“Anak saya sudah berusia 7 bulan. Sekarang saya bagi bubur + carrot/kentang + ayam. Bila saya mula menu macam ni nampak anak macam susah nak berak..kenapa ye?”
Soalan yang kerap ditanya kenapa anak susah nak berak dan mengalami masalah sembelit. Keadaan ini amat merisaukan ibu-ibu, adakah faktor pemakanan yang tidak betul atau anak kekurangan air dalam tubuh badan. Ikuti penjelasan dari Dietitian Fizah Sobri
Jawapannya, Setiap pemberian menu kepada anak usia 7 bulan ke atas perlu ada 3 perkara iaitu:
1. Sumber karbohidrat 2. Sumber protein 3. Sumber serat
Di atas menu tersebut hilang punca serat. Carrot, kentang termasuk dalam sumber karbohidrat (sayuran berkanji) dan tidak dikira sebagai sumber serat (sayur/buah buahan)
Ads
Dalam menu ini perlu bagi sumber serat dengan sama ada;
1. Tukar sayur kepada sayur yang hijau 2. Memberi buah buahan sebagai snek/finger foods
Ads
Antara sumber ‘sayur’ yang sebenarnya adalah karbohidrat;
1. Ubi ubi (ubi kentang, ubi keledek,ubi keladi etc) 2. Lobak merah/putih 3. Jagung 4. Labu
Sumber serat;
Ads
1. Sayuran bewarna hijau 2. Buah buahan
Lihat semula adakah sumber ‘sayur’ mommies sebenarnya sumber sayur yang ada serat atau dikategorikan sebagai sayuran berkanji?
Apabila ada sumber serat barulah anak akan senang nak membuang
Ibu dengan bayi usia 8 bulan pasti ternanti-nantikan perkembangan bayi. Oleh itu, untuk pastikan bayi sihat, ibu tentu mahu bereksperimentasi dengan jenis, tekstur dan juga bentuk makanan baru untuk anak.
Jika anda ingin mendapatkan idea baru untuk makanan bayi, cuba baca artikel ini. Kami pasti ia dapat membantu anda dalam menyediakan makanan yang berkhasiat untuk si manja!
Melihat anak membesar merupakan satu perkara yang amat mengujakan buat ibu dan bapa.
Ketika anak menginjak ke umur 8 bulan, anak anda mungkin sedang cuba untuk buat semua benda dengan kaki dan tangan kecil milik mereka.
Bayi yang berumur 8 bulan mempunyai rasa ingin tahu yang menebal. Mereka akan mula mengembara sekeliling rumah kerana sudah lebih peka dengan keadaan persekitaran mereka.
Mereka juga sudah pandai melakukan pincer grasp – satu gerakan di mana anak anda akan menggunakan hujung jari telunjuk dan ibu jari sebagai ‘penyepit’ untuk mengambil makanan.
Berdasarkan kesemua perkembangan ini, anak anda kini sudah bersedia untuk makanan pejal!
Kajian juga ada menyatakan bahawa bayi yang mula makan makanan pejal semenjak berusia 6 bulan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat alergi ataupun asma.
Namun, sebagai ibu, anda perlu tahu bila anak anda sudah bersedia untuk makan makanan pejal.
Cuba periksa, adakah anak anda sudah boleh:
Jika anak anda boleh melakukan semua di atas, anda sudah boleh beri bayi makan makanan pejal dengan selamat.
Pada usia ini, anak anda akan perlukan sebanyak 750 ke 900 kalori sehari. Namun, 400 hingga 500 kalori akan datang daripada susu ibu (lebih kurang 720 ml sehari).
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda kenalkan makanan yang sihat kepada anak anda.
Anda boleh beri mereka makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk membantu anak membesar dengan lebih sihat.
Selain itu, anda perlu ingat bahawa makanan bayi 8 bulan tidak perlu lumat atau hancur seperti makanan separa pejal sebelum ini.
