Penyanyi terkenal Shila Amzah meluahkan rasa gembira apabila ibunya, Fauziah Sarman, kini berada dalam fasa kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Perasaan itu disuarakan selepas tersebar berita bahawa ibunya bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi dalam masa terdekat.
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan ibunya. Beliau percaya bahawa setiap insan berhak merasai kebahagiaan, termasuklah ibunya yang telah lama bergelar ibu tunggal.
“Ibu saya ketika ini berada di fasa menikmati kebahagiaan dalam hidupnya. Saya sebagai anak gembira melihat keadaan ibu saya yang sekarang ini,” katanya ketika ditemui di konsert Raise The Star Malaysia baru-baru ini.
“Saya mendoakan mak saya bahagia seperti mana saya berjumpa dengan Ubai. Saya harap dia bersama seseorang yang akan meratukan dirinya dengan lebih baik.”
Menurut Shila lagi, seluruh ahli keluarga menyambut baik hasrat ibunya untuk kembali mendirikan rumah tangga, termasuk adik-beradiknya yang lain.
Ads
“Saya dan adik-beradik lain sangat mengalu-alukan, kerana kebahagiaan ibu kami adalah juga kebahagiaan untuk kami.”
Tambahnya, beliau tidak melihat perlunya untuk melengahkan perkara baik, apatah lagi jika ia membawa ketenangan dan kebahagiaan buat orang yang disayangi.
Ads
“Tak payah tunggu-tunggu (untuk berkahwin), kalau boleh cepat-cepat.”
Terdahulu, Fauziah Sarman mendedahkan bahawa beliau bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini. Jejaka tersebut berjaya membuka hatinya untuk kembali bergelar isteri selepas hampir dua tahun hidup sebagai ibu tunggal.
Murid OKU berlutut ke kantin undang kebimbangan ibu bapa apabila satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang murid Pendidikan Khas bergerak dalam keadaan berlutut di kawasan sekolah. Video pendek itu pantas mencetuskan rasa sebak, terkejut dan bimbang dalam kalangan ibu ayah yang membayangkan situasi sama boleh berlaku kepada anak mereka.
Sebagai ibu bapa, naluri kita memang mudah tersentuh apabila melibatkan anak-anak istimewa. Kebajikan, keselamatan dan maruah anak OKU sentiasa menjadi keutamaan. Namun di sebalik emosi yang tercetus, pihak sekolah tampil memberikan penjelasan bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Menurut Yang Dipertua (YDP) sekolah berkenaan, Jeehan Adam, kejadian itu berlaku apabila murid terbabit keluar dari kelas atas inisiatif sendiri kerana terlalu teruja melihat kehadiran ibunya di sekolah pada hari tersebut.
“Murid berkenaan bukan ditinggalkan atau diabaikan. Dia keluar secara spontan untuk menunjukkan kepada ibunya kawasan sekolah termasuk kantin dan rakan-rakan,” jelas beliau.
Rakaman yang tular itu, menurut pihak sekolah, tidak memaparkan keseluruhan konteks kejadian sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Antara persoalan utama yang dibangkitkan ibu bapa ialah mengapa murid tersebut tidak menggunakan alat bantuan seperti reverse walker.
Pihak sekolah menjelaskan bahawa penggunaan reverse walker tidak diamalkan di dalam bilik darjah kerana susun atur kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah direka khusus bagi memudahkan pergerakan murid tanpa alat bantuan.
Selain itu, murid berkenaan juga masih baharu bersekolah dan sedang melalui proses penyesuaian diri, sesuatu yang sangat biasa bagi anak-anak istimewa di peringkat awal persekolahan.
Tegas pihak sekolah, guru-guru PPKI sentiasa memantau dan menjaga murid di bawah tanggungjawab mereka. Dakwaan bahawa murid OKU tersebut diabaikan dianggap tidak adil terhadap guru-guru yang setiap hari berusaha memastikan kebajikan anak-anak istimewa terjaga.
Namun, video tular itu telah menyebabkan guru-guru terpaksa memberi penjelasan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), selain berdepan kecaman serta komen negatif daripada warganet.
Bagi Pa&Ma, isu ini wajar menjadi peringatan buat semua ibu bapa. Keprihatinan terhadap anak OKU adalah satu kelebihan, namun empati perlu disertai dengan kefahaman dan konteks sebenar.
Sebagai ibu ayah, kita boleh:
Anak OKU memerlukan sokongan menyeluruh daripada ibu bapa, guru dan masyarakat. Apabila kita memilih untuk memahami sebelum menghukum, kita membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, penyayang dan menghormati keperluan setiap anak.
