Sejak melahirkan Aafiyah, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui perasaan rindu sentiasa wujud ketika berjauhan dengan cahaya matanya yang kini berusia empat bulan.
Memandangkan teknologi hari ini serba canggih, Siti memberitahu dia menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengubat kerinduan tersebut.
“Rindu tu sentiasa ada. Kalau saya perlu hadiri program seni, memang teringat anak di rumah.
“Jadi, saya melihat dan memantau Aafiyah menerusi CCTV yang disambungkan terus ke telefon bimbit saya.
Ads
“Kalau nampak saya tunduk tengok telefon, maknanya saya tengah intai Aafiyah di rumah lah tu,” katanya.
Sementara itu, penyanyi lagu Comel Pipi Merah ini mendedahkan dua bulan pertama kelahiran Aafiyah merupakan antara pengalaman paling mencabar sebagai ibu.
Ads
Dalam tempoh tersebut, dia perlu membiasakan diri menjaga bayi yang masih kecil dan mengakui kitaran tidurnya sedikit berubah.
“Masa awal-awal dulu agak mencabar kerana perlu bangun tengah-tengah malam untuk menyusu dan menukar lampin.
Ads
“Waktu tidur pun berubah, tapi sekarang Alhamdulillah, semuanya sudah okay. Aafiyah tak banyak ragam dan mudah dijaga,” ujarnya.
Sumber: Mstar Online & ig Siti Aafiyah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan pandang rendah kepada aktiviti rangsangan kepada si kecil. Sesuaikan setiap aktiviti dengan tahap perkembangan anak. Ibu ini berkongsi 8 aktiviti yang dilakukan bersama bayinya ketika anaknya sudah boleh duduk.
Rangsangan atau aktiviti sensori yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya di samping melatih skil dan koordinasi anggota badan seperti mata-tangan, cara mencubit, menyepit dan sebagainya.
BAYI KURANG MERAGAM & BONDING ANTARA MAMA PAPA & BAYI
Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia juga dapat membantu bayi kurang meragam kerana bayi diberikan peluang untuk melakukan pelbagai perkara. Bonding atau ikatan dengan mama/ papa dengan anak juga menjadi bertambah erat.
Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan. Berikut ialah aktiviti yang telah dijalankan bersama si kecil. Tidak mustahil, mama papa pun boleh cuba lakukannya juga bersama si manja.
TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN
Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.
Penggunaan puting tiruan atau pacifier menjadi pilihan kebanyakan mama dan papa akhir-akhir ini. Tapi pastikan anda fikir dua kali sebelum memberikannya kepada bayi.
Ramai mama papa yang memilih puting tiruan untuk menenangkan bayi. Diharapkan keputusan itu diambil setelah berfikir semasak-masaknya akan kesan yang mungkin akan berlaku.
PERTIMBANGKAN DAHULU
Kebanyakan bayi mempunyai refleks menghisap yang kuat. Ada bayi yang sudah pandai menghisap jari dan ibu jari sejak lahir lagi. Selain ia mimik hisapan kepada payudara, ia memberikan bayi keselesaan dan kelegaan. Sebab itu kebanyakan ibu bapa memilih untuk puting tiruan untuk bayi, malah ia menjadi barang wajib ada seperti mana lampin.
Adakah puting OK untuk bayi anda? Memang ia memudahkan anda dalam menenangkan bayi, mama papa perlu fahami risiko yang bakal dihadapi sekiranya bayi diberikan puting tiruan serta faktor keselamatan.
Mama papa perlu memahami kesan negatif menggunakan puting tiruan kepada bayi. Ia seharusya diberikan pertimbangan wajar kerana berkemungkinan memberikan pelbagai kesan negatif kepada bayi.
#1 MENGGANGGU PENYUSUAN SUSU IBU
Memperkenalkan puting tiruan pada awal selepas kelahiran boleh mengganggu penyusuan susu ibu. Hisapan pada payudara, botol dan puting tiruan adalah berbeza.
Beberapa kajian yang dilakukan mendapati ada sesetengah bayi yang diberikan puting pada awal usia, penyusuan susu ibu mereka menjadi kurang kerap dengan sela masa yang lama antara setiap penyusuan. Ini menyebabkan penyusuan susu ibu tidak dapat bertahan lama.
Bagaimanapun, kajian terhadap penggunaan puting yang tidak terhad dalam bayi yang sihat dan lahir cukup bulan mendapati bahawa ia tidak memberi kesan kepada penyusuan.
#2 KEBERGANTUNGAN KEPADA PUTING
Bayi anda mungkin akan menghadapi masalah kebergantungan kepada puting. Bayi akan kurang selesa atau menangis jika puting tiada atau terjatuh. Bayangkan jika putingnya tertinggal atau hilang, tentu suasana jadi haru biru! Mood bayi juga akan terganggu.
