Bila anak tak sihat, mak-mak lah orang yang paling risau. Ada pelbagai cara untuk sembuhkan penyakit anak-anak terutama menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di sekeliling.
Ada beberapa cara untuk melegakan batuk yang boleh mama papa gunakan untuk mengubati anak-anak secara semulajadi yang dikongsi oleh Dr Mazliana.
Anak saya tak sihat baru ni. Jumaat malam dia start batuk. Lepas termakan keropok. Saya perasan, dia sangat cepat alah dengan makanan tinggi MSG.
Lepas makan keropok yang kawan dia bagi, tak sampai 10 minit, dia terus batuk tak berhenti.
Start batuk dan berkahak, kemudian hari Ahad ada demam sikit. Hanya sehari demam, dan Isnin dah sembuh dari demam dan batuk, alhamdulillah.
Kalini, saya hanya buat 4 remedies. Allah izin anak sembuh demam dan batuk dalam 3 hari, alhamdulillah.
Ads
Saya share dengan korang, mana tahu ada anak yang tengah tak sihat sekarang.
1. Magnesium flakes
– Terus saya start anak dengan rendaman magnesium flakes bila dengar dia batuk. Nak cairkan kahak, nak detox badan dia balik.
2. Air kelapa
– Cari air kelapa, bagi anak minum. Untuk detox dan hydration jugak, sebab dia demam tak lalu makan apa langsung satu hari.
Ads
3. Honey garlic
– Sungguh mujarab yang ini. Bila dengar anak batuk tak berhenti, saya bancuh 1 sudu kecil dengan air, kemudian bagi anak minum. Memang nampak perubahan batuk dah berkurang banyak sangat.
– Setiap hari bagi makan, ketara betul perubahan batuk anak.
Ads
4. Sup singo pear
– Reneh singo pear dengan air, saya masak guna mode slow cook dalam Thermomix. Nutrisi lebih terpelihara, sebab masak suhu rendah.
Dalam usaha untuk menjaga kesihatan, kita selalu mencari makanan yang bukan sahaja sedap tetapi juga memberi manfaat untuk tubuh. Salah satu makanan yang semakin popular kerana khasiatnya adalah beetroot. Mungkin ramai yang tak biasa dengan rasa atau cara makan beetroot, tapi tahukah anda bahawa beetroot kaya dengan nutrisi yang sangat baik untuk tubuh?
Ikuti perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar mengenai khasiat Beetroot mengandungi nitrates yang bertindak sebagai blood thinner semulajadi, membantu mengurangkan tekanan darah dan menyihatkan jantung. Selain itu, ia juga kaya dengan folate yang penting untuk ibu mengandung, serta copper yang bantu meningkatkan prestasi otak dan tenaga mental.
Masa saya duduk Australia dulu, beetroot dalam burger famous sangat. Senang cerita orang Aussie suka sangat. Saya try makan beetroot. Rasa macam cannot go.
Tapi paksa diri juga. Akhirnya boleh terima dan suka. Paksa diri sebab tahu khasiat untuk kesihatan yang ada pada beetroot ni. . Beetroot ni kaya dengan nitrates. Jadi dia adalah blood thinner semulajadi. Nitrates juga sihatkan jantung. Penting untuk kanser. . Nak makan macam mana? Boleh makan slice gitu saja. Atau campurkan dalam jus. . Untuk ahli sukan, tahu tak beetroot ni boleh tingkatkan sport performance anda. Untuk ibu mengandung, dalamnya dah ada folate semulajadi. Lebih mudah diserap berbanding folic acid. . Kalau nak brain performance pula, beetroot kaya dengan copper. Penting untun energy production for the brain.
.
JUS UBI BIT MERAH
Untuk buat jus, kena pakai blender. Bukan juicer. Penting minum dengan fibernya sekali. Kalau pakai juicer, kita hanya minum air gula saja.
Untuk bahan-bahan:
Saderi satu setengah batang
Ubi bit saiz kecil. Guna separuh sahaja
Epal 4 biji – terpulang nak guna epal jenis apa
Air bertapis
Caranya mudah saja:
Potong bahan 1-3 pada potongan kecil.
Masukkan ke dalam blender
Masukkan air separuh dari ketinggian bahan.
Blend sehingga halus. Tambah air kalau pekat.
Untuk pastikan badan boleh serap khasiat ubi bit. Sehari kena ambil 1 biji saiz sederhana.
Jadi, memasukkan beetroot dalam diet harian anda bukan sahaja memberi rasa segar dalam hidangan, malah memberi pelbagai manfaat kesihatan yang boleh meningkatkan kualiti hidup. Tak kisah lah nak makan beetroot dalam bentuk jus atau potong slice, khasiatnya tetap membantu tubuh untuk kekal sihat.
Ramai ibu bapa selalu memandang ringan bila anak demam sedangkan hakikatnya demam adalah petanda ketidakstabilan pada tubuh anak.
Banyak perkara boleh berlaku bermula daripada demam. Jadi hati-hati, mama papa kena lebih peka bila anak demam.
Suhu haruslah sentiasa dipantau supaya badan anak tidak panas melampau dan mengakibatkan masalah lain seperti sawan dan sebagainya. Bila anak demam, perkara paling utama yang mama harus lakukan adalah melarang sama sekali anak ke sekolah. Ini penting bagi memastikan kesihatan anak lebih terjamin.
