Setiap perkahwinan ada jalannya sendiri. Ada yang dipenuhi bahagia, ada juga yang sarat ujian. Begitulah kisah pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam, 39, yang kini sekali lagi menjadi perhatian warga maya.
Disebalik kemewahan dan senyuman, tersimpan cerita penuh onak duri dalam kehidupan rumah tangganya.
Rebecca telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Norazam Sulaiman kira-kira 18 tahun lalu dan juga merupakan pemenang Dewi Favourite, Dewi Remaja 2005/2006 dilihat pasangan yang romantis.
Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata, yang menjadi pelengkap dan penguat semangat buat Rebecca.
Ads
Namun, langit tidak selalunya cerah. Perjalanan 18 tahun bersama itu bukan mudah, malah penuh dengan ujian yang tidak semua orang mampu hadapi.
Ads
Terbaru, menerusi hantaran di Instagram, Rebecca berkongsi sekeping foto suaminya dengan kapsyen yang mengundang tanda tanya. Ayat yang ditulis seolah-olah menggambarkan ada sesuatu yang sedang bergolak dalam hubungan mereka.
“18 tahun kita bersama. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah. Terima kasih yang tidak terhingga atas kenangan 18 tahun ini. Kita sedang berusaha sedaya upaya, namun ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang,” tulisnya penuh makna.
Lebih menyentuh hati, pada ruangan bio akaun Instagram miliknya kini tertulis “single mother of 7”, seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal.
Ads
Tidak hairanlah, ruangan komen di hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi. Ada yang bertanya, ada juga yang menitipkan doa agar Rebecca terus tabah. Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada tujuh cahaya mata ini, agar dia tetap kuat mengharungi badai kehidupan.
Ketika umat Islam sedang memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah, pada masa yang sama perhatian juga mula tertumpu kepada pengumuman tarikh sambutan Hari Raya di beberapa negara.
Perkara ini sering menjadi topik yang dinanti-nantikan setiap tahun, terutamanya bagi mereka yang sedang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman.
Memetik laporan berita harian, Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) melalui balai cerap astronominya mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah, yang dijangka berlaku pada Jumaat, 20 Mac, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Menurut SAASST, 20 Mac akan menandakan hari pertama Aidilfitri di seluruh Emiriah Arab Bersatu, sekali gus mengesahkan yang Ramadan akan genap 30 hari.
Ia berkata pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada Rabu, 18 Mac (29 Ramadan), iaitu malam cerapan anak bulan.
Pada malam itu, bulan terbenam sebelum matahari di ufuk barat, justeru Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan Ramadan.
Balai cerap itu memaklumkan yang kesebarisan permukaan bulan di langit Sharjah akan berlaku pada 4:24 pagi waktu UAE pada Khamis.
Menjelang waktu matahari terbenam pada hari itu, usia anak bulan hanya kira-kira14 jam enam minit, dengan jarak sudut 6.5 darjah dari matahari dan berada kira-kira enam darjah di atas ufuk barat, serta hanya bertahan 29 minit selepas matahari terbenam.
Keadaan kritikal ini menjadikan pencerapan anak bulan hampir mustahil, walaupun menggunakan teleskop dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan tempatan.
Menurut laporan itu, teknik pengimejan canggih mungkin dapat merakam imej samar anak bulan, namun kebarangkaliannya masih rendah.
Walau bagaimanapun, beberapa negara Arab dan Islam mungkin berjaya melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau teleskop kerana faktor geografi yang lebih sesuai.
Namun, negara yang bergantung sepenuhnya kepada cerapan mata kasar atau teleskop khususnya yang memulakan Ramadan pada Khamis, 19 Februari, bukannya Rabu seperti di UAE mungkin akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.
Sumber : Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sabak apabila mendengar pengakuan pelakon Uqasha Senrose mengenai rumah tangganya diluar Mahkamah pada hari ini.
Ketika ditembual oleh wartawan, Uqasha menangis teresak-esak. Dalam suasana penuh emosi, Uqashaberkenaan tidak mampu menahan tangisan apabila ditemu bual wartawan di luar mahkamah, sambil mendedahkan pengalaman pahit yang dipendam selama ini.
“Saya mengaku, sepanjang mengandung hingga sekarang, saya dipukul. Saya didera bukan saja saya, malah anak saya juga turut menjadi mangsa.
“Empat tahun saya pendam semua ini. Saya diam, tak pernah bersuara, tak pernah cerita pada sesiapa.
“Sebenarnya saya ada bukti. Ada gambar, ada video. Tapi saya memilih untuk tidak sebarkan, tidak dedahkan kepada orang ramai.
Suami saya seorang yang tak boleh ditegur. Langsung tiada toleransi dalam menjaga anak. Anak saya perempuan, tapi rumah kami seolah-olah rumah bujang. Tiada privasi langsung anak lelaki bebas keluar masuk tanpa batas, tanpa sensitiviti.
Setiap hari saya terpaksa menelan tengkingan dan makian. Hari demi hari. Saya bertahan kerana saya cuba menjaga kesihatan mental anak saya sendiri.
