Maryam memang kesayangan daddy, sampai nak melompat daddy tengok Maryam. Excitednya Fizo.
Sempena hari lahirnya, Fizo Omar merakamkan tentang empat perkara yang menjadi hadiah dalam hidupnya dalam posting Instagram. Dan ternyata empat perkara itu bukanlah berbentuk material.
What a special birthday gift ever!
Alhmdalillh dengan izin Allah hari ini 19.07.2018 dapat saya merasai usia 33 tahun. Dan bila cakap pasal birthday mesti sinonim dengan biethday present kan. ramai yang nampak dari bentuk materialistic tapi sebenarnya ramai yang terlepas pandang hadiah lebih bernilai dari segala-galanya.
REZEKI TIDAK PUTUS
Hadiah special utk saya tahun ni, 1st of all rasa sangat bersyukur Allah berikan rezeki kesihatan,kebahagiaan dan ketenangan, yang best nya hari pertama usia saya 33 tahun ni pukul 3.30 pagi dah bangun untuk ke Kota Bharu meeting untuk pembukaan outlet baru disana. Allah bagi peluang untuk mencari dan tambah rezeki, maksudnya tidak semesti ada duit yang banyak tapi ada peluang untuk cari rezeki pun dah cukup. Sedangkan masih ramai lagi tak de kerja dan tak tahu nak buat ape.
BOLEH PELUK MAMA TIAP-TIAP HARI
Yang kedua,hadiah sgt special,Allah masih lagi bg peluang utk saya jaga mama,tiap-tiap hari boleh peluk,cium dan gurau-gurau dengan mama. Dan paling best diberi peluang untuk menikmati keberkatan doa dan restu dari seorang ibu dalam setiap kerjaya saya.
REZEKI BAHAGIA DENGAN MAWAR
Hadiah ke-3, Allah bagi rezeki kebahagiaan dalam rumah tangga. Syukur sangat dapat isteri yang sentiasa memahami dan menyokong kerjaya saya.
RASA NAK MELOMPAT TENGOL CIK YAM
Ke-4, hadiah yang paling bermakna, setelah 4 tahun kahwin, macam-macam ikhtiar kami ,akhirnya datangnya Wan Maryam yang membawa sinar dalam keluarga kami, tak leh bayangkn betapa seronok dan bersyukurnya saya dah jadi ayah ni. Tiap kali tengok Cik Yam rasa mcm nak melompat macam score goal pulak sebab excited dan geram kat dia.
Ads
So, kita tak perlukan hadiah yang bernilai atau mahal pun pada birthday kita, sebenarnya apa yang kita dah ada ini lah hadiah yang lebih ‘bernilai’ daripada apa yg kita harapkan. Cuma kadang-kadang kita terlupa untuk lahirkan rasa bersyukur, sebab itu lah kita tak rasa dia bernilai. cuba kalau kita hargai dan jaga elok-elok macam mana kita jaga barang-barang yang mahal, pasti nilai dia pun akan jadi lebih tinggi dan kita aakn rasa lebih bersyukur untik memiliki apa yang ada.
Seminggu pertama kelahiran bayi ialah cabaran utama buat mama dan papa yang pertama kali. Apatah lagi jika Bagaimana nak hadapinya sedangkan anda belum lagi ada pengalaman?
Ketahui 7 tip untuk mengendalikan bayi baru lahir. Tip ini praktikal dan akan membantu mama dan papa menyesuaikan diri dengan perubahan baru ini.
1.KUASA BEDUNG
Kebanyakan bayi suka dibedung dan ia akan membantu mereka tidur dan kurang meragam. Belajar bagaimana caranya untuk membedung bayi. Beli beberapa helai kain bedung yang lembut dan mesra pada kulit bayi dan bedung bayi untuk menenangkannya. Membedung juga memudahkan mama menyusukan bayi.
2.SUSUKAN BAYI DENGAN POSISI PENYUSUAN BETUL
Pastikan mama mempraktiskan posisi penyusuan yang betul. Paling utama pelekapan yang tepat untuk mengelakkan masalah puting merekah dan sebagainya di kemudian hari. Dapatkan bantal penyusuan untuk mengelakkan sakit belakang.
3.MANDIKAN BAYI
Mama dan papa boleh membuat jadual giliran untuk tugas ini. Bayi tidak perlu dimandikan kerap, cukup dua kali sehari sahaja. Misalnya jika pagi mama mandikan, petang papa boleh ambil giliran memandikan bayi pada sebelah petang.
4.WAKTU TIDUR
Mama bahagikan tugas dengan papa. Buat perbincangan tentang perkongsian tugas termasuk tugas menyusukan bayi setiap tiga jam. Biarkan papa (atau ibu atau sesiapa yang membantu) memberi bayi susu pada tengah malam dan 6 pagi manakala mama ambil giliran pada jam 9 malam dan 3 pagi. Jika anda menyusu, perah untuk tujuan ini. Ini cara supaya mama dapat tidur sekurang-kurangnya satu dari kedua-dua waktu menyusu.
