Penyanyi terkenal Shila Amzah meluahkan rasa gembira apabila ibunya, Fauziah Sarman, kini berada dalam fasa kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Perasaan itu disuarakan selepas tersebar berita bahawa ibunya bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi dalam masa terdekat.
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan ibunya. Beliau percaya bahawa setiap insan berhak merasai kebahagiaan, termasuklah ibunya yang telah lama bergelar ibu tunggal.
“Ibu saya ketika ini berada di fasa menikmati kebahagiaan dalam hidupnya. Saya sebagai anak gembira melihat keadaan ibu saya yang sekarang ini,” katanya ketika ditemui di konsert Raise The Star Malaysia baru-baru ini.
“Saya mendoakan mak saya bahagia seperti mana saya berjumpa dengan Ubai. Saya harap dia bersama seseorang yang akan meratukan dirinya dengan lebih baik.”
Menurut Shila lagi, seluruh ahli keluarga menyambut baik hasrat ibunya untuk kembali mendirikan rumah tangga, termasuk adik-beradiknya yang lain.
Ads
“Saya dan adik-beradik lain sangat mengalu-alukan, kerana kebahagiaan ibu kami adalah juga kebahagiaan untuk kami.”
Tambahnya, beliau tidak melihat perlunya untuk melengahkan perkara baik, apatah lagi jika ia membawa ketenangan dan kebahagiaan buat orang yang disayangi.
Ads
“Tak payah tunggu-tunggu (untuk berkahwin), kalau boleh cepat-cepat.”
Terdahulu, Fauziah Sarman mendedahkan bahawa beliau bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini. Jejaka tersebut berjaya membuka hatinya untuk kembali bergelar isteri selepas hampir dua tahun hidup sebagai ibu tunggal.
Ads
Katanya, lelaki tersebut memiliki keperibadian yang baik, penyayang, dan berjaya membuatkan dia kembali percaya kepada cinta dan perkahwinan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kegairahan ibu-ibu menghias rumah jangan pula sampai mengundang bahaya ya. Memang cantik bila rumah dihias dengan kertas dinding ataupun wallpaper tapi biarlah kena pada tempatnya. Tak semua benda atau tempat perlu ditutup dengan kertas dinding.
Usah Pasang Kertas Dinding Pada Peralatan Elektrik
Jangan tampal pada bahan mudah terbakar
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Boleh tingkatkan risiko kebakaran
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Harapan bapa melihat Ainul Mardhiah membesar dengan baik tanpa sebarang alat bantu pada tubuh. Besar impian bapa ini agar Ainul boleh membantunya meneruskan perniagaan yang diusahakan sekembalinya mereka sekeluarga ke Malaysia.
Sebelum ke London, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak telah menjalankan perniagaan termasuk perniagaan cenderahati majlis yang masih dalam peringkat perancangan. Antara produk yang dihasilkan ialah bertih jagung atau popcorn.
Dalam posting Facebook, bapa ini berkongsi tentang cita-citanya untuk melihat anak perempuannya turut serta bersama dalam bidang yang diceburi.
Mungkin ada yang tidak tahu, saya buat bisnes dan sekarang bisnes masih berjalan Alhamdulillah.
Sebelum viral pasal Ainul, saya dan isteri merancang untuk buat bisnes baru iaitu bisnes popcorn dan doorgift.
Jadi, ini je sempat buat sebelum ke London untuk buat rawatan Ainul.
Baru sampai part R&D and kira costing.
InshaAllah, bila dah balik Malaysia nanti and kehidupan back to normal, kami akan teruskan semula usaha usaha yang telah berjalan sebelum ni.
Ainul akan kami bawa ke kedai, ikut walid pergi ambil barang/hantar barang, ya sama lah macam dulu-dulu sebelum orang mengenali kami ?
Dahulu tujuan buat bisnes ni untuk Ainul. Nak tambah pendapatan sebab penjagaan Ainul tinggi perbelanjaannya.
Tapi Alhamdulillah, Allah telah mencukupkan rezeki kami dengan menggerakkan hati rakyat Malaysia dalam memudahkan proses rawatannya (pembedahan).
Kehidupan Ainul masih jauh lagi. Masih banyak perkara perlu ditempuhi. Walau bagaimana pun, cukup lah dengan rezeki pada hari ini dan Ainul pun bertambah sihat ( izinNya ).
