Empat bulan selepas melahirkan anak keduanya pada Oktober tahun lalu, pelakon Izara Aishah tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Izara dan suami sepakat menamakan bayi perempuan comel mereka dengan nama yang cukup indah, Amara Amina.
“My second baby girl, Amara Amina,” tulisnya di Instagram.
Tidak hanya berkongsi nama, bahkan Izara juga turut memuat naik sipi-sipi wajah comel Amira Amina. Memang comel dan persis kakaknya, Irisa Alaia.
Ads
Baby comel Amira Amina yang kini berusia empat bulan itu kerap muncul menghiasi Instagram ibunya bersama kakaknya.
Dalam pada itu, ramai yang memuji nama comel Amira yang sedap didengar. Gabungan nama yang ringkas tetapi indah.
Ads
Terdahulu, Izara dan suami mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta. Pasangan ini kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 4 tahun dan Amara Amina, 4 bulan.
Manfaatkan perjalanan ke sekolah sebagai waktu mendidik anak. Setiap pagi, ibu bapa memulakan rutin harian mereka dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Walaupun masa yang diambil untuk perjalanan itu mungkin hanya sekitar 15 hingga 30 minit, ia sebenarnya adalah peluang emas yang sering terlepas pandang untuk mendidik dan menasihati anak-anak.
Dalam kesibukan kehidupan seharian, waktu ini boleh dijadikan saat yang paling berharga untuk membina hubungan, menyampaikan nilai-nilai murni dan membentuk peribadi anak-anak.
Permulaan hari yang baik akan memberi kesan kepada mood anak sepanjang hari. Ibu bapa boleh menggunakan masa di dalam kereta atau semasa berjalan kaki ke sekolah untuk memberi kata-kata semangat, seperti:
“Hari ini mesti jadi hari yang hebat untuk kamu!”
“Ibu yakin kamu boleh buat yang terbaik dalam ujian nanti.”
Ucapan-ucapan positif sebegini memberi dorongan emosi yang sangat kuat kepada anak dan meningkatkan keyakinan diri mereka.
Nasihat yang berkesan tidak semestinya panjang lebar. Cukup dengan pesanan ringkas yang penuh makna. Contohnya:
“Hormati guru dan kawan-kawan ya.”
“Jangan mudah putus asa kalau tak faham sesuatu pelajaran.”
“Jujur dan bertanggungjawab, walaupun orang lain tidak melihat.”
Ulangan pesanan seperti ini setiap hari akan tertanam dalam ingatan dan jiwa anak.
Ibu bapa juga boleh berkongsi kisah-kisah pendek atau mengambil contoh daripada berita atau peristiwa semasa yang sesuai dengan usia anak. Sebagai contoh, jika berlaku kes buli di sekolah lain, ibu bapa boleh menyentuhnya dengan cara yang mendidik:
“Baru-baru ni ada kes buli di sekolah. Sebab tu pentingnya kita jadi kawan yang baik dan bantu orang lain, bukan menyakiti.”
Cerita sebegini membantu anak memahami realiti dan membina empati serta nilai moral.
Gunakan masa ini untuk bertanya soalan seperti:
“Apa yang kamu rancang nak buat hari ni di sekolah?”
“Apa yang kamu paling suka belajar semalam?”
Soalan-soalan sebegini bukan sahaja membuka ruang perbualan, tetapi juga menunjukkan bahawa ibu bapa mengambil berat tentang kehidupan anak di sekolah.
Selain memberi nasihat berkaitan pelajaran, ibu bapa boleh mengambil kesempatan untuk menekankan aspek keselamatan dan adab. Antaranya:
“Hati-hati bila melintas jalan.”
“Bila guru bercakap, kita dengar dan beri perhatian.”
“Jangan bercakap kasar dengan kawan.”
Perjalanan ke sekolah bukan sekadar membawa anak dari satu tempat ke tempat lain. Ia adalah peluang harian yang sangat berharga untuk membina peribadi anak, menyemai nilai-nilai murni, serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Gunakan setiap saat itu sebaik mungkin. Hal ini kerana nasihat yang ikhlas dan konsisten dari ibu bapa adalah benih kepada anak-anak yang berjaya dan berakhlak mulia.
Anak penghantar makanan dapat anugerah peminjam buku terbanyak Selangor. Seorang pelajar berusia 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Klang mencatat pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai peminjam buku terbanyak di Selangor, selepas berjaya meminjam sebanyak 1,378 naskhah buku sepanjang tahun lalu.
Alif Zachary Mohd Arif, anak kepada seorang penghantar makanan, berkongsi bahawa kecintaannya terhadap buku telah menjadikan Perpustakaan Awam Selangor di Sungai Udang, Klang sebagai tempat kegemarannya sejak berusia enam tahun. Terletak hanya sekitar 30 meter dari rumah, perpustakaan itu dianggapnya sebagai ‘rumah kedua’.
“Saya mula membaca pelbagai jenis buku sejak kecil lagi dan hingga hari ini, saya masih kerap ke perpustakaan untuk membaca dan meminjam buku kegemaran,” katanya semasa ditemui pada acara Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 yang berlangsung di Pustaka Tun Raja Uda.
