Seminggu pertama kelahiran bayi ialah cabaran utama buat mama dan papa yang pertama kali. Apatah lagi jika Bagaimana nak hadapinya sedangkan anda belum lagi ada pengalaman?
Ketahui 7 tip untuk mengendalikan bayi baru lahir. Tip ini praktikal dan akan membantu mama dan papa menyesuaikan diri dengan perubahan baru ini.
1.KUASA BEDUNG
Kebanyakan bayi suka dibedung dan ia akan membantu mereka tidur dan kurang meragam. Belajar bagaimana caranya untuk membedung bayi. Beli beberapa helai kain bedung yang lembut dan mesra pada kulit bayi dan bedung bayi untuk menenangkannya. Membedung juga memudahkan mama menyusukan bayi.
2.SUSUKAN BAYI DENGAN POSISI PENYUSUAN BETUL
Pastikan mama mempraktiskan posisi penyusuan yang betul. Paling utama pelekapan yang tepat untuk mengelakkan masalah puting merekah dan sebagainya di kemudian hari. Dapatkan bantal penyusuan untuk mengelakkan sakit belakang.
Ads
3.MANDIKAN BAYI
Mama dan papa boleh membuat jadual giliran untuk tugas ini. Bayi tidak perlu dimandikan kerap, cukup dua kali sehari sahaja. Misalnya jika pagi mama mandikan, petang papa boleh ambil giliran memandikan bayi pada sebelah petang.
4.WAKTU TIDUR
Mama bahagikan tugas dengan papa. Buat perbincangan tentang perkongsian tugas termasuk tugas menyusukan bayi setiap tiga jam. Biarkan papa (atau ibu atau sesiapa yang membantu) memberi bayi susu pada tengah malam dan 6 pagi manakala mama ambil giliran pada jam 9 malam dan 3 pagi. Jika anda menyusu, perah untuk tujuan ini. Ini cara supaya mama dapat tidur sekurang-kurangnya satu dari kedua-dua waktu menyusu.
5.STORAN SISTEMATIK
Wujudkan sistem yang sistematik seperti tempat penyimpanan lampin, pakaian dan keperluan bayi yang mudah diambil dalam keadaan pantas dengan sebelah tangan.
Ads
6.KATIL BAYI
Dapatkan peralatan yang diperlukan seperti katil bayi, pam payudara, penggendong bayi, dan sebagainya perlu disediakan awal untuk mengelakkan kelam kabut. Katil bayi atau play pen amat mustahak jika anda mempunyai anak lain di rumah. Ia penting bagi mengelakkan bayi tercedera atau kemalangan disebabkan anak yang lain.
7.ELAKKAN SUASANA BISING
Bayi baru lahir memerlukan tidur yang lama. Mama dan papa cuba wujudkan suasana yang tenang untuknya tidur. Gangguan bising boleh menyebabkan dia mudah terjaga dan tidak mendapat tidur yang cukup. Tidur amat penting untuk perkembangan otak bayi.
Comelnya Bunga! Anak perempuan kepada pasangan Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ini sering mendapat perhatian ramai kerana gelagatnya yang comel. Kini usianya sudah pun masuk usia 7 bulan. Sekejap saja masa berlalu kan?
Melalui perkongsian di laman Instagram Fasha Sandha, dapat dilihat sebuah video Bunga yang telah dimuatnaik oleh pelakon cantik itu.
Membahasakan dirinya sebagai Mami Sha, dia meluahkan rasa rindu terhadap Bunga kerana sudah lama tak berjumpa. Kerinduan Fasha terubat apabila mereka berkumpul bersama dan dihidangkan dengan hidangan enak hasil air tangan Elisya.
Tambah Fasha lagi, adiknya kini sudah umpama chef dan pandai memasak kerana banyak belajar dari ibu mentuanya, Sheila Rusly.
Terdahulu, Elisya selamat melahirkan Bunga secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ampang pada bulan Jun tahun lepas. Ketika dilahirkan berat Bunga adalah 3.25kg.