Doakan bila Ainul besar nanti, dia boleh tolong mama walid dia buat popcorn ye ? atau nanti dia tukang promote dekat orang!
Tak sabar rasanya nak tunggu Ainul besar sikit and hidup seperti kanak-kanak lain tanpa sebarang alat bantuan pada tubuh badannya.
Anak-anak ‘terpaksa’ hidup jauh dengan ibu, pengorbanan wanita ini berbaloi, dinobat pelatih terbaik Kadet Sarjan PDRM 1/2023. Sarjan Siti Fairuz Abdullah telah dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mengakui dia sejujurnya tidak meletakkan sasaran dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Satu pencapaian membanggakan sebagai seorang wanita dan tidak menjangkakan dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan,”kata wanita yang berusia 32 tahun ini.
Beliau yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Azlan Shah berkata, komitmen 100 peratus diberikan sepanjang sembilan bulan latihan di Pulapol.
“Saya kira ini satu pencapaian membanggakan kerana saya merupakan seorang pelatih wanita berjaya dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Sememangnya saya telah tanam minat sejak dari kecil lagi untuk menjadi warga PDRM kerana ayah juga seorang pegawai polis,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Menurut Siti Fairuz, dia berminat menjadi seorang anggota polis kerana dibesarkan dalam keluarga polis dan telah menanam minat untuk menjadi seorang anggota polis sejak kecil.
Siti Fairus juga adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, major dalam Sains Politik di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia dan kini menangguh pengajian kerana mengikuti kursus kepolisan tersebut.
Siti Fairuz yang lahir dan dibesarkan di Pulau Pinang adalah anak kelima dari sembilan adik beradik dan telah berkhidmat sebagai anggota polis sejak tahun 2018.
Siti Fairuz berkata, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan.
IBU KEPADA DUA ANAK ITU BERKATA, CABARAN UTAMA SEMASA MENJALANI LATIHAN SELAMA SEMBILAN BULAN DI PULAPOL ADALAH BERJAUHAN DARIPADA ANAK-ANAK TERSAYANG.
Menurutnya, selama ini dia tidak pernah berjauhan begitu lama dengan anak-anak, namun semua itu berjaya ditempuhi dengan penuh kesabaran.
SITI FAIRUZ BERKATA, LATIHAN FIZIKAL YANG BERAT BUKAN SATU HALANGAN BAGI DIRINYA NAMUN TERPAKSA BERJAUHAN DENGAN DUA ANAK KECIL BERUSIA 9 DAN 8 TAHUN MENJADI CABARAN PALING UTAMA.
“Saya sangat berterima kasih kepada suami dan keluarga saya yang telah banyak menyokong dan berkorban dalam pelbagai segi terutama kepada suami saya yang menjadi ibu dan ayah kepada dua cahayamata saya semasa 9 bulan saya berkursus,” kata Siti Fairuz yang mempunyai seorang anak lelaki Adam Hariq, 9 dan seorang anak perempuan Arisa Humaira, 8.
“Ayah saya banyak memberikan bimbingan dan fokus dan ini menjadi dorongan kepada saya untuk cekal dalam mengikuti kursus tersebut dengan penuh keyakinan di samping pengalaman pertama saya semasa berkursus dahulu.
“Sebagai seorang pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh USM dan juga Duta Pelajar PJJ, saya menyeru supaya lebih ramai anggota polis menyambung pengajian di PPPJJ USM di samping memajukan diri dan kerjaya, yuran pengajian di sini adalah murah dengan pengajian yang sangat fleksibel.
Ujarnya lagi, segala titik peluh dan keringat yang dicurahkan menjadi lebih bermakna apabila diumumkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan bagi pengambilan sarjan percubaan Bil.1 Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai tugas sebelum ini, katanya, dia menyertai PDRM pada 2018 dan menjalani latihan di Pulapol Langkawi sebelum ditugaskan di unit trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.
Siti Fairuz melapor diri pada 18 Jun lalu sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah di IPD Shah Alam, Selangor
Bahaya mercun terhadap kanak-kanak sering dipandang ringan. Ketahui risiko sebenar, kesan kecederaan dan langkah keselamatan penting untuk ibu bapa ketika musim perayaan.