
Penyanyi, Siti Sarah Raissudin terpaksa ditidurkan setelah dimasukkan ke ICU kerana jangkitan Covid-19.

Menurut suaminya, Shuib Sepahtu, petang ini operation akan dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang baru berusia 7 bulan demi keselamatan ibu dan bayi.

Shuib sempat memohon doa ramai agar Sarah dan bayi dapat diselamatkan. Rakan media, rakan artis serta para pengikut di laman instagram tidak putus-putus menghantar kata-kata semangat dan doa.
Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), akibat tahap oksigen dalam badan tidak stabil, pada pagi, hari ini (Jumaat).

Sebelum ini Shuib sempat memohon doa ramai supaya kesihatan isterinya kembali pulih.
“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.
“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.
“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Kredit: Shuib Sepahtu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Berpantang Terkejut Bantal Tungku Moden Meletup Selepas Cas 5 Minit. Nyaris Cederakan Bayi

“Nak putus nyawa mama, nak tercabut jantung. (Bantal tungku moden) meletup dekat dengan baby. Nasib baik Tuhan nak tolong lagi,” demikian luah seorang ibu yang terkejut dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini dan nyaris mencederakan bayinya.
Menurut Farah Iqlima bantal tungku elektrik itu sedang dicas tak sampai lima minit, secara tiba-tiba ia meletup dan mengeluarkan cecair lalu terpercik pada dinding dan juga anaknya yang berada berhampiran dengan bantal tersebut.

“Baby menangis-nangis, tokwannya bangun dari sofa. Jarak bantal itu dengan baby tak sampai sejengkal. Terpercik jugalah kat baby tapi tak teruk. Cepat-cepat basuh dengan air.
“Nak moden sangat la guna bantal tungku moden. Tengah-tengah cas nak bagi panas, sekali meletup. Nak kata lama, baru on plug tak sampai lima minit pun.

“Cecair apa dalam bantal ini, nak basuh pun tak tanggal, bahaya. Sesiapa yang ada bantal ini, jangan guna dah. Buang je,” katanya.
Farah menjelaskan, dia berpantang seorang diri dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak kecil dan anaknya yang lain. Sebelum ini dia sudah pernah menggunakan bantal tungku elektrik itu dan tidak pernah mengalami kejadian seumpama itu.

“Guna bantal tungku moden bukan bermaksud membelakangkan cara tradisional. Memang batu tungku itu elok tetapi batu renyah sikit. Nak dipanaskan, kena ambil masa. Itu yang pilih guna bantal tungku moden. Plug in tak sampai lima minit, siap.
“Saya berpantang sendiri saja. Manalah tahu benda ini nak terjadi. Lagipun memang dah biasa guna. Tiga empat kali dah beli dan tak pernah meletup lagi. Tak sangka benda nak terjadi,” jelasnya.

Farah reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Justeru, beliau menasihatkan mereka yang lain mengambil langkah berhati-hati.
Sumber: Farah Iqlima
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya Sebab Demam Bayi 4 Bulan Ini Dijemput Ilahi, Ibu Kongsi 6 Hari Terakhir Bersama Anak Syurganya

Ajal maut sememangnya ketentuan Ilahi, tapi untuk hadap sebuah kehilangan itu tentunya bukan mudah. Tambah pula ia berlaku kepada anak pertama yang masih lagi bayi. Penyebabnya hanyalah demam yang berlanjutan sehingga ada jangkitan kuman dalam darah.
Kisah meruntun jiwa ini dikongsikan oleh Dalila Yusof, ibu kepada Anaqi Tsaqeef yang baru berusia 4 bulan dan telah meninggal dunia akibat demam. Cukup sayu perkongsian yang dibuat, namun keduanya reda dengan apa yang berlaku.

