Cemasnya Bila Bayi Lemas, Graf CTG Macam Kawah. Caesar Atau Normal Bukan Kayu Ukur Kehebatan Seorang Isteri!

Share

Situasi cemas semasa kelahiran sering kali menjadi sebuah episod mendebarkan bagi seorang suami. Tatkala si isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat, caesar atau normal bukan kayu ukur kehebatannya lagi.

Pengalaman Dr Aimir Ma’rof melalui proses kelahiran isterinya mungkin keadaan yang sering dialami para suami. Cemas dan takut akan keadaan isteri dan bayi dalam kandungan, apatah lagi tatkala degupan jantung bayi semakin lemah akibat kelemasan.

SALAHKAH BERSALIN CAESAREAN?

Isteri masud wad & ikut prosedur biasa. Menunggu di luar tirai dan bunyi mesin CTG jelas kedengaran.

Tiba-tiba bunyi CTG berubah bunyinya. Doktor berlari & kalut. 

Caesar kerana fetal brady (bradycardia). Suasana riuh dan boleh dikatakan semua orang berlari.

Graf CTG seperti kawah. Semua kelam kabut. Kurang 5 minit isteri sudah ada dalam dewan bedah.

Tangisan bayi pertama, hati menjadi sebak. Kasihnya kepada isteri yang bergelut kepayahan.

Bersalin kali kedua isteri enggan VBAC. Itu kehendak isteri, autonomi isteri saya.

Hospital tidak sewenang-wenangnya membedah menidakkan autonomi isteri. Doktor membedah bukan untuk isi masa lapang atau hobi sampingan. Dalam situasi tertentu tanpa caesarean risiko kematian/ kecacatan bayi mungkin mencecah 100%.

Supaya beberapa tahun tiada ibu, suami dan anak yang masih meratapi. Kami hanya mahu ibu dan bayi itu selamat.

Sumber: Aimir Ma’rof 

IKLAN