Snek Berkhasiat, Mudah Nak Sedia Untuk Anak. Resipi Salad Buah Yang Superb!

Share

Nak sediakan snek berkhasiat untuk anak mudah sahaja. Apa yang mama perlukan mestilah dari sumber makanan yang asli. Apa kata mama cuba resipi mudah ini. Anak-anak pasti suka.

Siapa yang suka salad buah boleh cuba buat. Buat siap-siap nanti simpan dalam peti ais, nanti boleh makan sejuk-sejuk.

Bahan-bahan:

-1 biji buah pelam
-2 biji epal hijau
-2 biji epal merah
-Kismis hitam (ikutla nak banyak mana)
-Anggur
-1/2 tin susu cair
-1 Yogurt rendah lemak perisa strawberi
-5 ke 6 sudu mayonis buah-buahan

Cara penyediaan:

Potong dadu semua buah. Letak di dalam mangkuk kemudian  masukkan 1/2 tin susu cair, 1 Yogurt rendah lemak perisa strawberi dan 5 ke 6 sudu mayonis buah-buahan. Gaul sebati.

Akhir sekali tabur kismis hitam. Sedia untuk dihidang.

Kredit: Rozita Daud (MAHN)

 

IKLAN