Semoga keduanya diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian yang maha hebat ini.
berikut adalah perkongsian yang dibuat melalui akaun Facebook miliknya.
ANAQI TSAQEEF ANAK SYURGA IBU BABAH ❤️
18 Sept 2019 (Rabu)
Pagi tu anak ibu bangun senyum gelak2 mcm biasa, makan minum pon mcm biasa. Tapi tengahari dlm pukul 12++ tiba2 ibu rasa mcm badan adik panas. So ibu check suhu adik 38.3. Mmg adik dah demam time tu. So ibu wassap babah cakap adik demam nak bawak p klinik/hosp. Since babah tengah further study hari2 ada kelas isnin-jumaat. So babah minta excuse utk balik halfday. Ibu try call klinik pakar kanak2 dkt SP (C.P.Ooi) tapi tak angkat.
Suhu Badan Anak Turun Naik
Then ibu try call Hosp Pantai bhg Specialist Clinic (Pakar Kanak2) dan Dr yg biasa Anaqi Tsaqeef jumpa tu ada. So decide utk p dkt hosp pantai. Dalam pukul 2.30ptg mcmtu ibu babah bwk adik p hosp pantai. Sampai sana check suhu adik 39.8 sangat tinggi utk baby 4bulan++ (Bukan demam panas).Tapi masih tak admit. Dr sumbat ubat punggung utk kurangkan suhu. Dr pakar kanak2 tu check dia kata just demam virus. Biasala baby2 kan dia kata. Ibu babah dengaq rasa lega. Dr just bagi ubat demam then kami balik. Bila balik tu anak ibu mcm aktif masih gelak2 makan pon byk. Ibu babah still monitor suhu dia tapi suhu naik turun. Bila bagi makan ubat suhu turun bila ubat habis suhu naik. Turun pon dlm range 37.5-39. So adik still demam. Tapi anaqi tsaqeef anak yg sgt baik sepanjang dia demam, takda setitik air mata yg keluar just merengek perlahan ja. Mybe adik tak nak bagi ibu babah risau. Start adik demam Ibu babah tiap masa jelum badan kepala adik utk sejukkan badan(org petua) sampai ke pagi.

19 Sept 2019 (Khamis)
Sepanjang malam suhu adik still tinggi juga then adik ada cirit birit. Ibu ingatkan badan adik panas tak pon tindakbalas ubat yg menyebabkan adik cirit birit rupanya tak. Badan adik dah start dihydrated. Pagi khamis ibu cuba petua org cakap mandi dgn lemon, cool fever letak dkt bawah ketiak, belakang leher. Semua ibu cuba. Lepas mandi adik ok tapi bila sejam mcmtu panas balik. So adik minum susu mcm biasa tapi kurang sikit, cirit birit still ada. Ibu cuba nak bagi adik full bf sepanjang adik demam tapi adik tak mau sangat sedangkan adik lapar. Tapi bila ibu bagi direct bf adik still hisap cumanya kejap hisap kejap lepas. Macam dia ada something tak kena. Ibu anggap adik tak mau kot. Ibu berjaga sepanjang malam monitor suhu adik dengan jelum badan kepala adik sampaikan kain tak sempat kering ibu jelum adik sebab kesian adik tak larat. Ibu nak bagi adik segar aktif mcm biasa. Ubat still ibu bagi mcm biasa 4-6jam sekali.
Demam Tak Kebah
20 Sept 2019 (Jumaat)
Pagi jumaat adik still lemah suhu pon mcmtu juga 37.5-39 then ibu bagi ubat suhu turun kejap lepas habis ubat suhu naik semula. Tengahari mcmtu babah ambek halfday lagi sebab rasa kena bwk adik p hosp ni sebab demam xmau kebah. Lepas jumaat ibu babah bwk pula adik p bhgian kecemasan Hosp SP. Time tu suhu adik agak tinggi dlm 38 keatas. Adik lemah juga time tu. Tapi bila p bahagian kecemasan HSAH ibu ingatkan adik akan dpt priority sebab dia baby dan keadaan dia yg mcmtu. Tapi malangnya still kena tunggu turn yg mybe dlm 4-5 jam lagi. Bila babah tanya pon still jawab tak boleh kena ikut turn juga. Sangat2 kecewa time ni dengan bhagian kecemasan HSAH 😢 Ibu babah kesian sgt dkt adik sebab adik xlarat sangat time tu. Dengan persekitaran yg mcm2 penyakit dekat situ. So babah decide tak bole tunggu ni kena p swasta juga ni, so bwk adik p klinik bersatu tikam batu. Dr situ check mcm takda apa, still kata demam biasa dan dr bagi ubat demam juga. Bila diingatkan balik dia sebagai Dr takkan mcmtu ja buat kerja. Check pon biasa ja sedangkan baby dh demam 3hari kot suhu turun naik tak kebah. So balik tu ibu try bagi ubat yg klinik pula. Bila ibu bagi ubat klinik tu suhu adik turun sampai ke 35 mcmtu. Mmg sangat rendah dah dan tak demam. Time tu syukur sgt dekat Allah sebab suhu adik turun. Rupanya tak dia nak bagi ibu babah lega kejap ja. Bila ubat habis suhu adik naik balik. Kesian sgt time tu adik dah tak sembang tak senyum apa dah dkt ibu. Nak tidoq ja. Sepanjang mlm adik still mcmtu. Dalam kepala ibu ni tak senang rasa setiap masa pikir nak buat mcm mana lagi. 😔
Ikhtiar Cara Lain
21 Sept 2019 (Sabtu)
Adik masih lagi mcmtu cumanya suhu dia rendah sikit dlm 37-38. Kadang turun 36. Kadang demam kadang dak mcmtu. So ibu babah ikhtiar utk bawak adik jumpa ustaz pula kalau2 adik ada gangguan. Orang suruh cuba so ibu babah buat. Time tu adik lemah mybe adik sakit dh ibu babah tak tau 😢 Ustaz cakap biasala mybe gangguan ni. So ustaz buat air penawar suruh balik bagi mandi semua la. Takpa ibu babah ikhtiar. Balik mcm biasa adik tidoq jaa sebab tak larat tapi susu adik still minum byk. Babah perasan ubun2 adik dah tenggelam tak mcm biasa. Ingatkan berat adik turun so ubun2 pon jadi tenggelam. Rupanya apa yg dr bagitau sebab adik dihydrated. Allahu ibu babah tak tahu adik 😔😢
22 Sept 2019 (Ahad)
Anaqi tsaqeef bangun pagi tu ibu gerak sebab nak bagi adik mandi awai, ibu cuba lagi bagi adik mandi ayaq daun bunga raya putih sebab org petua mcmtu kalau demam. So ibu babah buat, adik suka sangat mybe sebab sejuk kot. Lepastu bagi makan ubat dan adik tidoq. Suhu adik tak tinggi sgt dlm 37 lebih mcmtu. Tapi bila mai petang tu adik mcm mengerang mybe adik sakit sangat dah. Suhu adik pon tak tinggi time ptg tu. Tak demam dah. Sampaikan ke tengah malam adik tak bole nak tidoq mata pon dh taknak tengok orang. Asyik mengerang geleng2 nafas pon laju sangat. Adik mcm nak bgtau something dkt ibu babah tapi adik tak reti nak habaq lagi. Allahu 😭

Tak Sempat Nak Cium Anak Kali Terakhir
23 Sept 2019 (Isnin)
Tengah malam disebabkan adik tak boleh nak tidoq sebab adik mcm mengerang sakit so ibu babah decide bawak adik p hosp dlm pukul 1230pagi mcmtu. Ibu babah bawak adik p kecemasan hosp kepala batas. Time tu adik dlm keadaan sgt tenat sebab nafas terlalu laju MALANGNYA bila sampai di kecemasan hosp kepala batas tu staff disitu cakap kena tunggu turn sebab ramai. Ya Allah bertapa kecewanya ibu babah bila diingatkan balik. Sampaikan anak ibu babah setenar tu masih lagi suruh ikut turn. Kali kedua ibu babah KECEWA dgn kecemasan hosp govern 😢 So keadaan adik yg mcmtu mmg tak boleh dah ibu babah nak tunggu turn so bwk adik terus ke kecemasa Hosp Pantai. Dan bila dekat situ dr cakap adik dah sangat teruk keadaan dia so pihak hosp takda peralatan nak support adik punya sakit tu. So dr pantai buat surat terus refer ke kecemasan HSAH. Bila sampai di kecemasan HSAH adik terus masuk zone kuning. Ibu dukung adik sampai kali terakhir adik masuk sone merah. Time tu ibu rasa luluhnya hati ibu sebab adik terus kena tolak ke zone merah sebab keadaan adik sangat tenat dah 😢😢 Tak sempat ibu nak cium adik buat kali terakhir sebab Dr dkt situ dh nak buat procedure dkt adik. Lemahnya ibu dgn babah time tu. Tapi ibu babah cuba kuatkan semangat sebab ibu babah percaya adik akan kuat.
Sampaikan Dr dah minta izin dkt ibu babah nak masuk wayar dkt mulut adik dan nafas melalui mesin. Time tu ibu mampu cakap dkt dr, dr buatlah yang terbaik utk anak ibu. Tak sanggup ibu babah nak tengok adik kena masuk wayar sana sini. Allah 😢😭
Bila dah siap dkt zone merah dr tolak adik masuk ke NICU. Dekat situ ibu tak pernah langsung terpikir yg adik akan p tinggal ibu. Yg ibu pikir adik akan sembuh adik kuat semangat. Tak henti doa ibu babah dkt adik. Dr mai tanya ibu babah tentang adik. Dari A-Z ibu cerita. Bila Dr kata keadaan adik sangat kritikal dan bila2 masa baby akan meninggal. Time tu Allah saja yg tahu apa yg ibu babah rasa. Anak ibu Allahuakbar. Dr kata dari pukul 2-6pagi respon adik sangatlah sikit. Dr masih cuba yg terbaik utk adik. Ibu nak sangat bagi adik menyusu time tu sebab last adik minum pukul 11 semalam saja sebelum bwk adik p hosp. Tapi adik kena puasa. Dalam pukul 8pagi mcmtu ibu babah tengok dr dah kalut2 p dkt adik rupanya time tu jantung adik dah stop sekejap then dr buat cpr. Allah kesian anak ibu time tu dok tahan sakit 😢😢

