
Selepas bertarawih bersama anak-anak dan suami, masa menonton televisyen seharusnya dihidangkan dengan sajian moreh yang menyelerakan. Roti dengan cicahan sos Butterscotch ini memang padu dikala bersantai. Rupanya nak menyediakannya cukuplah mudah.
Resipi perkongsian Nur Aisya ini menjadi kegemaran anak-anaknya. Simple cara penyediaannya. Jom cuba.
Resipi wajib cuba: Mudahnya Masak Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi, Blender Dan Tekan Button Sahaja, Awesome!
Anak-anak suka sangat butterscotch ala kampung mama ni. Jadi sebelum puasa hari tu, simpan stock sikit untuk cicah-cicah dimalam hari. Kalau beli tak puas makan, inti sikit sangat.
Bahan-bahan:
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat manis
1 tutup esen vanila
1/2 cawan butter/marjerin pelangi
Garam secubit
Air tepung gandum (2 sudu tepung gandum dibancuh dengan air biasa)
Air panas 2 cawan
Masukkan gula 2 sudu besar. Buat caramel sampai perang ye.
Dah jadi caramel macam ni, tuang air panas. Hati-hati.
Masukkan 2 sudu besar susu pekat manis.
Masukkan planta atau butter ke. Ni pakai marjerin pelangi. Memang favourite dari dulu. Masukkan sekali esen vanila 1 tutup. Masukkan secubit garam.
Masukkan air tepung gandum. Jangan pekat sangat, agak-agak je. Masukkan sikit air.
Dah naik buih-buih ni, dah masak la tu.
Gambar butterscotch jadi macam ni la. Tak pekat, tak cair. Sedang-sedang je.
Siap.

Ok boleh cicah dah! Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resepi Terung Bakar Dengan Air Asam Bersantan, Simple Tapi Padu!

Sayur terung sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Bagi mama papa yang nak cuba menu baru dan sedikit kelainan, boleh cuba resepi terung bakar dengan air asam bersanta. Menu cukup simple tapi boleh membangkitkan selera makan anda.
Selamat mencuba!

Kalau kita tengok dekat rumah mak kita ada terung di pokok, kita mengeceklah sikit. Ada 10 batang, kita dapat 2 jadilah. Hehe! Hari tu tengok orang kongsi terung bakar air asam santan. Macam sedap, jadi kita cuba.
Terung Bakar dengan Air Asam (bersantan)
Bahan-bahan:
2 batang terung
1-2 biji bawang merah
1 biji cili merah
5 biji cili api/padi/burung
1 sudu asam jawa
100ml santan
2 cubit belacan bakar
2 helai daun bawang
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:

Hari ni kita akan bakar atas “grill pan” sahaja. Saya buka api sederhana, dan tak letak minyak. Pan yang saya gunakan ni tak lekat. Saya bakar setiap belah tu, dalam 3-4 minit, lepas terbalikkan.
Ni hasilnya setelah terbalikkan beberapa kali. Ada garis-garis hitam tu yang bikin sedap. Isi nya lembut, dan ada bahagian terkaramel. Manis!

Sambil bakar terung tadi, saya buat air asam. Hiris cili dan bawang, campurkan dalam mangkuk bersama air asam, belacan dan santan(dimasak).
Akhir sekali, curah air asam bersantan atas terung bakar. Tabur daun bawang untuk hiasan. Terung tu manis, air asam pula masam, masin dan berlemak. Memang padan. Cili dan bawang tu pelengkap.


Close up. Hidangan ini ringkas, tapi kalau kena padanan lauknya, memang berseleralah makan. Selamat menjamu selera!

Kali ni saya padankan dengan ikan bawal goreng masak sos tiram berhalia. Lepas tu ada ubi rebus goreng berempah, cicah sambal kicap (orang Johor). Resepi bawal ni lain kalilah saya kongsi.
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak Payah Beli Sos Mahal Dalam Tin, Lagi Jimat Masak Spageti Carbonara Ikut Cara Ni, Rasa Padu!

