Simple Je Buat Kacang Goreng Berempah, Lagi Sedap Dari Beli Di Kedai

Share

Bagi penggemar kacang, pastinya kacang goreng berempah antara kudap-kudap pilihan utama. Kacang goreng berempah memang sesuai sebagai hidangan kudap-kudap ringkas ketika menonton TV.

Bukan hanya menjadi pilihan hidangan harian, malah kacang juga mula terkenal sebagai hidangan kudap-kudap untuk hari raya. Tetamu yang datang pasti tak melepaskan peluang untuk merasai keenakan pelbagai jenis kacang. Lebih bertambah enak jika dibuat sendiri kerana tak semua yang dijual dipasaran kena dengan citarasa kita. Ikuti resipi mudah yang dikongsi oleh Siti Azura.

Simple je rupanya nak buat kacang goreng berempah ni

Bahan-Bahan;

-500gm Kacang tanah
-5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
-1 sb serbuk cili
-2 sb gula
-3 sk garam
-2 biji telur
-5 sb tepung gandum
-1 sb tepung beras
*sb – Sudu Besar
*sk – Sudu Kecil

Cara-caranya:

-Bersihkn kacang tanah…(bilas dan jemur kering sehari sebelum nak buat)

-Campur semua bahan (kacang + bawang putih + serbuk cili + gula + garam + telur)

-Gaul sampai sebati

-Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati

-Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana

-Bila dah masak, angkat dan tapis/toskan minyak sebelum dimasukkan dalam bekas.

Kredit: Siti Azura

IKLAN