Bukan mudah menjaga bayi yang masih kecil. Terlalai sikit boleh berlaku macam-macam perkara yang ibu bapa sendiri tak jangka. Jika nak pantau 24 jam agak sukar tapi dengan adanya aplikasi untuk memantau pergerakan anak mungkin boleh membantu.
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari penyelesaian untuk memantau pergerakan bayi anda di rumah, perkongsian seorang ibu, Nurul Wafa boleh dicuba.
Menerusi posting di Facebooknya, Nurul berkongsi satu aplikasi dikenali sebagai BabyCam.
Difahamkan aplikasi ini memerlukan dua telefon pintar, satu bertindak sebagai kamera litar tertutup (CCTV) dan satu lagi untuk paparan.
Ads
Apabila dipasang pada kedua-dua telefon, aplikasi ini mampu memaparkan rakaman secara langsung selain turut berupaya mengesan bunyi menangis atau objek yang jatuh di kawasan sekitarnya.
1st device setup as Baby Station. 2nd device setup as Parent Device.
“Symptom mak-mak bila buat kerja di dapur terngiang suara anak menangis. Bila berlari jenguk dalam bilik, elok je dia tengah tidur.
Ads
Kena pair kedua2 device td.
“Terpaksalah mommy install apps #babycam ni. Kebetulan telefon pun memang ada dua. Tak risau dah Afeeya jatuh katil ke, terjaga dari tidur ke sebab aplikasi ni ada noise & cry recognition.
Now Afeeya tgah tidur dengan lena nya.. Mommy nak pg makan dgn tenang. ?
“Boleh buat kerja dengan tenang di dapur dan juga di bilik air,” katanya.
Ads
Noise detected. Biasa bila terjaga dr tidur Afeeya tak terus menangis. Dia akan panggil2 mommy dlu. Bila mommy tak muncul2 baru dia menangis.Menangis dah dia ? Sementara nk smpi ke bilik tu boleh on microphone utk bg dia dgr suara kita supaya dia lebih tenang.
Sehingga kini posting terbabit telah dikongsi sebanyak 21,000 kali dan menerima pelbagai reaksi postifi dari warganet khususnya golongan ibu bapa.
Walau pun bakal berhadapan risiko tinggi dalam pembedahan yang ibu bapa Ainul Mardhiah yakin Allah ada dan akan membantu.
Sambutan Aidilfitri kali pertama buat si kecil Ainul Mardhiah cukup istimewa. Walau pun sedang berada di hospital, si kecil ini sempat disarungkan baju kurung ungu.
Ainul yang berada di London sejak 24 Mei lalu bersama bapa, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan ibunya, Nurul Erwani Zaini bagi mendapatkan rawatan kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ yang dihidapi.
Dalam perkembangan terbaru, Ainul Mardhiah dikhabarkan bakal menjalani pembedahan oleh bapanya menerusi Facebook. Ia sekali gus menjawab pertanyaan orang ramai mengenai keadaan terkini Ainul yang kini sedang mendapat rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di sana.
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap hari raya anda semua tahun ini lebih bermakna kami di sini mendoakan semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya
Baik,
Ramai yang tertanya-tanya, bilakah Ainul akan dibedah?
Pertamanya, saya dan isteri berharap kita semua dapat bersabar dan bantu kami dalam mendoakan Ainul.
SAH AKAN DIBEDAH TIDAK LAMA LAGI
Ahmad Safiuddin juga turut mengkhabarkan yang anaknya bakal dibedah. Bagaimana pun masih menunggu fizikal si kecil itu lebih besar dan kuat memandangkan pembedahan tersebut akan mengambil masa yang lama.
Ainul confirm akan dibedah tidak lama lagi, cuma sekarang ini mereka di sini mahu Ainul besar dan kuat sikit dahulu. Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pun dah buat, doktor doktor pakar pun telah berbincang dan setelah mereka teliti keadaan Ainul dan bincang kaedahnya, mereka sebulat suara menjawab;
” Ya, Ainul akan dibedah “
Cuma sekarang, Mereka mahu ainul betul betul ready sebelum menjalani pembedahan secara besar besaran kerana masa pembedahan yang agak panjang.