Sebut sahaja spageti carbonara, anak-anak mesti suka. Maklumlah tak pedas dan sedap berkrim. Bagi yang ada anak ramai, makan direstoran pasti sedikit membebankan. Apa kata masak sendiri di rumah. Lagi puas hati kan?
Tak perlu beli pun sos mahal sebaliknya gunakan kaedah ini nak sedapkan kuah carbonara. Memang pekat, sedap dan padu resipi perkongsian Pn Nurul Husna Mohamed Daud ini. Jom cuba!

Dah tiga tahun lebih anak-anak boleh kenal spageti carbonara simple sedap, dan sentiasa jadi menu rebutan untuk anak-anak.
Terima kasih banyak-banyak kandaku kak no cayam yang ajar resepi superb ni kat adinda.
Tak payah susah-susah beli sos mahei dalam tin. Kalau yang berkemampuan tak ada hal la kan tapi, kot-kot mana pun sedap buat sendiri jugak, kasih sayang extra🥰♥️. Ok jom buat!!

Bahan bahan:
1 paket spageti (boleh belaka jenama apa dan jenis pasta pun boleh)
2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak (kalau nak guna 2 tin susu, 1/2 lagi tu air pun boleh. Mokcik buat gitu la..jimat)
Majerin + minyak (untuk menumis)
Daging cincang
Bawang merah -dadu
1 sb tepung gandum
Cendawan dan sosej
3 keping Cheese slice
Lada hitam -blend atau tumbuk
Perisa maggi cukup rasa
Garam dan gula
Parsley dan oregano (kalo tak ada, tak letak pun ok je)
Rebus spageti terlebih dahulu, sampai lembut dan letak minyak masak 2 sb, untuk elakkan dia dari melekat masa sejuk.

Panaskan majerin + minyak, dan tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biar sedikit garing la. Lepas tu masukkan gandum kacau lagi sekejap dan masukkan lada hitam serta daging. Sambil zikir-zikir dan doa kasih sayang tu, kacau lagi sampai naik minyak.

Masukkan pulak cendawan dan sosej, kalau tak nak letak pun tak pe. Sedap dohh..dan ready masuk susu.

Nampak susu tu dah naik wap nak gelegak, masuk la cheese dan perasakan dengan gula garam serta perisa.

Last sekali kalau ada herba kering kat rumah tu, boleh la masuk ya. Lagi umpph rasa dia. Parsley atau oregano. Sedap!.

Bila sejuk kuah tu akan jadi lebih pekat ya, sebab adanya gandum dan cheese. Jangan bimbang la kalau dah masak nampak cair je, tunggu sejuk sikit santap lah bersama keluarga tersayang.
Selamat menjamu selera!
Menarik: Syukur Alhamdulillah, Pilih Nama Cantik Buat Puteri Ke-2, Mawar Rashid Selamat Bersalin!

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara Buat Sambal Tumis Bilis Legend, Paling Sedap & Sempoi, Memang Padu!

Di bulan puasa ini, tak puas rasanya tanpa sambal pedas yang menaikkan selera. Nak tahu cara masak sambal tumis legend yang sedap dan meletop macam dijual di kedai?
Resipi superb lagi legend yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu ini mama wajib cuba. Katanya ia merupakan resipi perkongsian dari peniaga nasi lemak di kampung. Rugi tak cuba!

Resipi ini diperolehi daripada seseorang yang berniaga nasi lemak di kampung. Hasil jualannya dapat membiayai anak anaknya hingga universiti.
Bahan-bahan:
1 genggam lada kering -direbus dan ditos dan dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
2 biji bawang besar -dihiris

Tumis bawang besar hingga naik bau.
Nota : Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing. Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis. Kalau macam garing dia macam ‘tak jadi’ sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.

Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.

Wah… ini yang legend! Masukkan belacan bakar. Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.

Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan. Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.
Saya masak guna api sederhana. Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.

Proses TERBIT MINYAK aka Pecah Minyak. Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap. Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.

Masukkan gula. Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.
Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.

Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.

Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini. Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air. *Air yang digunakan adalah air biasa. Saya goncangkan dalam blender sebab itu warnanya keruh.

Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi. Ada orang goreng dahulu. Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar. Ada orang goreng separa masak. Ada orang tak goreng.
Ok… ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.

Masukkan 3 sudu air asam jawa. Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping. Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!

Perasakan dengan garam dan biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra. Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami. Doa dalam bahasa masing masing lebih mudah. Insya allah, tuhan mendengar doa kita.


Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.
Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