5.STORAN SISTEMATIK
Wujudkan sistem yang sistematik seperti tempat penyimpanan lampin, pakaian dan keperluan bayi yang mudah diambil dalam keadaan pantas dengan sebelah tangan.
6.KATIL BAYI
Dapatkan peralatan yang diperlukan seperti katil bayi, pam payudara, penggendong bayi, dan sebagainya perlu disediakan awal untuk mengelakkan kelam kabut. Katil bayi atau play pen amat mustahak jika anda mempunyai anak lain di rumah. Ia penting bagi mengelakkan bayi tercedera atau kemalangan disebabkan anak yang lain.
7.ELAKKAN SUASANA BISING
Bayi baru lahir memerlukan tidur yang lama. Mama dan papa cuba wujudkan suasana yang tenang untuknya tidur. Gangguan bising boleh menyebabkan dia mudah terjaga dan tidak mendapat tidur yang cukup. Tidur amat penting untuk perkembangan otak bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat badan bayi bukannya merujuk semata-mata berapa berat bayi tu semata-mata, ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi. Setiap perkembangan bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul.
“Berapa berat baby masa lahir ya?” Itulah antara soalan ‘wajib’ yang sering ditanya rakan dan saudara kala melawat selepas kita melahirkan bayi atau setiap kali berbual tentang perihal bayi. Isu berat badan bayi juga ada kala menimbulkan kebimbangan apabila ia tidak selari dengan perkembangannya.
BERAT BADAN IDEAL
Bayi dilahirkan dengan ukuran dan ciri yang berbeza. Berat badan bayi yang baru dilahirkan berbeza antara 2.5 hingga 4.5kg. Ukuran berat bayi boleh ditentukan berdasarkan faktor genetik, kesihatan ibu dan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.
Selalunya berat bayi bergantung kepada berat lahir. Menjelang umur lima hingga enam bulan, kebanyakan bayi akan mencapai berat badan dua kali ganda daripada berat badan ketika dilahirkan. Makanan amat penting untuk pertumbuhan bayi. Bagi enam bulan pertama bayi amat bergantung kepada susu ibu. Ketika ini berat bayi akan meningkat. Namun bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, cirit birit berterusan, muntah akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
IBU BESAR BERMAKNA BAYI JUGA BESAR?
Ibu yang mempunyai saiz badan yang besar maka bayinya juga besar atau ibu mempunyai saiz badan kecil? fakta ini tidak benar! Namun, jika berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, bayi yang dilahirkan adalah sihat. Ada juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan seperti rahim, uri, pemakanan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu semasa hamil. Misalnya kencing manis tidak terkawal semasa hamil akan mengakibatkan bayi dilahirkan bersaiz besar dan badannya mengalami masalah kurang gula. Masalah lain pula ialah bayi yang dilahirkan mungkin tidak aktif dan mudah mendapat sawan.
BERAT MENURUN
Apabila anda menyedari bahawa berat bayi menurun, jangan panik! Ia perkara biasa bagi bayi selepas dilahirkan. Biasanya selepas 10 hingga 14 hari, berat bayi akan menurun antara 10% hingga 20% daripada berat badan asal. Dapatkan pemantauan kesihatan bayi untuk mengesan sebarang ciri abnormal jika berat badannya semakin menurun!
Sebelum lahir, bayi mendapat bekalan nutrien melalui plasenta secara tetap, tetapi selepas dilahirkan bayi mendapat sumber makanan melalui penyusuan susu ibunya. Selepas dua minggu berat bayi akan mula bertambah disebabkan oleh penyusuan susu ibu. Tetapi jika berat bayi masih berkurangan iaitu tidak mengikut carta kesihatan yang betul, ia mungkin disebabkan kesihatan bayi dan tidak mendapat susu ibu yang cukup. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu yang betul seperti pelekapan dan tempoh penyusuan sehingga bayi kenyang (pemberian susu foremilk dan hindmilk kepada bayi).
BERAT BADAN BAYI DIREKODKAN
Bayi akan ditimbang selepas dilahirkan dan berat badannya akan direkodkan dan perkembangannya dicatitkan setiap bulan walaupun ketika anda masih berpantang. Malah ia diteruskan semasa anda mendapatkan suntikan imunisasi anak di klinik. Maklumat tumbesaran bayi akan dicatatkan dalam rekod kesihatan bermula setelah bayi dilahirkan.
ADAKAH BAYI SAYA AKAN KEKAL BESAR?
