Ada beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk anak sentiasa lembut hati, dengar cakap dan rapat. Bukan dengan niat yang baik-baik sahaja semasa memasak atau menidurkan anak tapi ketika menyikat rambut pun tetap boleh dilakukan.

Tertarik dengan perkongsian dari Puan Nadia Bakar, admin nak kongsikan bagaimana dia menggunakan cara untuk melembutkan hati anaknya. Sangat mudah diamalkan.

Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ni.

Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?

Kisah ni dah lama nak cerita, tapi asyik lupa. Maafkanlah mak yang sibuk ini. Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.

IKLAN

Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita. Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.

Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.

“Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin”

Anak-anak pun aminkan.Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.

Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.

IKLAN

“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.”

Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.

“Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”

IKLAN

Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak. Nampaklah kesannya. Anak pun lebih attach dengan kita.

Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.

Kredit: Nadia Bakar

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)