Kerana setiap anak istimewa berhak dilindungi, difahami dan disayangi.
Setiap hari ada sahaja rakan-rakan terdekat dan saudara mara yang dijangkitkan Covid-19. Semuanya kerana penangan varian Omicron yang membimbangkan di negara kita. Semalam sahaja, kes harian di negara kita sudah melebihi angkat 30 ribu. Membimbangkan.
Sebagai tanda prihatin kita kepada rakan dan saudara terdekat, kongsi dan belikan ubat-ubatan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengawal jangkitan kuman itu. Nak beli ubat apa? Ini panduan ubat-ubatan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Nadia Azman, seperti saranan yang dikongsikan oleh pihak hospital.
Menurut Nadia, pihak hospital menasihati dirinya untuk mengambil ubat setiap empat jam seperti yang dilakukan oleh mereka untuk merawat pesakit Covid-19 di hospital.
Pharmacist dari hospital call semalam sebab suhu badan i makin teruk. Dia bagitahu set jam every 4 hours untuk mkn PCM. Make sure topup PCM dalam badan kalau tak covid will eat you alive. Itu saja cara hospital treat covid patients.
I did what she told and alhamdulilah suhu turun 37.4 pagi ni. Dia juga pesan pergi hospital segera jika berlaku kat bawah ni:
– Loya
– Muntah
– Suhu spiking tinggi lebih dari suhu sebelum ni walaupun dah makan ubat
– Headache semakin teruk
I asked her boleh tak ambil ubat tahan sakit since headache im having tersangat musibat, dia kata boleh ambil Synflex (warna biru pekat) (naproxen) 1 biji setiap *12 jam* sebiji je kalau tak perut akan jadi pedih.
Lepas 2 hari, boleh downgrade ubat kepada PCM EXTRA (sakit kepala) atau PCM with Orphenadrine (sakit otot) bergantung kepada symptom.
3. Antihistamine ada tak, macam chlorpheniramine atau Clarinase atau Actifed (pseudoephrine with tripolidine.)
4. Last sekali, standby ubat batuk macam benadryl. Dan ini pula senarai ubat perlu ada.
– PCM with Orphenadrine
– Vitamin C
– Cool fever
– Synflex with naproxen
– Antihistamine /chlorpheniramine/ Clarinase (pseudoephrine with tripolidine)
– Nasal spray oxvmetazoline
– Benadryl (buang kahak)
– Alat suhu dan oxymeter
Panadol extra kalau simptom covid demam+sakit kepala. PCM + caffeine. Hospital selalu bagi patients ni kalau sakit kepala lepas operations procedure.
PCM+orphenadrine untuk demam dengan sakit muscles. Dekat pharmacy ada, cuma panadol extra tu je lately asyik habis.
Synflex naproxen untuk ubat tahan sakit, ubat ni sangat kuat ambil sebiji sahaja every 12 jam, kalau dah sakit sangat. Macam i semalam tak sanggup dah menahan sakit kepala siap nangis tak tentu pasal.
Kalau untuk running nose cari yang ada pseudoephrine with tripolidine. Contoh macam clarinase. Bantu hilangkan hidung tersumbat yang buat nafas tak tentu hala during covid. Ubat batuk Benadryl bagus buang mucus in the nose, windpipe, lungs. Mucus akan keluar melalui batuk.
Ini list simptom covid yang dimaksudkan mild atau CAT 2a. Mild tak mild sangat la, sakit kot demam, headache, muscle pain, sore thorat.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Ada beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk anak sentiasa lembut hati, dengar cakap dan rapat. Bukan dengan niat yang baik-baik sahaja semasa memasak atau menidurkan anak tapi ketika menyikat rambut pun tetap boleh dilakukan.
Tertarik dengan perkongsian dari Puan Nadia Bakar, admin nak kongsikan bagaimana dia menggunakan cara untuk melembutkan hati anaknya. Sangat mudah diamalkan.
Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ni.
Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?
Kisah ni dah lama nak cerita, tapi asyik lupa. Maafkanlah mak yang sibuk ini. Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.
Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita. Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.
Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.
“Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin”
Anak-anak pun aminkan.Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.
Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.
“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.”
Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.
“Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”
Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak. Nampaklah kesannya. Anak pun lebih attach dengan kita.
Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melalui pengalaman keguguran sememangnya cukup menyedihkan bagi seorang ibu hamil. Perlukan sokongan emosi yang cukup kuat dari orang-orang sekeliling. Ditambah pula dengan kerisauan sama ada sudah sembuh sepenuhnya ataupun belum.