#3 MENINGKATKAN RISIKO JANGKITAN TELINGA
Jangkitan telinga tengah kebanyakannya akan terjadi apabila bayi berumur enam bulan ke atas di mana kuman yang mungkin terdapat pada puting. Ia dinamakan otitis media.
#4 MENGGANGU PERTUMBUHAN GIGI
Penggunaan puting dalam masa yang lama boleh meningkatkan risiko masalah gigi si manja di mana sekiranya ia digunakan pada beberapa tahun awal usianya. Ia boleh menyebabkan gigi susu tumbuh tidak teratur atau sedikit terkeluar.
#5 MASALAH UNTUK CERAI PUTING
Ada sesetengah kanak-kanak bercerai puting pada usia 2 tahun dan ada yang lebih lewat sehingga empat tahun. Kebarangkalian timbulnya masalah untuk menceraikan puting adalah tinggi.
Walau bagaimana pun elakkan menggunakan kekerasan sebaliknya ambil pendekatan psikologi dengan memujinya bila dia boleh berenggang sebentar dengan puting kesukaannya. Dapatkan nasihat doktor jika usaha anda untuk memisahkan puting denga si manja menemui jalan buntu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama papa tidak perlu pakaikan bayi sarung tangan terlalu lama sangat kalau nak bantu perkembangannya. Memakaikan bayi sarung tangan terlalu lama adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan.
Sarung tangan atau mitten dipakaikan kepada bayi berfungsi untuk mengelakkan bayi terlalu sejuk dan mengelakkan mereka mencakar muka dan mata. Sebulan pertama sarung tangan memang elok dipakaikan kepada bayi tetapi pastikan ia tidak perlu terlalu lama.
Mama dan papa masih boleh memakaikan bayi sarung tangan sekiranya bayi sedang tidur dalam pendingin hawa, suhu persekitaran yang sejuk dan sebagainya.
PERGERAKAN TANGAN MULA BERKEMBANG
Bayi 1 hingga 3 bulan sudah mula belajar untuk membuka genggamannya. Mereka juga belajar untuk membuka dan dan menutup genggaman mereka, Jika mainan jenis kerincing yang diletakkan pada tangan dan menggerak-gerakkannya kerana suka akan bunyinya. Ini adalah perkembangan yang baik dan perlu digalakan pada usia ini.
Bayi pada usia ini juga mula menerokai persekitaran mereka dengan tangan, menjangkau, mengayuh kakinya dan menggenggam mainan. Mereka juga akan mula melihat tangan dan kaki mereka dan menjadikannya ‘sumber hiburan’. Bayi suka menatap tangan mereka, bermain dengan jari mereka, dan membawa tangan atau mainan ke mulut.
Oleh sebab itu, pemakaian sarung tangan perlu dihadkan atau dielakkan semasa bayi terjaga untuk menggalakkan penerokaan ini dan meningkatkan penguasaan skil motor halus.
Anda juga boleh ambil tangannya dan gerakkan seperti menepuk sambil menyanyi. Dia tentu suka dan seronok!
PERKEMBANGAN BAYI 1 HINGGA 3 BULAN
MULA KENAL SUARA DAN WAJAH
Pada usia 1 hingga 3 bulan bayia sudah mula mengenal suara, wajah dan sentuhan. Kehadiran mama dan papa yang akan menjadikan dia tenang dan selesa dan ini menyebabkan mereka mula memberikan respons kepada apa yang anda lakukan dan sudah boleh senyum!
LEBIH PEKA
Mereka akan lebih banyak berjaga berbanding tidur. Ini menjadikan mereka sentiasa peka dan rasa ‘ingin tahu’ semakin bercambah tentang anda dan objek yang mereka lihat.
FIZIKAL LEBIH KUAT
Fizikal mereka juga lebih kuat berbanding sebelum ini dan berupaya menyelaraskan pergerakan. Galakan proses pembelajaran dengan bercakap dengannya, memberi respons kepada ekspresi vokalnya dan menyediakan mainan yang sesuai dengan umur yang berwarna-warni amat membantu si kecil.
KARAKTER MENYERLAH
Dalam tempoh 1 hingga 3 bulan, karakter si kecil mula menyerlah. Tidak seperti bayi yang baru lahir bergantung kepada orang lain untuk memulakan interaksi, menjelang akhir bulan ketiga bayi anda mula menunjukkan ekspresi wajah, suara, dan gerak isyarat badan.
MEMBERI RESPONS
Penglihatan mereka juga semakin baik dan bayi sudah boleh mengenalpasti satu pemandangan dan bunyi yang berbeza. Dia sudah semakin pandai membaca ekspresi muka anda dan mendengar suara anda dengan memberikan respons kepada agahan anda. Malah dia sudah pandai membalas senyuman. Nanti bila menginjak ke usia 3 hingga 4 bulan mereka boleh ketawa dengan kuat ketika berasa gembira!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...