Nama indah Bunga Elhaq juga merupakan pilihan Sheila yang mempunyai gabungan nama Elisha dan suami. Pernah berkongsi, ilham untuk nama Bunga adalah melalui mimpi ibu mentuanya itu ketika dia sedang hamil lima bulan.
Ramai ibu bertanya kenapa baby mengamuk masa nak di susukan ? Saya ‘direct feed’ baby. Sebelum menyusu dia merengek-rengek cari puting ibu. Tapi bila saya susukan, dia mengamuk-ngamuk dulu baru hisap susu. Masa menyusu pun dia selalu lepaskan puting kemudian hisap semula. Saya ingatkan susu saya tiada. Saya picit ada je. Saya tak faham kenapa baby macam tu.
Jawapan:
Lazimnya orang ramai akan menjumpai jawapan bagi soalan sebegini dari sudut isu-isu berkaitan penyusuan yang layak dijawab oleh kaunselor laktasi. Namun,ramai yang mungkin tak tahu, masih ada kemungkinan isu yang berlaku ini tiada kaitan dengan isu lazim dan ‘direct’ dengan susu ibu dan hal penyusuan. Jadi, kali ini saya akan menjawab dari sudut pandangan seorang konsultan tangisan bayi untuk anda pertimbangkan kemungkinannya. Sifirnya mudah, jika apa yang saya bentangkan ini tidak kelihatan sebagai punca kepada masalah puan, maka puan harus tahu bahawa kemungkinan terbesar jawapan pasti ada pada isu berkait penyusuan itu sendiri yang perlu di rujuk kepada kaunselor laktasi.
Kemungkinan #1: Reflek Gastro- Colon
Salah satu punca biasanya adalah sensasi pergerakan usus yang di panggil ‘Gastro-Colon-Reflex’.
Dalam bahasa mudahnya, ia adalah cara badan bayi memberitahu perut untuk mengosongkan isi kandungannya dan menolak lebihan makanan ke arah usus untuk di buang, setiap kali ada makanan baru yang tiba menjelang setiap sesi penyusuan bermula.
Reflek ini juga ada pada orang dewasa. Namun, bagi orang dewasa, ia bukan sesuatu yang mengganggu kecuali bila sensasi ini kuat di rasakan saat kita sakit perut untuk membuang air dan lebih lagi ketika cirit-birit.
Bagi bayi kecil, sensasi ini lebih rutin untuk dirasakan kerana sistemnya baru mahu beradaptasi dengan proses makan dan hadam. Namun, bagi sesetengah bayi yang sensitif, mereka tidak gemarkan rasa sensasi pelik yang berlaku ini dan menangis setiap kali ia berlaku. Ia menjelaskan mengapa bayi berhenti menyusu, melepaskan puting ibu ketika menyusu kerana fokus diganggu dengan sensasi reflek ini. Penjelasan yang mudah,langsung tidak menyakitkan bayi namun ia membuat ibu susah hati!.
Kemungkinan #2: Bayi Mahu ‘Comfort Sucking’
Semua ibu tahu menghisap itu ada dua tujuan utama pada bayi. Menghisap untuk memuaskan rasa lapar (nutritive sucking) dan menghisap untuk merasa tenang dan selamat (non-nutritive sucking) atau lebih popular di gelar comfort sucking atau mengempeng dalam istilah lazim melayunya.
Namun ramai yang tidak tahu, purata jumlah masa yang bayi habiskan untuk mengempeng adalah sekitar 2 hingga 3 jam sehari. Ia memang banyak dan lebih lagi terasa banyaknya oleh ibu yang menyusukan bayi secara langsung.
Sudah menjadi lumrah untuk ibu yang tidak tahu, tidak ada idea dan tidak pernah belajar tentang cara lain atau teknik tepat untuk mententeramkan bayi akan segera menyua puting payudara untuk membuat bayi diam.
