Dihujung-hujung tahun ini mama pastinya sibuk dengan pelbagai persiapan untuk anak termasuklah jamuan untuk sesi persekolahan hujung tahun anak. Nak bawa menu apa?
Persoalan macam ini selalu jadi masalah untuk mama. Idea hebat tapi ringkas oleh seorang ibu ini, Noor Fadzlin boleh memberi idea kepada semua. Coklat Stik, memang simple. Mesti anak-anak berebut.
POTLUCK JAMUAN SEKOLAH
Wah tambah idea untuk ibu-ibu yang tak sempat nak masak tapi nak prepare potluck jamuan sekolah tu. Satu botol choco spread ni boleh dapat 12 cups ye.
Lin bukan buat untuk potluck, tapi untuk anak bertuah. Dia kalau pergi appoinment hospital suka betul beli benda gini.
Ads
Bukan boleh habis tu dengan harga RM4.50 dijual satu cup dadih tinggi tu. Buat gini biar jimat.
Harga: untuk 12 orang makan RM16.50 Choc spread RM9.90 (offer price) Biskut Rm5 ( dapat dalam 11@12 batang/pek) Sauce cup 25pcs RM2.40 (0.096/cup) Ziplock 100pcs RM2.40 (0.024/pek) **saiz 7.6cmx10.1cm
Ads
Asingkan sos coklat atau coklat spread dalam bekas bersaiz kecil.
Asingkan juga biskut jejari dalam plastik bersaiz kecil.
Ibu hamil yang mengidam bukan saja-saja. Kadang benda ini berlaku diluar kawalan dan tak dibuat-buat pun. Bukan setakat mengidam makanan, ada juga ibu mengandung teringin untuk buat sesuatu yang tak terfikir sebelum itu.
Terbaharu, tular di akaun TikTok apabila seorang ibu hamil bukan mengidam untuk makan tetapi dia mengidam untuk naik kereta kebal, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @omma_ellysha76 di laman TikToknya, dipercayai ibu kepada wanita hamil tersebut dan demi memenuhi permintaan anaknya, dia telah membawa anaknya itu ke Kem Tentera di Sungai Besi.
Ujarnya lagi, dia atau lebih mesra disapa dengan panggilan Omma sangat memahami keadaan anaknya itu kerana dia sendiri sudah melalui fasa yang sedang dialami anak kesayangannya.
Tanpa menghiraukan rasa malunya, sebaik sahaja tiba di kawasan kem itu, Omma meminta izin kepada anggota tentera yang berada di berhampiran untuk menaiki kereta kebal tersebut.
Alhamdulillah, atas budi bicara anggota tentera, ingatkan ibu yang mengandung saja diberi peluang tetapi ahli keluarga lain pun dapat menaiki kereta kebal tersebut dan anaknya itu menangis gembira kerana dapat melepaskan rasa mengidamnya selama ini.
Alhamdulilah, netizen tengok pun happy sebab ibu hamil dapat naik kereta kebal!
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira apabila mereka dapat melihat keiginan ibu hamil itu akhirnya tercapai.
Terbaiklah abang askar!
Bukan itu sahaja, netizen turut kagum serta memuji sikap anggota tentera yang memberikan keizinan pada ketika itu yang sanggup mengemaskan barang dalam kereta kebal itu demi memenuhi ibu yang mengidam.
Semoga anak yang dikandung menjadi seorang pejuang tanah air, aamiin!
Malah, majoriti netizen mendoakan agar anak yang dikandung oleh wanita tersebut lahir menjadi seorang yang berjuang untuk tanah air, kelak.
“Alhamdulillah. Tahniah.mungkin anak dalam kandungan nak jadi askar tu. Semoga dimurahkan segala urusan.Terbaik ibu dan ATM
“Alhamdulillah tercapai hajat.. saya faham sangat orang mengidam nie.. tak dapat kita boleh nangis.. dah dapat pun kita akan nangis terharu 🥺🥺”
“Terbaik abang askar dapat tunaikan moga dipermudahkan, harap keluar nanti jadi seorang perwira negara.”
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami patah tulang paha kiri dipercayai ketika berada di bawah jagaan seorang pengasuh dalam satu kejadian yang berlaku pada 9 Januari lalu, kira-kira pukul 2.38 petang.
Kejadian itu hanya disedari selepas bayi berkenaan pulang ke rumah daripada kediaman pengasuh yang terletak di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur. Ibu bapanya mendapati bayi tersebut menangis berterusan, kelihatan tidak selesa serta sukar ditenangkan berbanding kebiasaan.