Akhirnya Anaqi Kembali Ke Pangkuan Ilahi
Then bila kali kedua pukul 9++ pagi jantung adik stop lagi dr cuba lagi yg terbaik utk adik. Tapi adik dah tak mampu adik dah tak larat. Pukul 10pagi adik pergi menghadap pencipta adik. Ibu babah minta maaf sebab takda dkt sisi adik time adik menghembuskan nafas adik sebab dr tengah buat procedure. Adik p dengan tenang tanpa sekelumit pon menyusahkan ibu dgn babah. Time tu ibu tak mampu nak berkata apa. Kosong jiwa ibu Allahu. Bertapa hebatnya kuasa DIA. Ibu babah terlalu sayang anak ibu babah tetapi Pencipta adik lebih sayang adik melebihi segalanya.
Dr cakap badan adik dihyrated masa demam dan menyebabkan kuman merebak dlm darah adik. Keseluruhan badan adik dah dijangkiti kuman. Terlalu cepat benda ni jadi. Sekelip mata Allah ambik anak ibu babah. Allahu. Ibu babah redha dengan ikhlas Allah ambik Anaqi Tsaqeef. Adik doakan ibu dgn babah kuat ya sayang. Ibu babah dah jaga adik yg terbaik bagai menatang minyak yg penuh tapi ibu yakin Allah akan jaga adik lagi terbaik. InshaAllah anak syurga ibu, tunggu ibu dgn babah dekat sana naa. Anaqi Tsaqeef penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama ibu dgn babah. Tetap dlm hati ibu babah sampai akhir hayat ibu babah ❤️
Sedaya upaya ibu babah dah cuba utk adik tapi mmg dah tertulis setakat tu saja adik dok dgn ibu babah. Mungkin apa yg terjadi dgn sekelip mata ni ASBAB saja sebelum Allah nak ambil adik 😊😊
Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik. Paling sempurna. Hensem, comel, putih, baik. Sepanjang menjaga adik dari dalam pantang sampai ke akhir hayat adik sangat mudah. Rindu ibu babah dkt adik takkan hilang. Moga Allah beri kekuatan luar biasa utk ibu dgn babah tempuh ujian ni. InshaAllah 😊
Damailah anak syurga ibu babah disana ❤️
Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad Ikhwan
10 Mei 2019 – 23 September 2019
Sumber: Dalila Yusof
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Angkara Najis Burung & Kucing, Otak Bayi Setahun Dijangkiti Kuman. Masalah Pendengaran Perlu Pembedahan

Tiada siapa menduga si kecil yang lahir sempurna menderita. Hanya kerana terdedah kepada najis burung dan kucing, kini otak si kecil dijangkiti kuman & bernanah.

Melilhatkan raut wajahnya yang comel, tiada siapa menyangka disebaliknya menyimpan sebuah derita. Lantaran jangkitan bakteria E-Coli Septicaemia Meningitis yang dialami dan masalah pendengaran yang amat kriktikal (jenis Sensorineural) pada kedua belah telinga, perkembangan Aaliya Aleesa, 1 tahun, tidak seperti bayi seusianya yang lain.

