Kadang-kala sikap nakal si kecil buat anda hilang sabar dan tentu ada cara untuk atasinya. Macam-macam perangai, akan pun panjang. Ada saja perkara yang ingin dibuatnya. Dalam usia 2-4 tahun, kanak-kanak dalam tempoh belajar.

Setiap Perangai ‘Bertuah’ Anak, Sebenarnya Sedang Menguji Kasih Sayang Ibu Ayah

Artikel Menarik: [Kita Nak Anak Hormat Ibu Ayah, Bukannya Takut. Marah Tak Perlu Menengking]

Mereka sedang cuba mengenali setiap apa yang ada di persekitaran mereka. Ibu ayah harus lebih peka dengan perkembangan mereka kerana ketika inilah waktu belajar terbaik. Anda boleh ajarkan perkara-perkara yang baik dan sebaliknya kepada mereka pada ketika ini.

Apa Perangai Bertuah Yang Selalu Anak Kecil Buat?
1.Suka tanggal baju

Setiap Perangai ‘Bertuah’ Anak, Sebenarnya Sedang Menguji Kasih Sayang Ibu Ayah

Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.

Cara atasi:

Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permaian’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.

Artikel Menarik: [Bersedialah Jadi Ibu Yang Penyabar Mendidik Anak. Pahalanya Juga Sangat Besar]

  1. Conteng sana-sini

Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!

Cara atasi:

Pastikan pen, pencil, pencil warna dan karyon di simpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah  menyediakan  ruang untuknya melakukan aktiviti ‘menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menujukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.

IKLAN
  1. Buang lampin

Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.

Cara atasi:

Inilah masa untuk latihan potty training! Ajar dia untuk  mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya. Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal  dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.

  1. Suka mengetuk

Setiap Perangai ‘Bertuah’ Anak, Sebenarnya Sedang Menguji Kasih Sayang Ibu Ayah

Si manja suka melakukan penerokaan di persekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.

Cara atasi:

Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi  mata dan tangannya. Usia 18 bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagai playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.

IKLAN
  1. Sepah dan baling barang

Bermain adalah pembelajaran buat si kecil. Namun ketika usia ini si kecil suka sepahkan apa sahaja permainan yang ada. Mereka juga cenderung untuk membaling permainan mereka. Ini bukanlah tanda mereka seoorang yang kasar tetapi anak-anak mengganggap yang mereka sedang bermain.

Cara atasi:

Ajak si kecil untuk menyusu blok menjadi tinggi sambil anda membantunya. Kemudian runtuhkan blok itu. Tunjukkan kepadanya bagaimana untuk menyusun kembali blok itu menjadi tinggi. Ajar si kecil untuk menyusun pelbagai reka bentuk blok.

  1. Suka bermain warna

Setiap Perangai ‘Bertuah’ Anak, Sebenarnya Sedang Menguji Kasih Sayang Ibu Ayah

Kanak-kanak memang sukakan sesuatu yang berwarna. Jika anda berikan dia pewarna air, pasti satu badannya dipenuhi warna. Habis tangan dan bajunya dikotori oleh warna-warna itu.

Cara atasi.

Pakaikan dia baju khas untuk melukis, berus dan kertas lukisan untuk menulakukan aktiviti kreativiti itu. Juga sediakan ruang yang luas untuk dia bebas melukis. Pastikan ruang itu mudah untuk anda lap dan  bersihkannnya setelah selesai si manja ‘berkarya’.

IKLAN
  1. Cemburu

Setiap Perangai ‘Bertuah’ Anak, Sebenarnya Sedang Menguji Kasih Sayang Ibu Ayah

Ia mula berlaku apabila mula menujukkan rasa kasih sayang dan kepunyaan terhadap sesuatu. Dia mungkin marah jika anda mencium kanak-kanak lain atau bayi baru anda.

Cara atasi:

Ia sesuatu yang normal apabila seorang kanak-kanak mempunyai perasaan cemburu dalam dirinya. Beri perhatian kepadanya. Peluk dan berikan ciuman serta katakan anda sayang dan bangga kepadanya.

Artikel Menarik: [Pelukan Diiringi Dengan Ciuman Di Dahi Buat Anak Tersentuh Hati & Mudah Dengar Kata]

  1. Mengamuk dengan tiba-tiba

Dengan tiba-tiba dia menangis apabila barangnya kesayangannya tidak dijumpai. Dia mula menolak kerusi dan membuang permainan lain yang berdekatan dengannya.

Cara atasi:

Ajak dia bersama-sama untuk mencari barang permainannya itu supaya dia tahu barang itu tidak hilang. Cara ini memperkenalkan sikap sabar kepadanya. Nasihatinya supaya menyimpan barang permainan di tempat yang betul untuk mengelak berlaku lagi keadaan yang sama.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI