Aksi comel pemilik nama Alisa Aisyah, puteri kepada selebriti, pelakon dan instafamous terkenal Hanis Zalikha & Hairul Azreen sering menjadi perhatian warga net. Mempunyai akaun Instagram yang diuruskan oleh mommy dan daddynya, keletah si kecil ini memang cukup mencuit hati.
Sesi fotografi bagi ruangan penghias kulit bersama mommy tersayang untuk isu Hari Ibu, Mei nanti bakal memaparkan gambar-gambar comel Alisa Bersama Hanis Zalikha.
Sesi fotografi dengan memaparkan Alisa Aisyah adalah julung kali berlaku kerana menurut Hanis, dengan jadualnya yang agak padat tanpa sedar anak perempuannya itu sudah masuk usia 9 bulan.
Ads
Pelawaan dari team Pa&Ma disambut dengan tangan yang terbuka memandangkan ini kali pertama wajah si kecil Alisa bakal disiarkan dimuka depan majalah keibubapaan Nombor satu di Malaysia.
Ads
Jom lihat keletah dan pose comel dari Alisa yang tak kekok pun beraksi di depan kamera walaupun baru pertama kali.
Kalau nak tengok lagi banyak aksi dan cerita menarik fasal Alisa dan ibunya Hanis Zalikha, jangan lupa dapatkan Pa&Ma edisi Mei 2020 istimewa Hari Ibu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukanlah tidak sayang. Tidak juga sengaja mengabaikan. Tuntutan kerja atau perkara lain yang kita rasakan lebih utama membuatkan kita terlupa untuk mengungkapkan kata cinta pada pasangan. Biarpun hanya tiga patah perkataan, tetapi kita selalu ‘terlepas’ untuk memberitahunya kepada pasangan. Yang peliknya, zaman bercinta dahulu sehari pun tak pernah lupa untuk mengatakan I Love You kepada si dia.
Sebenarnya apabila sudah berkahwin, kebanyakan kita merasakan lebih banyak komitmen lain yang perlu diutamakan daripada mahu memberitahu pasangan yang kita sayangkan mereka. Bukankah dia pun dah tahu yang kita sememangnya sayangkan mereka? Jadi tak perlulah sibuk nak beritahu lagi. Ada pula yang bila pasangannya whatsapp kata-kata cinta, dibalas pula dengan soalan “Awak dah kenapa? Buang tabiat ke?”.
Menurut Akhtar Syamir atau Broohsem melalui laman Facebooknya, dia dan isteri senang membuat satu cabaran siapa yang akan mengungkapkan kata cinta. Menurut Akhtar, cabaran ini membuatkan kita saling ingat pada pasangan. Dengan cara ini, ia akan membuatkan sesbuah pasangan itu lebih rapat dan fokus antara satu sama lain.
Benda nampak mudah, tapi kami jadikan ianya satu challenge. Tidak kira di mana, seorang boleh di tempat kerja, yang seorang lagi boleh di rumah dan masing-masing akan sibuk dengan rutin sendiri. Selalu akan terlupa pada pasangan.
Challenge ini akan buat kami lebih teringatkan pasangan. Bila teringat tu, akan buat kita lebih rapat dan fokus pada pasangan.
Cubalah! Benda ni free je. Jom challenge pasangan masing-masing.
BroOhsem.
Ada betulnya cara pasangan ini mencabar diri masing-masing. Pa&Ma juga merasakan cara ini berkesan untuk membuatkan kita selalu teringat pada pasangan. Secara positif, kita akan berebut-rebut untuk menzahirkan rasa cinta.
Sudah tentu pasangan kita akan merasa lebih dihargai. Kalau kita pula yang dapat pesanan I Love You terlebih dahulu, ia dapat membangkitkan aura positif dalam diri kita pada hari itu. Cabaran ini juga tidak memerlukan sebarang bayaran, percuma saja.
Semoga dengan cara begini dapat merapatkan sesebuah pasangan dan membuatkan rasa cinta semakin dalam antara satu sama lain. Jom, kita mulakan challenge ini sekarang!
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka. Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Anak-anak tidur dengan ibu ayah adalah perkara biasa. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kebanyakan pasangan merasa kurang selesa untuk membenarkan anak-anak untuk tidur sendiri. Ketika masih kecil, tiada masalah untuk tidur bersama. Tetapi sebaik-baiknya, latihlah anak untuk berdikari dan tidur sendiri seawal usia mereka dua tahun.
Apabila kita berkongsi bilik tidur dengan anak-anak, ia sebenarnya boleh mengganggu kemesraan suami isteri. Bilik tidur adalah satu tempat yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isterinya. Akhtar Syamir, penulis kekeluargaan, ada berkongsi tentang hal ini di laman Facebooknya.
TEMPAT TIDUR – RUANG PRIVASI SUAMI ISTERI Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan.
Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan.
PERLU RASA KEHANGATAN TUBUH PASANGAN KETIKA TIDUR Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri.
Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan.
BUKAN SOAL SEKS TAPI MASA PERIBADI BERSAMA Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu. Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi bersama. Di siang hari, masing-masing sibuk dengan kerja dan anak. Kenapa di malam hari jugak disibukkan dengan hal yang sama?
Kemudian, sesi “Pillow Talk” juga susah untuk dibuat. Takut anak terjaga.
SEAWAL USIA ANAK 2 TAHUN SUDAH BOLEH PISAH TIDUR Pisahkan tempat tidur anak. Umur 2 tahun sepatutnya sudah boleh dipisahkan. Memang susah pada mulanya, saya faham. Tetapi benda ni memang penting untuk dilakukan. Jangan kita dibuli anak sendiri. Jangan pisahkan tempat tidur anda dan pasangan.
Memang nampak macam selalunya suami akan mengalah. Tetapi anda sebenarnya dalam kerugian. Jangan pelik jika suami anda akan kurang berasa sayang apabila setiap hari tidak tidur bersama isterinya. Mereka terasa sebenarnya.
Saya harapkan, kepada pasangan yang sedang dibuli oleh anak ini dapat berubah. Kita ibu-bapa, kita yang mencorakkan anak. Jangan terus biarkan diri dibuli.
Pada umur berapakah anak anda mula tidur sendiri? Jom kongsikan cara anda pisahkan anak.
Ada benarnya perkongsian ini. Kadang-kadang waktu nak tidur lah masa paling sesuai untuk kita berkongsi segala hal dengan pasangan. Inilah waktu terbaik untuk saling berkongsi perasaan dan masalah yang ada. Perbincangan di dalam bilik tidur juga boleh dilakukan dalam suasana yang lebih tenang dan mendamaikan.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020
Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan jadual malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran khas simpanan RM10 ribu kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Namun pencarum disaran agar membuat pertimbangan sewajarnya mengenai pengeluaran khas yang dibenarkan.
“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.
Dalam satu laporan yang lain, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu dana persaraan ahlinya yang telah berkurangan.
Butiran mengenai pengeluaran khas simpana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini akan dieprincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik itu melanda negara dua tahun lepas.
Tiga program pengeluaran khas KWSP itu adalah pengeluaran prapersaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.