VERY HIGH RISK
Bapa Ainul juga turut menyatakan yang pembedahan yang bakal dijalankan berisiko tinggi.
Sebelum OP, macam macam perkara mereka perlu teliti kerana OP kali ini terlalu berisiko untuk ainul. Very high risk kata doktor.
InshaAllah, Allah itu sentiasa ada. DIA tu ada dengan Ainul, kami dan kita semua.
SENTIASA POSITIF
Sikap positif Ahmad Safiuddin dan isteri sentiasa dikagumi. Dalam posting terbaru, bapa muda ini menyatakan keyakinannya kepada Allah dan pasti bantuan daripada Allah akan tiba.
Allah yang gerakkan hati manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu dari Allah dan kami sangat yakin, bila tiba hari itu nanti, Allah pasti akan turunkan bantuannya bersama.
TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH
Bapa ini juga meyakini tiada yang mustahil bagi Allah untuk mentakdirkan bantuan seamsa pembedahan dijalankan ke atas anak kesayangannya.
Kami yakin dengan Allah, ketika di dewan bedah itu nanti, akan penuh dengan malaikat yang menjaga Ainul dan Allah akan berikan ilham kepada doktor yang merawatnya. Allah akan kata ketika itu;
” Dah tiba masanya AKU tunjukkan kebesaran dan kasih sayangKu kepada engkau, dan rezeki anak sihat dengan penuh rahmatKu “
InshaAllah! TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT
MOHON DOA DARI SEMUA Sekali lagi, kami walid dan mama Ainul mohon doa dari kalian semua buat puteri sulung kami ini. Mudah-mudahan berlakunya keajaiban Tuhan. Dan mudah-mudahan Ainul selamat dari OP tanpa ada sebarang komplikasi.
TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA.
P/s : Maaf jika dah lama saya tak update condition Ainul dan tak dapat membalas whatapp kalian semua.
MANIS BERKURUNG UNGU
Sebelum itu, sebuah video telah dimuatkan mengundang rasa sebak para warganet. Ibu Ainul, Nurul Erwani menyarungkan sepasang baju kurung ungu sempena sambutan Aidilfitri.
Ibu dan ayah pastinya akan melakukan apa sahaja untuk membawa senyuman kepada anak-anak. Tambah pula untuk anak yang menghidap penyakit kronik seperti kanser. Itulah yang dilakukan oleh Ahmad Suhairi Ali, 33 demi merealisasikan impian anaknya Ahmad Danial, 7 yang menghidap kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) taham empat.
Saat kanak-kanak lain seusianya bermain riang bersama rakan sebaya, Ahmad Danial Ahmad Suhairi terlantar sakit akibat kanser otak tahap empat yang dihidapinya sejak Mac tahun ini sebelum disahkan lumpuh dua bulan kemudian.
Menurut ayahnya, Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba dia pasti akan teruja.
Hasratnya itu kini tercapai meskipun Danial tidak mampu menunjukkan sebarang reaksi, namun ayahnya percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira dapat peluang menaiki jentera bomba.
Menurut laporan sebuah akhbar, Menyedari impian Ahmad Danial yang sedang menghitung sisa kehidupan, JBPM Pahang terpanggil merealisasikan hajat ‘anak syurga’ itu untuk mengenakan seragam anggota bomba selain turut membawanya bersiar-siar menggunakan jentera penyelamat.
Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan Pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser Malaysia (PESONA), Wan Shahriza Wan Ab Rahman, baru-baru ini, mengenai keadaan Ahmad Danial dan impiannya menjadi anggota bomba.
Beliau berkata, JBPM Pahang kemudian mengaturkan sesi bertemu kanak-kanak itu dan keluarganya di Masjid Jamek, Beserah, sebelum memakaikan seragam lengkap anggota bomba dan menyematkan lencana JBPM kepada Ahmad Danial.