Jika bayi anda dilahirkan bersaiz besar, ia tidak perlu dirisaukan asalkan beratnya dalam lingkungan kesihatan. Jika berlaku peningkatan yang tinggi sehingga keluar daripada had paras yang sepatutnya, doktor atau jururawat akan bertanya mengenai jumlah penyusuan bayi, berapa kali bayi kencing dan berapa lama dia tidur.
BAGAIMANA JIKA BAYI KURANG BERAT BADAN
Ia tidak menjadi masalah asalkan berat bayi masih lingkungan carta kesihatan. Tetapi jika berat bayi telah turun ke paras yang rendah pihak doktor akan membuat pemeriksaan lanjut.
Bayi pramatang selalunya dilahirkan kurang berat badan dan tidak boleh dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matang mempunyai carta perkembangan khas sendiri. Selalunya bayi pramatang mempunyai jadual penyusuan untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana bayi pra matang ini kerap tidur dan tidak akan bangun untuk menyusu. Oleh itu, bayi pra matang diberi susu khas untuk meningkatkan berat badannya. berbanding permintaan penyusuan bayiz
Kembar selalunya dilahirkan dengan berat badan yang berbeza. Jadi setiap mereka mempunyai carta dan perkembangan masing-masing.
MEMANTAU PERKEMBANGAN BERAT BADAN BAYI
Biasanya, perkembangan bayi akan dicatat dalam carta kesihatan pertumbuhan bayi. Carta ini dijadikan rujukan dan panduan untuk mengetahui sama ada bayi mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin perkembangan kesihatan bayi untuk mengetahui perubahan-perubahan yang terjadi setiap bulan.Carta ini akan dapat membantu jika timbul sebarang masalah kesihatan kepada anak anda. Melalui carta kesihatan bayi akan menunjukkan berat badan idea pada setiap bulan dan pertumbuhan tinggi dan ukuran lilitan kepalannya.
Menurut carta pertumbuhan kesihatan, berat badan bayi yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya. Rujuk jadual berikut bagi berat tinggi badan bayi ideal dan lingkaran kepala menurut WHO (WorldHealth Organization) bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Carta Pertumbuhan Kesihatan Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
Berdasarkan carta ini, ada akan mengetahui setiap sentimeter dan kilogram pada bayi anda. Namun pengukuran skala ini perlu dilakukan oleh doktor atau pihak hospital yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Selain berat badan, pengukuran skala tumbesaran bayi juga melibatkan tiga perkara iaitu:
Rangsang penglihatan bayi baru lahir, objek warna merah dan putih paling sesuai. Dia seperti melihat kita tetapi hakikatnya bayi kecil itu masih kabur penglihatannya.
Bayi yang baharu dilahirkan hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20 – 25 sm dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibu yang memegangnya.
Pada jarak ini, dia dapat ‘membaca’ emosi yang terpapar pada wajah anda. Dia juga akan boleh tersenyum jika melihat anda senyum kepadanya. Walaubagaimanapun jarak penglihatannya masih agak sedikit. Dia tidak dapat fokus kepada apa yang dilihat.
Oleh itu, kerap jalinkan hubungan mata dengan bayi anda dan pastikan jaraknya antara 20 – 25 sm. Misalnya, ketika anda bermain dengannya atau ketika sedang menyusukannya. Kepekaan retina mencapai keseimbangan setelah menjelang akhir tahun pertama usia bayi.
Jangan letakkan bayi anda terlalu hampir dengan cahaya yang terlalu terang dan jangan pula kerap meletakkan bayi di tempat yang terlalu gelap kerana perkara ini akan melambatkan kepekaan retina bayi.
PADA PERINGKAT UMUR BAYI 0-3 BULAN, DAYA PENGLIHATAN PALING BAIK BAGI BAYI ANDA ADALAH PADA JARAK 23 – 30 SM. ANDA BOLEH MENGGUNAKAN OBJEK BERWARNA KONTRA SEPERTI MERAH DAN PUTIH DAN DILETAKKAN PADA JARAK YANG BERBEZA IAITU TINGGI DAN RENDAH.
Aktiviti ini bagus bagi menguji perkembangan visual bayi anda. Malah ia juga membantu keupayaan otaknya untuk menyusun maklumat dan membentuk daya tumpuan penglihatan yang lebih baik.
Antara bulan keempat dan keenam, benda-benda optik yang berwarna-warni dan bergerak dapat menarik minat bayi anda dan mempesonakannya. Dia boleh bertahan selama beberapa minit tanpa melelahkan otot-otot matanya. Bayi anda pun semakin cepat menangkap rangsangan lebih kecil.
Tip jimat sambut Raya untuk mak ayah yang ingin berjimat tanpa menghilangkan kemeriahan Hari Raya. Panduan praktikal kawal bajet Raya, baju anak, kuih, menu dan duit raya.