat. Babies are smart,” kongsi Elfira menerusi Instagramnya.
Namun begitu kata El lagi, dia sendiri sentiasa belajar dan memberi panduan untuk membantu akan perkembangan anaknya, Rayyan. Malah kata El, untuk peringkat usia anaknya kini, dia masih lagi belum memperkenalkan huruf dan nombor tetapi melebihkan cara berkomunikasi dengan anaknya ketika dia bermain.
Ads
“Rayyan cakap nak poo poo pun dengan kata “ball” pun i dah rasa pandai sangat. Dia minum susu pun, i dah “cleveeer boy”.
“El memang tak ajar pun Rayyan Alphabets & Numbers lagi. Cuma banyak ajak dia play & communicate. Setiap kali tunjuk barang tu sebut nama. Bukan tuuu , niii.
“Mesti sebut Milk, dog, cat, lama lama main toys dia yang banyak animals tu tetiba sekali gus dia boleh sebut. Kiteorang pun amaze. Ni pun after sekali tengok youtube Abc tu terus dia boleh sebut.
“I think words lagi susah dari ABC. So bila dia dah kenal animal, dia dah boleh ikut the alphabet tu. Masa tu akan tiba okay mommies. Step by step.
Ads
“Selalu kiteorang tanya Dr je, setiap kali checkup, dr dah pesan ” Next appointment Rayyan dah kena pandai gabung two words” okay kita cuba lah cakap two words two words.
Have fun mommies , have fun,” kata El lagi berkongsi.
Perkongsian Elfira itu pastinya mendapat pelbagai reaksi malah bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Elfira.
Ads
Semoga Rayyan terus menceriakan hari-hari mummy dan daddynya malah terus memberi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana dalam membantu perkembangan anak-anak mereka.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @elfiraloy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan dunia hari ini sangat mencabar dengan kos sara hidup yang makin meningkat. Walaupun sekarang isteri ramai yang bekerja untuk membantu suami dan isteri yang keluar bekerja menjadi sesuatu yang biasa namun sebagai seorang lelaki dan suami, tanggungjawab serta nafkah buat anak dan isteri yang wajib anda penuhi perlu dipenuhi.
Ramai yang terlupa atau memang tak tahu pun apa maksud disebalik lafaz taklik yang dilafazkan ketika akad nikad. Di dalam satu akad lafaz tersebut terkandung segala perjanjian tentang sebuah perkahwinan yang perlu dilunaskan.
Menurut perkongsian daripada @zulkhairiKE, dia melihat sendiri ramai yang terlupa tentang tanggungjawab sebagai seorang suami dan menganaiya anak serta isteri tanpa mereka sedar jika isteri mengadu kepada Mahkamah Syariah maka akan terpakailah lafaz taklik tersebut.
Lafaz taklik yang dibaca semasa majlis akad nikah sebenarnya sangat penting dan membawa maksud yang besar
Rokok boleh beli, susu lampin anak berkira
Isteri boleh minta cerai dengan lafaz taklik di Mahkamah Syariah
Kesian dekat bini (depress, mental tak stabil)
Yang lelaki jangan berkira nak bagi duit gaji dekat anak bini, kena ikhlas dan tawakal yakin rezeki tu akan datang
Pernah jadi depan mata, kesian anak isteri dia
Bab tanggungjawab dua-dua main peranan, tapi lelaki lebih berat
Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.
Seringkali kontrak (lafaz taklik) ini tidak langsung difahami kerana pada masa tersebut perasaan gembira kerana baru berkahwin. Dan selepas akad nikah sebenarnya jiwa masih kosong dan dengan terketar-ketar serta darah gemuruh lantas membaca tanpa memikirkan apa yang dibaca. Tidak ramai suami kembali membaca dan memahami takliq selepas kahwin dan surat nikah disimpan dalam fail tanpa dirujuk semula
Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Beberapa contoh seperti berikut:
Terengganu
==========
“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”
Kelantan
========
“Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi.”
Kedah
========
Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi:
“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :
(1) Saya tidak berma’syarah yang ma’ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;
(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:
(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”
Perak
======
“1) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.
2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.
3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”
Selangor
=========
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”
Johor
=======
“Manakala saya tinggalkan isteri saya…..(nama isteri)…..selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”
Namun ada negeri tidak mempraktiskan takliq, seperti negeri Perlis di mana pandangan muftinya menjelaskan tidak perlu kepada takliq disebabkan selepas perkahwinan sepatutnya didoakan dengan kebahagian dan bukannya perceraian.
Kebanyakan negeri memasukkan syarat jika suami meninggalkan isteri selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh itu, pada hal isteri masih taat kepada suami.