“Saya sudah bagitahu kepada ayahnya. Tapi saya tidak pernah beritahu ibunya bahawa saya tidak bahagia, bahawa saya sudah tidak suka dengan perkahwinan ini.
Katanya lagi, suaminya turut menuduh di memohon cerai dalam keadaan tak waras.
Sebagaimana laporan media, MАНКАМАН Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Kumpur pada Khamis menasihati pelakon Kamal Adli untuk melafazkan cerai terhadap isterinya, Uqasha Senrose.
Bagaimanapun peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan defendan masih mahu mempertahankan rumah tangga.
Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih lokasi untuk bersalin antara perkara paling penting buat pasangan suami isteri. Selain faktor keselesaan dan kualiti perkhidmatan, kos bersalin sering menjadi pertimbangan utama bakal ibu bapa, terutamanya apabila membandingkan kos bersalin hospital kerajaan dan hospital swasta di Malaysia.
Ramai pasangan memilih hospital kerajaan kerana caj rawatan yang jauh lebih rendah. Dengan adanya subsidi kerajaan, kos bersalin hospital kerajaan ditetapkan berdasarkan kelas wad serta jenis kelahiran yang dilalui oleh pesakit, menjadikannya lebih mampu milik untuk majoriti rakyat Malaysia.
Secara umum, caj bersalin di hospital awam dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3. Perbezaan kelas ini melibatkan kemudahan wad, privasi serta caj rawatan yang dikenakan.
Bagi warganegara Malaysia, kos bersalin hospital kerajaan adalah sangat rendah berbanding hospital swasta, hasil daripada subsidi tinggi yang disediakan oleh kerajaan.
Untuk kelahiran normal tanpa komplikasi, caj bersalin yang dikenakan adalah:
– Kelas 1: RM450
– Kelas 2: RM150
– Kelas 3: RM10
Perbezaan harga ini jelas menunjukkan bahawa Kelas 3 menerima subsidi paling tinggi, sekaligus membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan bersalin yang selamat.
Bagi ibu yang perlu menjalani pembedahan caesarean, kos bersalin hospital kerajaan adalah seperti berikut:
– Kelas 1: RM1,200
– Kelas 2: RM400
– Kelas 3: RM100
Walaupun melibatkan pembedahan besar, caj ini masih jauh lebih rendah berbanding hospital swasta yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Untuk kes kelahiran yang memerlukan bantuan perubatan tambahan seperti forsep atau posisi bayi songsang (breech), caj yang dikenakan ialah:
– Kelas 1: RM600
– Kelas 2: RM200
– Kelas 3: RM50
Ini sekali lagi membuktikan bahawa kos bersalin hospital kerajaan kekal berpatutan walaupun melibatkan prosedur yang lebih kompleks.
Selain caj prosedur bersalin, terdapat bayaran tambahan bagi penggunaan fasiliti tertentu. Namun, bayaran ini hanya dikenakan kepada pesakit Kelas 1.
Penggunaan bilik bersalin dikenakan caj RM120 bagi setiap kemasukan, manakala penggunaan dewan bedah turut dikenakan caj RM120 bagi setiap kemasukan. Pesakit Kelas 2 dan Kelas 3 tidak dikenakan bayaran tambahan ini.
Bagi bukan warganegara Malaysia, kos bersalin hospital kerajaan adalah jauh lebih tinggi kerana tidak menerima subsidi kerajaan.
Caj bersalin biasa ditetapkan sebanyak RM2,593, manakala pembedahan caesarean pula mencecah RM3,021. Bagi kes bersalin menggunakan forsep, breech atau vakum, cajnya adalah sama seperti bersalin biasa iaitu RM2,593.
Untuk kelahiran kembar, caj bersalin ditetapkan sebanyak RM2,593, dengan bayaran tambahan penggunaan bilik bersalin sebanyak RM300.
Walaupun tempoh menunggu mungkin lebih lama berbanding hospital swasta, kos bersalin hospital kerajaan masih menjadi pilihan utama kerana tahap keselamatan yang tinggi, kepakaran doktor berpengalaman serta kemudahan rawatan rapi jika berlaku komplikasi.
Hospital kerajaan juga mempunyai akses kepada pasukan pakar pelbagai bidang, menjadikannya lebih bersedia menangani situasi kecemasan ketika proses kelahiran.
Setiap pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan terus daripada hospital yang dipilih kerana caj sebenar boleh berubah bergantung kepada komplikasi, tempoh kemasukan wad serta keperluan rawatan tambahan.
Maklumat kos ini adalah sebagai panduan umum dan tertakluk kepada perubahan dasar semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Secara keseluruhan, kos bersalin hospital kerajaan membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak kekal mampu milik untuk rakyat Malaysia. Dengan perancangan awal dan pemilihan kelas wad yang sesuai, bakal ibu bapa boleh membuat keputusan bijak tanpa membebankan kewangan keluarga.
Senyuman bayi bukan sekadar reaksi comel, tetapi petanda penting perkembangan emosi, pembentukan ikatan dengan ibu bapa dan asas keyakinan diri anak sejak awal kehidupan.