Lebih mengujakan, Nor Hisyam memandu sendiri jentera bomba itu dan membawa kanak-kanak terbabit selama 10 minit.
“Kami dimaklumkan dia bercita-cita menjadi anggota bomba untuk berbakti kepada masyarakat.
“Jadi hari ini, JBPM Pahang tunaikan impiannya. Kita turut membawanya menaiki jentera bomba,” katanya yang kagum dengan kecekalan kanak-kanak itu meneruskan kelangsungan hidup.
Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, dikesan menghidap penyakit itu apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.
“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.
“Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin,”
Katanya, Ahmad Danial memerlukan penjagaan rapi termasuk dibantu menguruskan diri dan ditolak menggunakan kerusi roda.
Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.
Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif dan kini bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk menguruskan diri sendiri.
Selepas kejadian yang berlaku kepada arwah Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bapa kepada dua kanak-kanak yang turut berada di bawah jagaan pengasuh tersebut berkongsi kejadian yang berlaku sebelum kematian Adam Rayqal.
Menurut Zian Hafiz Ahmad Zawati, 36, anaknya ada beritahu dia nampak pengasuh goncang badan dan ketuk kepala bayi itu kerana asyik menangis. Beberapa minit kemudian, bayi itu terus senyap.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mayat Adam Rayqal ditemui diletakkan di dalam beg kitar semula di bahagian sejuk beku di dalam peti sejuk rumah pengasuh berusia 33 tahun berkenaan di Jalan Nakhoda Kiri, Batu Caves.
Tambahnya lagi kedua-dua anaknya, Ahmad Hayyan Putra, 5, dan Nur Imanina Arisa Putri, 3, dihantar ke rumah pengasuh terbabit sejak dua minggu lalu.
Katanya, ketika isterinya, Norita Abdul Wahab, 40, menjemput anak mereka pada 6.30 petang, pada hari kejadian, pengasuh itu tidak nampak gelisah atau bingung.
“Apabila saya pulang ke rumah kira-kira 10 malam pada hari kejadian, isteri memaklumkan dia terlihat status di Facebook mengenai kehilangan bayi berkenaan sebelum dikejutkan dengan berita kematiannya pada pagi semalam.
“Sebaik bangun dari tidur kira-kira 9 pagi semalam, saya bertanya kepada anak sulung sekiranya dia ada melihat sesuatu yang berlaku ketika berada di rumah pengasuh itu.
“Hayyan memaklumkan dia melihat pengasuh berkenaan menggoncang badan dan mengetuk kepala bayi itu kerana dia (Adam) asyik menangis sebelum tiba-tiba senyap,” katanya ketika dihubungi.
Rasa Takut Dan Terkejut
Zian berkata, isterinya mengenali pengasuh itu melalui Facebook dan bersetuju menggunakan khidmat wanita berkenaan dengan upah RM650 sebulan untuk menjaga kedua-dua anaknya.
“Sepanjang tempoh itu, anak-anak tidak pernah mengadu apa-apa mengenai pengadu. Malah, Hayyan memaklumkan wanita itu kerap memberi mereka makan nasi ayam sehingga saya perasan ada peningkatan pada berat badan anak-anak.
“Apabila perkara ini terjadi, saya amat terkejut dan takut pada masa sama kerana kejadian itu boleh terjadi kepada anak-anak saya,” katanya yang menetap di Bandar Baru Selayang, Gombak, Selangor.
Katanya, kejadian yang menimpa Adam Rayqal menimbulkan rasa bimbang untuk menghantar anak mereka kepada pengasuh.
“Hayyan pernah didera oleh pengasuh sebelum ini menyebabkan saya bimbang untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh, namun tiada apa boleh dilakukan memandangkan saya dan isteri bekerja.
“Buat masa ini, kedua-dua anak saya dijaga bergilir-gilir oleh saya dan isteri sementara menunggu mendapat pengganti pengasuh baru,” katanya yang bekerja sebagai pe di sebuah kelab golf.