Sindrom anak kedua atau anak tengah adalah masalah besar pada kanak-kanak hingga ada yang mengatakan anak kedua sering menimbulkan masalah dan buat perangai. Susunan kelahiran boleh memberi kesan kepada anak-anak anda terutamanya anak kedua atau di tengah.
Sindrom Anak Kedua Nampak Tak Bahaya Tapi boleh Calarkan Emosi Anak
Menurut pakar psikologi Kevin Leman dama bukunya, The Birth Order Book, anak tengah adalah anak kedua yang dilahirkan dalam keluarga lebih daripada dua adik beradik. Ada kala, anak tengah merasa kekurangan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian mama dan papa. Antara gejalanya ialah;
1.Kurang rasa memiliki
Anak tengah mungkin tidak ada rasa “memiliki” kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang untuk lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, anak tengah juga merasakan dihimpit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!
Cara atasi: Mama dan papa perlu memberikan perhatian. Selalu ajaknya bermain dan ucapkan penghargaan dan memuji mereka agar mereka tidak terpinggir.
2.Rendah diri
Anak kedua atau pertengahan selalu merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya
Cara atasi: Jangan membandingkan mereka dengan adik-beradik lain dan cari jalan untuk mengawal tindak balas anak kepadanya supaya dia berasa seiring dengan anda.
3.Suka menyendiri
Ads
Selalunya mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti serta mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian. Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan berdikari.
Cara atasi: Adakan waktu khas untuk mama atau papa dengan dia si anak tengah. Luangkan masa untuk bermain bersama-samanya. Main peranan masak-masak atau sekadar membaca bersama-sama. Mama juga boleh mengajaknya keluar berdua sahaja tanpa membawa adik-beradik lain. Katakan hari ini girls day out!
4.Kecelaruan
Kanak-kanak yang menghidap sindrom kedua juga tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka. Ada juga keadaan anak tengah lebih rapat dengan kakak atau abang berbanding ibu dan ayahnya sendiri! Kebanyakan mereka yang mengalami sindrom ini mempunyai risiko kecelaruan untuk menentukan minat, menyalurkan bakat serta tiada arah tuju.
Cara atasi: Mereka mahukan perhatian anda dan kata-kata perangsang. Pandulah potensi dan bakat dirinya kepada bidang yang bersesuaian agar dia boleh melihat jelas masa depannya.
5.Keras kepala dan buat perangai
Ads
Selalunya, anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami sindrom anak pertengahan ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan diabaikan dan tidak disayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain. Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.
Cara atasi: Sementelah dirinya dirasakan terabai, kata-katanya juga enggan didengari. Tidak adil bagi si kecil ini. Justeru, biarkan si kecil meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Biar dia merasakan dirinya ‘didengari’. Mintalah pendapatnya dalam apa-apa hal secara spontan. “Apa pendapat kakak kalau ibu pakai baju ini dengan seluar ini?” atau “Abang rasa kita perlu atau tidak bersihkan sangkar kucing kita? Dah kotor ke? Cuba Abang tengok?”
Mama & Papa Jangan Abaikan
TIP TANGANI AWAL SINDROM ANAK TENGAH
Sindrom anak kedua ini memanglah kelihatan tidak berbahaya namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan emosi dan psikologi si anak. Hal ini memanglah mencabar dan perlukan inisiatif dan tanggungjawab dari ibu dan ayah. Berikut adalah perkara yang boleh untuk menangani tanda-tanda awal sindrom ini.
Bersikap adil
Ads
Berikan sama rata apa jua barang atau hadiah kepada si manja dan adik- beradiknya. Misalnya untuk hadiah hari jadi si abang mendapat kamera digital manakala adiknya mendapat sebuah basikal baru manakala bagi dirinya hanyalah sebuah buku. Ini jelas tidak adil untuk si anak tengah!
Luangkan masa untuk setiap anak
Cuba ingati masa yang anda luangkan untuk setiap anak, adakah seimbang adakah adil? Jika merasakan ada anak yang ketinggalan dalam meraih perhatian anda, maka lebihkan fokus dan masa anda kepadanya untuk tempoh tertentu.
Beri perhatian
Misalnya si kecil bercerita kepadanya yang dia berasa sunyi dan ingin memasak atau bermain dengan anda. Ini tandanya dia perlukan perhatian anda. sesuaikan dengan keadaan anda. Biarkan dia membantu anda memasak kerana sekurang-kurangnya anda dan dia dapat meluangkan masa bersama-sama.
Bijak guna masa
Masa terhad di rumah menjadi kekangan untuk anda memberikan perhatian kepada setiap anak. Manfaatkan masa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke tadika atau semasa makan untuk bertanya tentang perkembangan terkini dirinya. Misalnya tentang apa yang dia makan di sekolah, kawan rapatnya hadir ke sekolah atau tidak dan sebagainya. Hal ini menunjukkan anda berminat kepada dirinya dan dia rasa tidak terabai.
Cuba empati
Letak diri anda pada kedudukan anak. Dengan ini anda boleh merasakan jika dia sedang cemburu, menjauhkan diri dan sedih dengan tindakan anda. Anda juga boleh mengesan perubahan dirinya dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membuatnya bersedih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mak ayah bila rasa geram dan nak marah anak, cubalah istighfar banyak kali, baca Al Fatihah. Perhatikan cara didikan ibu ayah semasa marah dan menghukum anak. Pastinya tindakan paling spontan yang ibu ayah lakukan adalah terus menjerit dan memukul.