Cuba rancang menu untuk anak anda menggunakan makanan berikut:
Buah-buahan segar mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak.
Namun, daripada melenyek buah-buahan hingga hancur, cuba potong dalam bentuk kiub dan masak untuk lembutkan buah tersebut.
Sama seperti buah-buahan, sayur-sayuran juga boleh diberikan kepada bayi dalam kepingan kecil.
Jika anda ingin lembutkan lagi sayur tersebut, anda boleh cuba stim sayur sebelum beri kepada bayi.
Ikan seperti ikan salmon dan tuna kaya dengan asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan otak bayi.
Pasti anak anda akan rasa gembira setelah diperkenalkan dengan produk tenusu seperti keju dan yogurt.
Kedua-dua makanan ini mempunyai kalsium yang tinggi yang boleh membantu tumbesaran bayi.
Anda juga boleh beri anak anda makan makanan kaya dengan protein seperti ayam, ikan, telur, dan kekacang.
Masak dan buat puri atau potong kepada bahagian lebih kecil untuk mudahkan anak makan.
Finger food ialah makanan yang anda boleh makan tanpa menggunakan pisau, garpu, ataupun sudu. Selalunya, finger food boleh dimakan terus dengan tangan.
Disebabkan bayi sudah mula melakukan pincer grasp, cuba beri mereka makan finger food untuk merangsang fungsi motor mereka.
Antara makanan yang sesuai termasuklah pisang, roti bakar, pasta dan bijirin.
Selain itu, elakkan beri bayi makanan yang boleh meyebabkan bayi tercekik seperti hot dog, lobak merah yang tidak dimasak, buah anggur, blueberry atau kismis.
Walau bagaimanapun, ingat ya. Jangan sesekali tinggalkan anak seorang diri ketika makan walaupun anda pasti makanan telahpun dipotong sampai halus.
Buat masa ini, elakkan daripada tambah garam atau gula dalam makanan bayi. Garam dan gula boleh buatkan buah pinggang bayi stres.
Bayi lebih mudah untuk menyesuaikan diri kepada makanan pejal jika anda tidak memberikan makanan yang hancur kepada si manja.
Berikan sedikit tekstur pada makanan dan tinggalkan cebisan-cebisan yang sedikit besar untuk bayi.
Bayi banyak bergantung kepada susu ibu ketika umur mereka bawah 1 tahun. Oleh itu, jangan lupa beri bayi minum susu ibu untuk cukupkan kalori seharian mereka.
Susu lembu tidak mempunyai nutrisi yang sesuai untuk bayi bawah 1 tahun. Jika anda mahu beri anak anda minum susu lembu, tunggu sehingga mereka berumur 1 tahun ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bawang memang terkenal sebagai bahan masakan yang memberi rasa sedap pada makanan. Tapi, tahukah anda bahawa bawang juga mengandungi Fructooligosaccharides (FOS), sejenis prebiotik yang baik untuk usus?
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad FOS membantu menyuburkan bakteria baik dalam usus, meningkatkan sistem imun, dan menyokong kesihatan pencernaan.
Namun, tak semua orang sesuai makan bawang! Bagi mereka yang ada masalah usus seperti IBS, IBD, atau SIBO, bawang boleh menyebabkan perut kembung, cirit-birit, dan ketidakselesaan.
Jadi, adakah bawang baik atau berbahaya untuk anda? Jom fahami lebih lanjut!
Fructooligosaccharides (FOS) tergolong dalam kumpulan prebiotik.
Ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dalam usus manusia.
Bagi orang yang sihat, FOS boleh memberi manfaat sebagai prebiotik.
1.Menyuburkan bakteria baik dalam usus, terutama Bifidobacteria dan Lactobacilli.
2 Meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium dan magnesium.
3 Meningkatkan kesihatan usus dengan menghasilkan asid lemak rantaian pendek (SCFA), yang baik untuk sel-sel usus.
4Meningkatkan sistem imun dengan menguatkan lapisan mukosa usus.