Menurut ibu bapa mangsa, tangisan luar biasa yang dialami bayi itu menimbulkan rasa bimbang, terutamanya apabila sentuhan pada bahagian kaki menyebabkan bayi bertindak balas seolah-olah kesakitan.
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat bengkak ketara pada paha kiri bayi berkenaan. Susulan itu, bayi tersebut segera dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan perubatan dan pemeriksaan menyeluruh.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pemeriksaan perubatan yang dijalankan mengesahkan bayi berkenaan mengalami patah tulang paha kiri, satu kecederaan yang serius bagi bayi yang masih belum mampu bergerak aktif.
“Pemeriksaan lanjut di Hospital Ampang mengesahkan mangsa mengalami patah tulang paha kiri,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa laporan polis berkaitan kes bayi tiga bulan patah tulang paha itu dibuat oleh seorang pegawai perubatan berusia 27 tahun yang terlibat dalam rawatan mangsa selepas mengesan kecederaan tersebut.
Menurut Datuk Fadil, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang melibatkan kesalahan pengabaian, pendedahan atau penganiayaan terhadap kanak-kanak.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kecederaan dan menentukan sama ada wujud unsur kecuaian atau perbuatan yang disengajakan semasa bayi itu berada di bawah jagaan pengasuh terbabit.
Pihak polis tidak menolak kemungkinan pelbagai sudut siasatan akan diambil kira, termasuk persekitaran jagaan, cara pengendalian bayi serta rekod penjagaan harian.
Kes bayi tiga bulan patah tulang paha ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, khususnya mereka yang terpaksa menghantar bayi yang masih kecil ke rumah pengasuh atas faktor pekerjaan dan kekangan masa.
Ramai ibu bapa menyuarakan kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan pemantauan di pusat atau rumah jagaan bayi, terutamanya bagi bayi yang masih belum mampu bergerak atau menyuarakan kesakitan dengan jelas.
Pakar perubatan kanak-kanak sebelum ini menjelaskan bahawa kecederaan seperti patah tulang paha jarang berlaku kepada bayi kecil kecuali melibatkan hentakan kuat, tekanan tidak sepatutnya, atau kemalangan yang serius.
Keadaan ini memerlukan penelitian rapi daripada pihak berkuasa dan pakar perubatan bagi memastikan punca kecederaan dikenal pasti dengan tepat serta langkah pencegahan dapat diambil pada masa hadapan.
Ibu bapa disarankan supaya sentiasa peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku bayi, termasuk tangisan luar biasa, bengkak pada anggota badan, perubahan corak tidur atau reaksi kesakitan apabila disentuh.
Sekiranya terdapat sebarang kelainan, ibu bapa dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan perubatan tanpa berlengah. Langkah ini penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bayi sentiasa terjamin, khususnya apabila berada di bawah jagaan pihak lain.
Perkongsian di Instagram milik pengasas HijabistaHub, atas nama Wanielena, mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa keping gambar dan video model menggayakan koleksi busana nikah serta kahwin terbaru.
Apa yang lebih mencuri tumpuan, model yang memperagakan busana indah itu bukan calang-calang orang, sebaliknya penyanyi popular Amira Othman, yang cukup dikenali dengan lagu Dalam Sujudku dan Bila Nak Kahwin.
Video yang dikongsikan itu berulang kali ditonton semula oleh netizen yang rata-rata terpesona melihat penampilan Amira dalam persalinan serba putih dengan solekan manis dan gaya anggun bagaikan pengantin sebenar. Ada yang berseloroh, “Nanti kahwin makeup sweet macam ni lah!”
Tidak kurang juga yang mula ‘membaca’ tanda, seolah-olah Amira memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada usia 32 tahun. Malah ramai yang mengimbas kembali pengakuannya sebelum ini, bahawa dia pernah menyasarkan usia 26 tahun dan 30 tahun untuk berkahwin. Namun, kata Amira, kini dia lebih tenang dan bersabar, percaya bahawa soal jodoh adalah aturan terbaik daripada Tuhan.
Sedikit gosip lama turut kembali disebut warganet Amira pernah dikaitkan dengan aktor terkenal Fattah Amin, tetapi kedua-duanya pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan itu hanyalah urusan kerja semata-mata.
Apa pun, peminat lebih selesa melihat sisi positif penyanyi ini yang sentiasa mesra dengan keluarga, sekaligus mendoakan agar pintu jodohnya dipermudahkan.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.