Mak Ayah Bila Rasa Geram & Nak Marah Anak
Adakah cara ini akan memberi penyelesaian pada anak-anak terutama emosi mereka? Cuba tengok semula ya. Memang kita nampak anak akan terus takut dan berhenti buat benda yang salah tetapi dalam hatinya adakah kita tahu anak akan pendam dan perhatikan tingkah laku ibu ayahnya.
Selepas ini cuba ubah tingkah laku kita ketika nak beri hukuman pada anak. Perkongsian dari Ustazah Nazirah Abd Rahim ini cukup ringkas dan mudah untuk ibu bapa amalkan supaya tak cepat marah bila anak uji kesabaran kita.
Bila nak didik anak “cara hukuman.” Mesti tahu dan buat pilihan cara hukuman bersebab Rasulullah dan didikan bukan sahaja fizikal bahkan rohnya.
Hukuman sebaiknya memberi didikan akhlak, amalan dan kesannya pada diri kita juga sebagai ibu. Bukan marah herdik. Ini hukuman tak berakhlak dan tak bersebab.
Muhammad makan gula-gula buang merata dalam rumah.
Ummi cakap dengan nada tegas “Muhammad…sampah Rasulullah buang di mana?
Muhammad jawab:
“Rasulullah buang dalam poket umi..dalam tong sampah.” Dia akan ingat kisah didikan akhlak ini kerana leteran kita bersebab Rasulullah. Selalu tak kita hukum tak bersebab apa-apa. Dan marah ikut emosi. Menyesal tak dan emosi anak tercalar kita akan sedih.
Cubalah Istighfar Banyak Kali, Baca Al Fatihah
Kisah didikan akhlak Rasulullah apabila Rasulullah makan kurma bijinya Rasulullah buang di dalam poket baginda.
Setiap didikan ustazah pastikan ada kisah akhlak hebat Rasulullah.
MINTA ANAK BUAT YANG BETUL DAN NYATAKAN NAK BERI HUKUMAN PADA AKHLAK TAK BAIK. USTAZAH AMALKAN HUKUMAN “ISTIGHFAR” PADA KESILAPAN DAN ADA MASA ANAK KENA BACA AL FATIHAH, KENA BACA AL-QURAN, KENA AMBIL WUDHU’. DAN KEMUDIAN TAMBAH BAIK GUNA TASBIH SUPAYA ANAK TAHU NAK BERZIKIR GUNA TASBIH. ALHAMDULILLAH KEHEBATAN DIDIKAN CARA HUKUMAN BEGINI.
Pembelajaran hukuman:
1. Dia dapat didikan..dapat teladani akhlak Rasulullah
2. Kita juga dapat pahala. Sukar jadi marah
3. Bawa contoh akhlak baik pada anak dalam menghukum
Selepas ini jika ibu bapa rasa nak marah anak, praktikkan cara didikan ini. Istighfar dulu banyak-banyak, sebut yang elok-elok depan anak, insya-Allah hasilnya juga baik untuk diri kita dan anak.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Zalif Sidek timang anak kedua, isteri selamat bersalin bayi lelaki, dah dapat sepasang. Pelakon Zalif Sidek berita gembira, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki. Genap sepasang sudah anak pelakon Daddyku Gangster ini.
Zalif Sidek Timang Anak Kedua, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Dah Dapat Sepasang
Terdahulu, Zalif sudah memiliki seorang anak perempuan yang kini berusia 1 tahun 6 bulan. Sebelum ini Zalif ada berkongsi berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada bulan Ogos.
Berikut berita gembira yang dikongsikan oleh Zalif di laman Instagramnya.
Bayi 13 bulan cedera disyaki didera pengasuh, banyak kesan lebam pada tubuh. Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan dilaporkan mengalami kecederaan fizikal yang dipercayai akibat didera oleh pengasuhnya dalam satu kejadian di Seri Iskandar, Perak, pada Isnin.
Bayi 13 Bulan Cedera Disyaki Didera Pengasuh, Banyak Kesan Lebam Pada Tubuh
Insiden terbabit terbongkar apabila ibu dan bapa mangsa membawa anak mereka yang berada dalam keadaan lemah ke Hospital Seri Iskandar bagi mendapatkan rawatan segera.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah, memaklumkan bahawa pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang doktor di Jabatan Kecemasan hospital terbabit pada jam 5.21 petang.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada beberapa bahagian tubuh mangsa, termasuk pipi, telinga, dahi, perut dan kaki.
“Pihak perubatan turut mengesan keadaan tidak normal pada bahagian mata hitam mangsa, yang menimbulkan syak berlaku penderaan terhadap bayi tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi pada hari Selasa.
Berikutan laporan yang diterima, pihak polis telah menahan seorang wanita yang juga pengasuh bayi itu pada malam yang sama, kira-kira jam 9.20 malam, bagi membantu siasatan lanjut.
Difahamkan, wanita terbabit baru mula mengasuh mangsa sejak dua minggu lalu.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang berkaitan dengan pengabaian dan penderaan kanak-kanak.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.