1 Bawang merah & putih
2 Bawang prei (leek)
3Bawang spring
4 Asparagus
5 Pisang (terutama yang belum terlalu masak)
6 Bawang putih
7 Chicory root
8 Artichoke
Namun, bagi individu yang mempunyai masalah usus tertentu, seperti Sindrom Usus Rengsa (IBS), Penyakit Radang Usus (IBD), atau SIBO (Small Intestinal Bacterial Overgrowth), FOS boleh menyebabkan simptom yang lebih teruk.
FOS adalah karbohidrat rantai pendek yang difermentasi secara berlebihan oleh bakteria usus, menghasilkan gas seperti hidrogen dan metana.
Ini boleh menyebabkan perut kembung, cirit-birit, sakit perut, dan ketidakselesaan. Dalam masalah Small Intestinal Bacterial Overgrowth (SIBO), bakteria berlebihan dalam usus kecil boleh memakan FOS dan menghasilkan lebih banyak gas dan toksin, menyebabkan radang dan gangguan penghadaman.
Contoh, bawang adalah sayuran yang tinggi dalam FODMAPs (Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides, and Polyols), yang boleh menyebabkan cirit-birit atau sembelit dalam IBS.
Sesetengah pesakit IBD sensitif kepada serat larut seperti FOS, yang boleh merangsang radang usus dan memburukkan simptom.
Walaupun FOS bermanfaat sebagai prebiotik untuk orang yang sihat, mereka yang mempunyai masalah usus tertentu sebaiknya mengelakkan bawang dan makanan tinggi FOS untuk mengurangkan risiko keradangan dan simptom usus.
1. Mulakan dengan jumlah kecil – Jika tidak biasa, ambil sedikit dahulu untuk mengelakkan kembung atau ketidakselesaan.
2. Gabungkan dengan probiotik – Prebiotik seperti FOS akan membantu bakteria baik (probiotik) berkembang dengan lebih baik.
3. Pastikan cukup serat lain – Jangan hanya bergantung pada FOS, seimbangkan dengan serat larut dan tidak larut.
4. Hindari jika ada simptom negatif – Jika perut kembung atau cirit-birit berlaku, kurangkan atau elakkan sementara.
Kesimpulannya, orang yang sihat boleh mengambil FOS dari sumber semula jadi untuk menyokong kesihatan usus, tetapi dalam jumlah sederhana dan disesuaikan dengan toleransi badan masing-masing
Kesihatan anak-anak biasanya bergantung pada corak pemakanan. Jika dari awal anak-anak diberikan makanan yang sihat dan tinggi nutrisi, secara tak langsung daya tahan tubuh anak boleh kuat.
Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, salah satu makanan yang bagus untuk kuatkan imuniti anak adalah kacang peas.
Kenalkan kacang peas untuk imuniti anak yang kuat. Seawal umur 6 bulan kita dah boleh ajar anak makan kacang peas.
Boleh start dengan puree atau kacang peas yang dilenyek dulu kalau takut anak tersedak.
Banyak sangat khasiat kacang peas tau. Bagus untuk anak-anak.
Kukus buat snacking, makan macam tu je pun dah sedap kan.
5 sebab kenapa kena ajar anak makan kacang peas.
1. Kandungan vitamin C, E, zink, catechin dan epicatechin, bantu tingkatkan imuniti anak.
2. Kandungan caratenoid, lutein dan zeaxanthin dalam kacang peas, penting untuk kesihatan mata anak.
3. Fiber dalam kacang peas, bagus untuk perjalanan usus yang lebih baik.
4. Kandungan omega 3 dalam kacang peas bagus untuk otak anak.
5. Ferulic acid dan coumestrol bantu kurangkan radang dalam badan anak.
Inilah real food kan. Sekecil-kecil saiznya pun, tetap ada khasiat yang anak akan dapat.
Kita cuba sama-sama ya.