Anak kembar kepada pelakon Datin Paduka Eina Azman, Ariana Aubrey dan Karl Kareef baru sahaja menyambut hari jadi mereka yang ke 5 pada 19 Februari yang lalu dalam satu majlis di kediaman mereka.
Semalam Datin Eina sempat memuatnaik satu video di laman instagramnya di mana anak kembarnya Aubrey dan Karl membuat sendiri kek hari jadi mereka, kek coklat sempena hari jadi mereka yang ke-5.
“Ariana Aubrey & Karl Kareef excited nak buat dan bakar kek hari jadi mereka sendiri yang ke-5! 🎉🎉🎉 Video ini diambil pada 19 Februari lalu! Selamat Hari Jadi kesayangaku AK! Mummy & Daddy loves you so much!”
Namun gelagat comel anak perempuan Datin Eina menarik perhatian warganet. Kecomelan dan kedipan matanya setiap kali memasukkan bahan ke dalam bekas adunan mencuit hati ramai. Rata-rata geram melihat aksi Aubrey dan Karl.
Dan yang paling menarik perhatian, mereka boleh berbahasa Melayu dan English dengan baik di dalam video ini.
Ads
Mereka berdua sedang gigih menyiapkan dan menghias kek hari jadi tersebut.
Rata-rata warganet terhibur dengan kecomelan mereka berdua. Tak kurang juga ada yang mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka berdua.
Walaupun baru 5 tahun, namun kek yang dihasilkan sangat cantik!
Datin Eina Azman memilih untuk berkahwin pada usia muda iaitu 19 tahun apabila memilih Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Pasangan ini telah dikurniakan pasangan bayi kembar bernama Karl Kareef dan Ariana Aubrey pada 19 Februari 2016.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu bapa mana yang sanggup melihat keadaan anak yang dikandung dan dilahirkan mengalami derita dan kesakitan. Namun itulah yang perlu dihadapi pelawak Syed Ali Puteh dan isteri apabila anak yang berusia 8 hari disahkan mengalami masalah jantung.
Puteri kedua pelawak Syed Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilahirkan pada 6 Ogos lalu dinamakan Sharifah Nur Ainul Mardhiah sebelum ini mengalami jaundis. Ia dikongsikan oleh Ali menerusi Instagram.
Namun tiada siapa menduga si kecil ini mengalami masalah kesihatan yang lebih serius daripada itu. Isteri Ali, Melati Fitri Abdullah juga turut berkongsi tentang keadaan terkini bayi mereka.
Dia mengakui tidak sanggup melihat bayinya diuji dengan kesakitan namun reda ia sebagai ujian buat mereka sekeluarga. Doa daripada semua dipohon agar Sharifah Nur Ainul Mardhiah sembuh.
Melati dalam kemaskini berkongsi tentang perkembangan terkini di mana injap jantung terbalik dan mempunyai lubang di tengahnya.
Puteri mereka yang dipanggil Ainul kini sedang dipantau di sebuah hospital dan bakal menjalani pembedahan 2 hingga 3 minggu lagi. Ibu ini amat menghargai doa dan tips yang dikongsikan.
Baru-baru ini viral kisah ibu bersalin ketika dalam koma. Kelahiran yang penuh keajaiban itu menarik perhatian ramai termasuk pasangan pengacara rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima iaitu Datin Fouziah Gous dan suami Datuk Zhafran Yusof.
Ibu bapa kepada dua cahaya mata iaitu Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusuf ini amat prihatin dan mengambil keputusan melawat sendiri keluarga berkenaan bagi melihat sendiri keadaan Kamareeah Arwae, 36 serta anak bongsunya yang dilahirkan pramatang semasa masih dalam keadaan koma.
Sementara itu, Zhafran berkata, dia dan isterinya melakukan kerja amal dengan menziarahi keluarga memerlukan, selain menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berada di sekitar pantai timur sejak kejadian bah kuning di Kelantan pada 2014.
“Bagaimanapun dalam banyak kes yang pernah kami lawati, keajaiban yang berlaku ke atas Kamareeah yang melahirkan anak bongsunya dalam keadaan koma selepas tular membuatkan saya dan isteri benar-benar ingin bertemu dengan keluarga ini.
“Alhamdulillah, perbincangan bersama sahabat yang tinggal di Kelantan memudahkan kami mencari keluarga ini dan berpeluang melihat sendiri keadaan Kamareeah serta anaknya,” katanya.
