Ads

3 Simptom Awal Kehamilan Ramai Wanita Tak Sedar, Badan Dah Beri ‘Hint’ Dulu!

3 Simptom Awal Kehamilan Ramai Wanita Tak Sedar, Badan Dah Beri ‘Hint’ Dulu!

Belum sempat buat ujian kehamilan, tubuh sebenarnya mungkin sudah mula memberikan beberapa petanda kecil. Ada yang tiba-tiba rasa cepat penat, payudara lebih sensitif, emosi berubah-ubah atau haid yang biasanya tepat pula tidak kunjung tiba.

Masalahnya, simptom awal kehamilan ini kadang-kadang hampir sama dengan tanda-tanda sebelum datang haid. Sebab itu ramai wanita tidak terus menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang berbadan dua.

Setiap wanita juga boleh mengalami pengalaman yang berbeza. Ada yang sudah mula merasakan perubahan seawal beberapa minggu pertama, manakala ada juga yang langsung tidak mengalami simptom ketara.

3 Simptom Awal Kehamilan Ramai Wanita Tak Sedar, Badan Dah Beri ‘Hint’ Dulu!

Secara umumnya, usia kehamilan dikira bermula daripada hari pertama haid terakhir. Pada minggu pertama dan kedua, seseorang wanita mungkin belum merasakan sebarang perubahan kerana persenyawaan belum semestinya berlaku.

Selepas persenyawaan dan proses implantasi berlaku, iaitu apabila embrio mula melekat pada lapisan rahim, perubahan hormon dalam badan boleh mula mencetuskan beberapa tanda awal.

Jadi, kalau sejak kebelakangan ini badan terasa sedikit ‘lain’ daripada biasa, cuba perhatikan tiga tanda ini.

1. Haid Lewat Daripada Kebiasaan

Antara tanda yang paling mudah disedari ialah haid tidak datang mengikut jadual biasa.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur, kelewatan beberapa hari mungkin sudah mula menimbulkan persoalan. Jika haid masih belum datang selepas kira-kira seminggu daripada tarikh yang dijangkakan, anda boleh mempertimbangkan untuk melakukan ujian kehamilan di rumah.

Namun begitu, haid lewat bukan bermaksud seseorang itu pasti hamil. Tekanan emosi, perubahan berat badan, rutin tidur yang tidak menentu, senaman berlebihan dan perubahan hormon juga boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.

Jadi, daripada terus membuat andaian, cara paling mudah untuk mendapatkan kepastian adalah dengan melakukan ujian kehamilan.

3 Simptom Awal Kehamilan Ramai Wanita Tak Sedar, Badan Dah Beri ‘Hint’ Dulu!

Ads

2. Payudara Sensitif Dan Tubuh Mula Berubah

Perubahan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan payudara terasa lebih tegang, sakit atau sensitif daripada biasa.

Sesetengah wanita mungkin mula rasa kurang selesa ketika memakai pakaian dalam kerana payudara terasa lebih penuh. Kawasan areola, iaitu bahagian di sekeliling puting, juga boleh kelihatan semakin gelap.

Walaupun perubahan ini nampak kecil, ia boleh berlaku apabila tubuh mula menyesuaikan diri dengan peningkatan hormon kehamilan. Selain itu, sesetengah wanita turut mengalami peningkatan keputihan.

Keputihan yang normal biasanya berwarna putih atau jernih dan tidak mempunyai bau yang kuat. Bagaimanapun, jika keputihan berubah menjadi kuning atau kehijauan, berbau kurang menyenangkan serta disertai kegatalan atau rasa sakit, sebaik-baiknya dapatkan pemeriksaan doktor kerana ia mungkin berkaitan dengan jangkitan.

Perubahan yang berlaku pada tubuh ketika awal kehamilan mungkin kelihatan biasa, namun jangan abaikan sebarang simptom yang terasa luar biasa atau menyebabkan ketidakselesaan berpanjangan.

3. Cepat Penat, Loya Dan Badan Rasa Tidak Seperti Biasa

Pernah rasa mengantuk dan letih sepanjang hari walaupun sudah mendapat tidur yang mencukupi?

Keletihan melampau juga boleh menjadi salah satu tanda awal. Perubahan hormon, terutama peningkatan hormon progesteron, boleh menyebabkan badan terasa lebih lesu daripada kebiasaan.

Selain keletihan, ada wanita yang mengalami loya, muntah, sakit kepala, perut kembung atau sembelit.

Ads

Ada juga yang mula mengalami sakit atau rasa lenguh pada bahagian belakang badan. Menariknya, simptom kehamilan bukan hanya melibatkan perubahan fizikal.

Perubahan hormon juga boleh membuatkan emosi menjadi lebih sensitif. Sekejap rasa sebak, kemudian mudah marah atau terasa hati walaupun disebabkan perkara kecil.

Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat awal kehamilan apabila tubuh sedang melalui perubahan hormon yang ketara.

Sesetengah wanita juga menyedari mereka semakin kerap membuang air kecil. Perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke buah pinggang pada awal kehamilan boleh menyebabkan seseorang terasa lebih kerap mahu ke tandas.

Apabila kandungan semakin membesar, tekanan rahim pada pundi kencing pula boleh menyebabkan keadaan ini menjadi lebih ketara.

3 Simptom Awal Kehamilan Ramai Wanita Tak Sedar, Badan Dah Beri ‘Hint’ Dulu!

Cara Mudah Untuk Sahkan Sama Ada Anda Hamil

Walaupun terdapat pelbagai simptom awal kehamilan, simptom sahaja tidak boleh digunakan untuk mengesahkan bahawa seseorang wanita benar-benar hamil.

Ads

Cara paling mudah adalah dengan menggunakan kit ujian kehamilan yang boleh didapati di farmasi. Ujian kehamilan mengesan hormon human chorionic gonadotropin atau hCG yang meningkat selepas kehamilan berlaku.

Jika anda membuat ujian terlalu awal dan keputusan menunjukkan negatif sedangkan haid masih belum datang, cuba ulangi ujian selepas beberapa hari.

Penggunaan air kencing pertama pada waktu pagi juga sering disarankan kerana ia biasanya lebih pekat, terutama jika ujian dilakukan pada peringkat awal kehamilan.

Sekiranya keputusan menunjukkan positif, anda boleh mendapatkan pemeriksaan di klinik untuk pengesahan dan nasihat lanjut mengenai penjagaan awal kehamilan.

Doktor juga boleh menentukan waktu yang sesuai untuk melakukan imbasan ultrasound berdasarkan usia kandungan serta keadaan kesihatan anda.

Apa yang penting, jangan terlalu risau sekiranya anda tidak mengalami semua simptom yang disebutkan. Setiap kehamilan berbeza dan ada wanita yang mempunyai sangat sedikit tanda pada peringkat awal.

Jika haid sudah lewat dan badan terasa lain daripada biasa, buatlah ujian kehamilan untuk mendapatkan kepastian. Mana tahu, dua garis yang selama ini ditunggu-tunggu akhirnya muncul!

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Mama Papa Ada Gigi Berlubang, Elak Kerap Cium Mulut Bayi!

Mama Papa Ada Gigi Berlubang, Elak Kerap Cium Mulut Bayi!

Gigi berlubang boleh meningkatkan pendedahan bayi kepada bakteria melalui air liur. Ketahui mengapa ibu ayah disaran elak mencium mulut bayi.