Kehamilan

“Sorok Sikit Perut, Jaga Aurat & Pandangan Mata Nakal” Ibu Anak Sembilan Nasihatkan Wanita Hamil

Share

Hamil merupakan moment yang terindah bagi setiap ibu. Semakin hari perut semakin membesar. Bagi wanita muslimah, perut merupakan bahagian aurat yang harus ditutup dengan sempurna. Puan Juriah Halimatun berkongsi sebuah perkongsian mengenai ibu hamil dan batas aurat. Ikuti perkongsian ini.

Ibu-ibu muslimah yang mengandung, waktu mengandung masa perut besar-besar tu, kalau ikutkan, ibu-ibu nampak lebih cantik dan comel tau!

Kadang-kadang macam penguin pun ada.. haha! Penguin cute apa?.. Jadi, pakailah baju yang longgar-longgar. Akan kelihatan lebih-lebih lagi comel dan manisnya.

Bukan apa, dalam keadaan mengandung pun, kena jaga aurat kita. Tak perlulah pakai Tshirt yang sempit-sempit yang bagi semput nafas dan menyenakkan perut tu.

Lepas tu pakai pulak dengan warna yang menyilaukan pandangan mata.

Nanti perut nampak sungguh terjojolnya. Dan tak perlulah dipadankan dengan seluar sendat bagi nampak depan belakang yang seksi tu..

Mama fatim bukan apa, bagi reminder je. 9 kali mengandung, kau bayangkan kalau setiap kali mengandung mama fatim pakai macam tu. Hati ni sendiri terasa seperti tak kena. Kalau boleh, rasa nak sorok lagi ada.

Bukannya tak happy sebab mengandung, tapi cuba bayangkan, apa yang orang fikir bila nampak perut kau begitu? Mesti kau dah buat sesuatu kan kat bilik malam-malam hari tu?

Jadi, sorok-sorok lah sikit perut tu. Jaga aurat, dan jaga penampilan daripada pandangan-pandangan nakal orang sekeliling.

Nampak lebih sopan dengan penampilan yang menutup aurat ketika mengandung.

Nikmat mengandung dan bersalin itu satu rezeki yang Allah bagi. Semua makhluk mendoakan. Tak semua wanita dapat merasainya. Jadi perlu jaga juga perasaan wanita lain yang tidak merasainya.

Mudah-mudahan akhlak yang kita jaga waktu mengandung dapat juga dirasai oleh anak yang dikandung.

IKLAN