Dalam pada itu, suami Kamareeah Arwae, 36 ,ibu yang bersalin semasa koma Fairol Haziri Rahim melahirkan harapan untuk melihat isterinya sedar dan menyusukan bayi mereka.
“Saya mengharapkan keajaiban akan berlaku dan apabila isteri sedar nanti dia boleh menyusukan anak kami,” katanya.
Anak kedua mereka yang dilahirkan semasa koma, Farah Hanis ianggap keajaiban oleh pengamal perubatan. Dia awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan kerana Kamareeah yang menghidap tumor di kepala Disember lalu menjalani banyak proses rawatan termasuk proses imbasan sekali gus memberi kesan kepada janin ketika itu.
Fairol berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, doktor memberi jaminan bahawa Kamareeah akan sembuh suatu hari nanti, namun tidak dapat memberi tempoh berapa lama isterinya yang terlantar itu akan kembali pulih.
“Lebih menyedihkan, sejak lahir Farah Hanis yang kini berusia 53 hari hanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas untuk bayi pramatang kerana isteri tidak dapat menyusukan bayi kami seperti yang dilakukan sebelum ini kepada anak sulung, Farras Hazim, 19 bulan, walaupun hanya sekejap.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan sejak itu, dia enggan minum susu formula.
“Hati saya sebak melihat anak bongsu yang baru dilahirkan membesar tanpa belaian seorang ibu dan perasaan gembira kami menyambut orang baru bertukar pilu,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Pantai Cahaya Bulan.
Pa&Ma sebelum ini melaporkan, Kamareeah yang terlantar akibat ketumbuhan di bahagian kepala sejak tujuh bulan lalu melahirkan anak bongsunya Farah Hanis secara pembedahan ketika berada dalam keadaan koma.
Menurut bapa kepada dua anak ini selepas kisah menyayatkan hati tentang keluaga mereka tular di media sosial dan mendapat liputan akhbar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai datang ke rumah dan menyerahkan sumbangan untuk meringankan bebannya.
“Alhamdulillah, kos untuk membeli lampin pakai buang dan susu kepada isteri serta anak bongsu dapat dijimatkan apabila ada pihak yang menyumbang barang berkenaan untuk mereka.
“Sumbangan yang diberikan cukup besar maknanya kepada saya, lebih-lebih dalam keadaan saya sudah tidak boleh bekerja kerana perlu menguruskan isteri sepanjang masa.
“Sejak isteri terlantar, hanya saya seorang yang menjaganya dari menukar lampin pakai buang, mengelap tubuh badan, memberi susu khas melalui wayar yang dipasang di hidungnya sehingga membersihkan wayar di bahagian lehernya yang ditebuk,” katanya.
Katanya, memandangkan dia perlu menguruskan keperluan isteri, buat sementara waktu, Farah Hanis dijaga oleh sepupunya yang tinggal berjiran dengannya.
“Sebelum ini, saya menerima beberapa panggilan daripada individu yang mahu mengambil Farah Hanis sebagai anak angkat, namun saya tidak bersetuju kerana biar sesukar mana, saya tidak akan berpisah dengan anak,” katanya.
Tarikh 21 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa sempena tarikh perkahwinannya. Tahun ini genap 13 tahun usia perkahwinan penyanyi nombor satu negara itu dengan suaminya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tokti telah pun diijab kabul pada 21 Ogos 2006 dengan Datuk K ketika beliau berada di puncak kejayaan ketika berusia 27 tahun.
Perkahwinan yang telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang puteri comel, Siti Aafiyah Khalid membuatkan pasangan secocok ini semakin bahagia.
Semalam, mereka telah mengadakan sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang dibuat di kediaman sendiri dalam keadaan yang sederhana. Tokti juga sempat memuat naik gambar-gambar sepanjang majlis tersebut berjalan.
Rakan artis turut datang
Turut kelihatan di majlis sambutan hari ulangtahun perkahwinan Tokti ini adalah rakan artis seperti Ernie Zakri, Syamel dan juga Mark Adam yang sempat membuat persembahan dengan menyampaikan beberapa buah lagu.
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram Tokti dengan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-13 buat dirinya serta suami.
Mereka turut mendoakan penyanyi kesayangan ramai ini terus berbahagia dan mendapat kesejahteraan bersama keluarga baik di dunia mahupun di akhirat.
Kehadiran Aafiyah juga dianggap pelengkap rumah tangga Datuk Siti dan Datuk K sepanjang mereka hidup bersama.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.