Mengimbas kembali detik cemas 10 bulan yang lalu, bapa tabah ini sebak. Ketika mula-mula jangkitan terjadi, Sufian Bin Amin mengatakan ia berlaku pada usia anak keduanya itu mencecah 2 bulan.
“Ketika itu kami nampak pelik. Dia tidur sepanjang hari manakala malam pula berjaga. Aaliya alami demam mengejut dan sangat tinggi suhunya 40 darjah Celcius. Ketika demam ada juga alami sawan. Oleh itu kami lekas membawanya mendapatkan rawatan,” kata Sufian.
Tidak menyangka itu adalah mimpi ngeri buat si kecil apabila disahkan jangkitan bakteria pada anggota badan; bahagian paru-paru, otak kanan dan kiri, dan lagi membimbangkan Aaliya menghidapi nanah di bahagian otak kiri. Doktor yang merawat kemudian memberitahu kuman berkenaan mungkin berpunca daripada najis burung dan kucing.
MASALAH PENDENGARAN & PERTUTURAN
Bagaikan batu besar menghempap, setelah jangkitan bakteria di otak dan masalah kesihatan yang kronik, si kecil ini disahkan pula mengalami pendengaran dan pertuturan.
“4 bulan yang lalu, Aaliya menghidapi masalah pendengaran yang amat kritikal pada kedua belah telinga. Doktor pakar mengesahkan bahawa Aailya perlu menjalani pembedahan telinga dengan kos RM80,000.00 [ tanam inplan] dan kos pembelian alat bantu pendengaran RM7,000.00 tidak termasuk kos selepas pembedahan iaitu anggaran kos ribu juga setiap bulan kerana bayi ini perlu pemantauan rapi setiap minggu dan sepanjang hayat.

AALIYA PERLU DIPANTAU SELALU
Sufian yang kurang berkemampuan menampung pembedahan anaknya ini. Dia yang dahulunya berkerja sendiri (berniaga secara kecil-kecilan) kini terpaksa menumpukan sepenuh perhatian kepada Aaliya.
“Setelah Aaliya disahkan mengidap penyakit E-Coli Septicaemia Meningitis, saya terpaksa berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjagaan. Saya juga sering berulang-alik ke hospital. Isteri pula bekerja di sebuah pasaraya sebagai juruwang dengan pendapatan yang tidak seberapa,” luah pilu bapa ini.

KEPALA & TELINGA PERLU DIPANTAU SELALU
“Terkini Aaliya sedang mendapat rawatan cara kerja, maksudnya perkembangan dia dari segi pergerakan. Kepala yang dibedah dan telinganya juga perlu sentiasa di pantau. Untuk perkembangan Aaliya, kami sekeluarga belajar bhasa isyarat,” kata Sufian kepada Pa&Ma.
Aaliya perlu melalui rawatan di beberapa hospital yang berlainan lokasi. “Kadar tambang ke 4 lokasi tersebut adalah berlainan dan kami terpaksa menaiki ‘Grab’ memandangkan bas yang melalui di tempat tinggal kami adalah kurang. Purata untuk perjalanan pergi balik ke lokasi yang di maksudkan adalah, Hospital **********( RM90.00 ), Hospital *********** ( RM70.00 ), Hospital ******* ( RM24.00 ) dan Klinik ********* ( RM14 ),” kata Sufian.

“Setakat ini kami hanya menerima bantuan BSH sebanyak RM 1,200 & bantuan kebajikan sebanyak RM180. Keadaan kami bagai kerakap di atas batu, sukar untuk kami melunaskan bil bil tertunggak berkaitan dengan pembelanjaan rumah dan bil hospital.
Impian si ayah melihat Aaliya membesar sesempurna mungkin. Bagi membolehkan si kecil ini mendengar dan bertutur, pembedahan tanam koklea implan. Ia memerlukan sejumlah rm80ribu.
“Berdasarkan kepada perbincangan doktor pakar, untuk tahun ini anak tidak layak untuk buat pembedahan koklea impan atas faktor tertentu iaitu antaranya adalah faktor kewangan dan resiko kepada anak tersebut. Tiada jaminan doktor yang anak ini pulih sepenuhnya sekiranya dibedah. Disebabkan itu saya dan keluarga bersetuju untuk tidak membuat pembedahan.
Kepada anda yang ingin membantu bolehlah menghulurkan bantuan. Demi melihat si comel ini mendengar dan bertutur, salurkan sumbanan ikhlas anda ke akaun BSN : 1210041808895828 ( SUFIAN BIN AMIN )
Kredit: kitafund
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