Menurut Alif, rutin hariannya diisi dengan aktiviti membaca selepas pulang dari sekolah, sementara waktu malam pula dimanfaatkan untuk menyambung pembacaan selepas menyiapkan kerja sekolah.
ATAS PENCAPAIAN LUAR BIASANYA ITU, ALIF TELAH MENERIMA HADIAH WANG TUNAI BERJUMLAH RM1,000 DALAM KATEGORI KANAK-KANAK.
Alif turut menyatakan aspirasi untuk menjadi seorang guru Sains pada masa hadapan, memandangkan minat mendalamnya terhadap bahan bacaan berunsur ilmiah.
“Saya lebih suka membaca buku fizikal kerana lebih mudah difahami dan memberi impak yang mendalam. Sebagai anak tunggal, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan buku berbanding aktiviti lain bersama rakan sebaya,” ujarnya.
Dalam kategori dewasa pula, Nik Hasrol Hafiz Hashim, 39, menerima penghargaan setelah meminjam sebanyak 674 naskhah bacaan sepanjang tahun. Beliau, seorang pengurus peruncitan di syarikat swasta, turut membawa pulang ganjaran wang tunai RM1,500.
Nik Hasrol menjadikan membaca sebagai amalan sekeluarga dan berkata, dia dan isterinya sentiasa menggalakkan anak-anak mereka yang masih kecil – berusia lima tahun dan dua tahun setengah – untuk turut mencintai buku.
“Kami tidak mempunyai televisyen di rumah dan penggunaan gajet juga sangat minimum. Daripada jumlah keseluruhan buku yang dipinjam, sebahagiannya adalah untuk anak-anak kami,” katanya.
Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit yang berlangsung selama lima hari bermula 18 April itu merupakan acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Tahun ini menandakan penganjuran kali ke-12 program tersebut yang bertujuan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Gara-Gara Tiada Sejarah Perjalanan. Baru Jejak Kaki Di Incheon, Terus Wanita Ni Diarah Pulang Semula Ke Malaysia!
Bila sebut tentang melancong ke luar negara, tentunya ramai yang teruja dan kalau boleh mahu melawat ke tempat-tempat menarik bersama insan tersayang. Jadi tidak hairanlah hingga ada yang sanggup ‘ikat perut’ demi untuk mengumpul duit berbulan-bulan lamanya kerana tahu bukan sedikit jumlah wang yang diperlukan untuk merialisasikan percutian yang menarik apabila berada di luar negara.
Selain menyediakan duit, bahkan apa yang lebih utama adalah untuk menyediakan pasport yang merupakan dokumen perjalanan yang paling penting sekali dibawa sebelum bercuti ke sesebuah negara.
Bercerita tentang pasport, Hazwani Amira ada kisahnya yang tersendiri apabila telah lama memasang memasang impian untuk menjejakkan kaki ke negara Korea Selatan. Namun siapa sangka, percutian indah yang dirancang berakhir dengan kekecewaan. Baru sahaja menjejakkan kaki, namun diarah untuk pulang gara-gara tidak membawa bersama pasport lama ke Korea.
Pengalaman tersebut turut telah dikongsikan olehnya di akaun TikTok dan menjadi tular.
Menurut Amira, semuanya baik-baik sahaja dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sehingga sampai ke lapangan terbang di Incheon. Detik hitam, itu bermula apabila Amira dan seorang lagi rakannya tiba di pemeriksaan pegawai Immigresen.
Seperti biasa, pihak Immigresen meminta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti paspot dan K-ETA (Kebenaran Kembara Elektronik Korea Selatan). Tiba-tiba, pegawai itu bertanya kenapa paspot Amira tiada sejarah perjalanan. Amira menjelaskan itu paspot yang dah diperbaharui.
Pegawai itu juga bertanya, mana paspot yang lama? Amira tidak membawa bersama pasport lama ke Korea. Terus disiasat dan selepas disoal siasat, mereka berpendapat Amira dan rakannya tidak lengkap untuk masuk ke negara Korea sebagai pelancong.
Akhirnya, pegawai Imigresen meminta Amira dan rakannya pulang semula ke Malaysia keesokan harinya. Mereka ditempatkan dalam satu bilik bersama pelancong-pelancong lain yang senasib dengan mereka. Paspot mereka dipegang pihak Imigresen. Mereka terpaksa menunggu ketibaan penerbangan pagi esoknya jam7.30 pagi.
Penerbangan pulang itu adalah percuma kerana mereka telah menempah tiket penerbangan pulang lebih awal. Amira juga mengucapkan terima kasih kepada staf AirAsia dan juga kedutaan Malayasia di Korea Selatan kerana banyak membantu dalam kesnya itu. Namun, pegawai Imigresen kekal tegas arahkan mereka pulang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Influenza kanak-kanak, RSV, rotavirus dan HFMD semakin membimbangkan. Ketahui cara meningkatkan sistem imun anak melalui pemakanan, tidur, vaksinasi serta langkah pencegahan yang disarankan pakar.