Beri keselesaan pada anak
Sama seperti kita, anak juga semestinya tidak selesa apabila demam. Rasa sengal-sengal pada sendi, tidak selesa pada tekak dan hidung serta kesejukan melampau. Selain itu, anak juga ingin berehat dan berbaring dengan selesa. Jadi periksa suhu anak setiap hari supaya anda boleh pantau bila mereka demam. Elakkan anak ke sekolah sepanjang tempoh itu. Berikan mereka rehat yang cukup di rumah.
Pastikan anak tidak mejangkiti kanak-kanak lain
Anak demam yang masih ke sekolah bukan hanya tidak cukup bersedia untuk memulakan harinya, tetapi juga mampu memberi impak kepada rakan-rakan di sekeliling. Virus yang dibawa mereka dikhuatiri boleh dipindahkan kepada rakan-rakan lain. Bagi mengelakkan masalah ini, ada baiknya anak ditempatkan di rumah sahaja. Ibu bapa kena lebih prihatin!
Keadaan anak tidak stabil
Anak sama sekali tidak stabil dan bersedia untuk ke sekolah apabila suhu badan mereka mencapai paras tinggi iaitu 37.5 selsius atau lebih. Tubuh anak menjadi lemah dan tahap pemfokusan kepada pembelajaran juga menjadi menurun. Malah anak hilang keupayaan untuk bergerak aktif seperti selalu. Jadi dengan membenarkan anak ke sekolah ketika waktu demam amatlah tidak sesuai. Anak cenderung untuk jatuh dan risiko pada bahaya lain yang berkemungkinan berlaku. Jadi jangan undang risiko!
Guru terpaksa galas tanggungjawab
Apabila anak yang demam pergi ke sekolah, secara automatik guru terpaksa menggalas tanggungjawab untuk menjaga dan memerhatikan mereka setiap masa. Akibatnya guru terpaksa mengabaikan tanggungjawabnya kepada murid lain dan menumpukan perhatian kepada anak yang sakit.
Mama tidak boleh pantau
Bukan hanya guru, malah ibu bapa sendiri tidak dapat memantau perkembangan suhu anak mereka apabila berada di sekolah. Keadaan ini pastinya amat berbahaya kerana jika suhu naik mendadak secara tiba-tiba, anak mungkin terdedah risiko serangan penyakit lain. Ada baiknya anak berada di rumah dan ibu mengambil cuti untuk memantau kesihatan anak. Anak selesa, ibu pun tidak perlu risau.
Berikan suplemen sesuai untuk cepat sembuh
Bila anak demam jangan dibiarkan tanpa rawatan sebaliknya segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengamilan ubat bagi meredakan demam anak. Memilih beberapa jenis ubat yang disyorkan doktor atau membekalkan anak dengan suplemen sesuai amat disarankan. Suplemen Sambucol yang dihasilkan daripada buah elderberri berkualiti tinggi merupakan pilihan bijak yang ibu bapa boleh berikan. Ia mampu meredakan demam selesema dan memendekkan tempoh demam. Bukan itu sahaja, Sambucol juga meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Tak salah jika diberikan kepada anak secara konsisten.
Mama boleh dapatkan produk ini lazada.com.my. Untuk keterangan lanjut boleh layari Facebook Sambucol.
Elak Kerap Ponteng Kelas
Apabila anak demam, secara automatik anak terpaksa ponteng kelas kerana tidak cukup bersedia untuk ke sekolah. Jangan biarkan anak selalu ponteng kelas hanya disebabkan kerap kali demam. Akibatnya anak jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan lain. Pastikan anak diberikan suplemen
yang sesuai untuk mengekalkan imunasi tubuhnya supaya kurang selsema, batuk dan sekaligus demam. Jadi masalah anak ponteng pastinya berjaya dikurangkan.
Langkah Mudah Mama Perlu Buat
* Periksa suhu anak dari semasa ke semasa.
* Basahkan tuala kecil dan lapkan pada badan anak terutama di bawah ketiak.
* Basahkan kepala anak dan biarkan kering dengan sendiri.
* Jika suhu anak terlampau tinggi, segera mandikan anak.
* Buka baju anak dan biarkan dalam suhu biasa. Jika perlu pakai baju pastikan baju nipis sahaja.
* Tampalkan cooler di atas dahi.
* Boleh juga sapukan jel aloe vera di bawah ketiak untuk redakan suhu anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak berusia lima bulan. Dia sering demam selepas menerima suntikan imunisasi. Adakah hal ini normal? Apakah cara yang berkesan untuk mengelakkan bayi atau kanak-kanak demam selepas menerima suntikan ini?
Jawapan:
Suntikan imunisasi yang diberikan kepada bayi memang boleh menyebabkan dia demam. Namun yang demikian, anda perlu faham bahawa tidak semua bayi akan mengalami demam dan tidak semua suntikan imunisasi akan menyebabkan seseorang bayi demam.
Demam yang dialami selepas mendapat suntikan imunisasi, biasanya disebabkan oleh reaksi tubuh badan terhadap suntikan tersebut. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau jika bayi demam selepas menerima suntikan.
Bagi mengelakkan anak demam selepas menerima suntikan, boleh memberikan ubat demam kepadanya, empat jam sebelum suntikan diterima. Pemberian ubat demam boleh diulang selepas suntikan diberi, sekurang-kurangnya empat jam selepas dos yang pertama.
Jangan risau kerana demam yang disebabkan oleh suntikan imunisasi, selalunya tidak lama dan akan hilang dalam masa satu hari.
Soalan ini dijawab oleh Dr Roliza Ibrahim, Pakar Pediatrik Avisena Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.