Tiada masalah dalam hal ini kecuali ada ramai bayi, pada satu tahap mula mengamuk dan marah kerana terpaksa menelan susu walaupun sebenarnya mereka hanya mahu mengempeng. Ini sesuatu yang tak dapat dielakkan kerana puting ibu tetap akan mengeluarkan susu tak kira samada bayi mahu menghisap sebab benar lapar atau kerana mahu mengempeng. Jadi, ibu melihat putingnya tidak lagi berkesan sebagai alat mententeramkan pada satu tahap dan bayi bergelut serta marah-marah di puting ibu.
Kemungkinan #3: Bayi Ingin Sendawa
Sumber gas utama dalam badan bayi berpunca dari proses pencernaan di mana antara produk akhirnya ialah gas. Bermaksud gas sentiasa dihasilkan dan ada dalam badan bayi. Ia juga bermaksud bayi boleh perlu untuk sendawa pada bila-bila masa, tak semestinya selepas penyusuan sahaja.
Bila susu mula masuk dan memenuhi bahagian perut bayi, ia mula menolak gas yang ada. Gas mungkin cukup banyak untuk mula naik ke atas dan mencetus reflek untuk sendawa. Ia menjelaskan mengapa kadang-kala bayi memberhentikan susuannya kerana dia merasa tidak selesa. Atau , sebenarnya bayi telah terlebih dahulu membuat isyarat tangisan ingin sendawa iaitu ‘Eh’.
Namun bagi mana-mana ibu yang tak memahami bunyi tangisan ini dan tidak pernah belajar untuk mengenal tangisan rutin bayi akan sering menganggap bayi menangis kerana lapar. Menambah lagi kekeliruan ini ialah bila dalam masa yang sama, ibu tidak tahu pula cara lain untuk mententeramkan bayi selain menyuakan payudara. Maka bayi akan kelihatan mengamuk-ngamuk di payudara kerana dia sebenarnya meminta bantuan untuk di sendawakan,tetapi ibu tidak faham. Bayi ‘cuba mendapatkan’ sebarang jalan untuk menyelesakan dirinya. Pada ketika ini,menghisap puting ibu nampak seperti ‘masuk akal’ kepada nya kerana dia telah biasa ditenteramkan di puting ibu. Lalu dia cuba menghisap atau kelihatan mahu menghisap, mencari-cari dan mengalu-alukan puting ibu sebelum menyedari hal ini tidak membantu pun.
Saya berharap semua kemungkinan yang saya bentangkan ini dapat memberi sudut pandang baru kepada puan dan membantu puan memikirkan punca masalah dalam spektrum yang lebih luas.
Perasan tak raut wajah bayi akan berubah-ubah seiring perkembangan usianya. Sekali tengok macam muka isteri, lepas tu ada iras wajah suami. Keadaan ini dianggap perkara biasa dan ia berlaku hingga usia anak 1-2 tahun.
Bagaimanapun, mama papa tak perlu nak risau pun. Apa yang penting, anak kita membesar dengan sihat pun satu anugerah yang tak ternilai.
Menerusi perkongsian foto bayi sulung pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Ini kerana bayi perempuan berusia tujuh bulan itu, Nur Khawla Soleha sekali tengok memang copy paste wajah Ernie.
Senyuman kedua-dua beranak itu memang sama. Namun raut wajah Khawla ada juga iras daddynya. Kiranya ambil sikit muka ibu dan daddy!
Ernie yang berkongsi gambar bersama anaknya menerima pelbagai pujian dan rata-ratanya geram melihat gelagat Khawla yang dah pandai tengok kamera dan senyum.
Sementara itu, menerusi posting lain Ernie Zakri, dia juga ada memuat naik gambar Syamel masa kecil dan gambar terkini Khawla.
“Muka macam ibu dia😍😍tapi bila tengok hidung macam daddy”
Rata-rata peminatnya turut berkongsi rasa teruja melihat wajah Khawla yang comel, malah sudah pandai tersenyum.
Sebelum ini, Ernie, 26, berkahwin dengan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pada 22.02.2022 Ernie Zakri selamat melahirkan bayi perempuannya.
Kredit: IG Ernie Zakri
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.