Beberapa negeri lain meletakkan syarat meninggalkan isteri dalam tempoh berkenaan dan suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri pada hal isteri masih taat kepada suami. Dua syarat ini dibezakan dengan perkataan ‘dan’ dan ‘atau’. Kedah dan Pulau Pinang mensyaratkan tempoh yang lama iaitu enam bulan.
Syarat talak taklik Terengganu berbeza dengan negeri lain di mana disyaratkan jika suami dan isteri tidak bersekedudukan selama empat bulan berterus-terusan, sama ada suami meninggalkan isteri atau isteri meninggalkan suami, sama ada dengan sukarela atau terpaksa.
Perak pula meletakkan syarat jika berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu.
Kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Melaka mensyaratkan jika suami tidak mempedulikan isteri lamanya empat bulan, isteri boleh memohon cerai taklik.
Sabah meletakkan syarat tambahan jika suami menyakitkan tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri, maka aduan untuk mensabitkan talak taklik boleh dibuat oleh isteri. Johor memasukkan syarat tambahan jika suami ghaib selama setahun atau lebih, isteri boleh mengadu untuk mensabitkan talak taklik berkenaan. Syarat ini tidak terdapat dalam syarat taklik di negeri lain.
Melihat dari segi jenis talak jika Mahkamah mensabitkan talak taklik juga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor misalnya, jika syarat taklik disabitkan oleh hakim, maka isteri perlu membayar RM1 dan selepas perceraian boleh disabitkan dengan cerai khul’ (tebus talak).
Tetapi di negeri lain, jika syarat taklik disabitkan oleh Hakim, isteri tertalak dengan satu talak rajie.
Kredit: @zulkhairiKE, Tip Bahagia Rumah Tangga
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum habis lagi dengan kejadian anak achey iaitu Tiara rambut tersekat di tiang gol. Kali ini pula ikut ayahnya pergi solat jumaat, paling penting awning tudung on point!
Aduhai Tiara, memang ada DNA pelawak la. Muka “innocent” selamba yang tak tahan tu. Ada sesetengah netizen menyatakan Tiara ni memang kelakar pewaris ayah.
Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:
Tapi betul kan memang ada anak yang nak ikut ayah solat jumaat berkepit je dengan ayah. Tiara ni memang ‘daddy girl’ sangat.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Sekadar info, Achey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Tiara Zinnirah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak-anak atau sesiapa pun melakukan kesalahan, kita sering bertanya begini, “Kenapa buat macam tu, mama nak tahu, cuba beritahu mama”.
Walaupun kita bercakap penuh kasih-sayang perkataan KENAPA ATAU MENGAPA itu menyebabkan orang salah itu berkelakuan ‘defensive’ cuba mempertahankan diri.
Maka nampak dia seperti melawan atau degil.
Soalan mengapa itu, bagi pesalah merasakan dia dituduh dan dia tidak diberi ruang mempertahankan diri.
Oleh itu bertanyalah begini, ” Semasa Angah buat perkara itu, apa yang Angah hendak capai?” atau ” Semasa Angah berkelakuan seperti itu, apa yang Angah maksudkan?”, contohnya.
Soalan begini memberi dia ruang untuk menerangkan kepada kita.
Pernah berlaku kepada suami Ibu semasa bermain dengan cucu sulung kami. Sedang bermain, tiba-tiba dia memukul muka suami Ibu (Grandfathernya). Suami Ibu terkejut lalu terus bertanya, “Why you did that?” (Kenapa buat macam tu?) Nampak terkejut dan hairan muka cucu kami kenapa itu perbuatan itu salah.
Cepat-cepat mamanya bertanya kepada Az-zahraa cucu sulung kami,
.”Az-Zahraa when you did that, what do you mean by that?” (Az-zahraa, bila sayang buat tu apa yang Az-Zahraa maksudkan).
“It is a happy hit” , “Main pukul-pukul” , kata Az-Zahraa.
Jawapan Az-zahraa menyedarkan kami dia hanya hendak bermain. Cuma belum bijak untuk mengetahui batasan.
Selepas itu mama dia pun menjelaskan batasannya dimana muka janganlah dipukul. Cepat-cepat Az-zahraa meminta maaf kepada Grandfathernya dan Grandfather pun meminta maaf kepada Az-Zahraa kerana tersilap cara bertanya.
Banyak salah laku anak-anak kecil ini adalah kerana mereka belum bijak mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu kita mesti bijak berkomunikasi dengan mereka untuk dapat membimbing mereka.
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos bersalin hospital kerajaan terkini bagi Kelas 1, 2 dan 3 termasuk bersalin normal, caesarean dan kes khas. Panduan lengkap untuk bakal ibu bapa di Malaysia.