Selain donat, karipap juga antara makanan yang disukai anak-anak kita. Rasanya yang rangup ditambah pula dengan inti padunya, buat anak makan bertambah. Tak sebiji, pasti nak lagi.
Jika dahulu kita boleh membeli di kedai, PKP pastinya masa terbaik untuk mama mencuba sendiri di rumah. Nak hasilkan karipap pusing yang rangup dan sedap? Ini cara ringkas tetapi gerenti jadi yang dikongsikan oleh ibu ini, Fafae Mimie. Jom cuba!
Resepi karipap pusing rangup tapi start snap gambar separuh, tak snap dari awal. Untuk frozen boleh bakar jap kat oven 180c, 10 hingga 15 minit. Sejukkan dan bekukan.
Doh A:
4 cawan tepung gandum
1 cawan air + 1 sudu teh garam
2 sudu marjerin
Satukan Doh A dan uli sampai jadi doh tak melekat kat tangan. Kemudian bahagikan kepada 3 doh, bulatkan.
Doh B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
Ads
Uli doh B sampai jadi doh, bahagikan pada 3 bahagian. Semua suhu biasa, tak payah panaskan minyak/air.
Masukkan doh B ke dalam doh A. Bulatkan. Lepas tu gelek adunan macam dalam gambar.
Gulung sampai habis.
Ads
Kemudian pusing dan leperkan.
Gulung lagi sampai habis.
Dan bahagi pada 7 hingga 10 bahagian.
Ads
Potong guna pisau tajam.
Selit yang hujung tu kat bawah. Penyek guna tapak tangan dulu sikit.
Lepas tu baru gelek guna pencanai. Yang atas ni belah luar karipap tau.
Masuk inti dan kelim. Inti boleh ikut resipi masing-masing.
Siap sedia digoreng!
Saya guna cup baking 1/2 cawan tu dapat 30 ketul karipap sebab guna acuan karipap besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada waktunya menjalani hujung minggu yang padat dengan aktiviti membuat ibu merasa malas untuk ke dapur. Namun perut anak-anak kecil harus di isi, kelak semakin bertambah gamat jadinya. Ada baiknya di waktu kemalasan melanda, ibu gantikan menu biasa dengan menu yang terlebih ringkas tetapi tetap sihat dan mengenyangkan.
Salah satu resipi mudah tetapi penuh dengan sumber protein terbaik adalah Telur Gulung berinti daging yang baik tumbesaran anak. Telur bukan hanya baik bahkan ia merupakan protein yang lengkap kepada anak kecil yang sedang membesar.
Resipi Telur Gulung yang disediakan oleh Nurul Wahida Musa menerusi perkongsiannya di grup Happy Baby Food Malaysia ini pastinya buat anak ceria. Ibu pun gembira kerana mudah cara penyediaannya. Jom cuba.
Masukkan butter, tumis bawang putih yang dicincang halus, masukkan daging kisar, parsley, oregano, lada hitam.
Letak daging tadi atas telur goreng.
Gulung kemas.
Siap! Biasanya kalau anak nak makan sendiri, ummi buat kecik, bungkus dalam telur bentuk macam karipap. Hari ni bersuap, buat sebijik telur je gulung terus.
3 Khasiat Telur Perlu Tahu
Protein lengkap
Telur merupakan makanan lengkap protein. Setiap butirnya mengandung 6g protein per sajian. Protein sememangnya diperlukan untuk membangunkan sel-sel tubuh baru. Malah telur juga membantu tumbesaran anak dan perkembangan sel lain. Pastikan beri anak makan 1 biji telur setiap hari.
Kaya vitamin B12
Telur kaya vitamin B12 yang sangat baik untuk kesihatan saraf. Vitamin ini disebut juga cobalamin yang penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf.
Lemak lengkap yang seimbang
Bukan itu sahaja malah telur juga mengandungi lemak tepu dan tak tepu yang seimbang. Pelbagaikan olahan telur seperti, merebus dan menggoreng.
Kaya Vitamin D
Bukan itu sahaja malah telur juga merupakan sumber vitamin D yang bagus dan baik untuk kesihatan dan perkembangan tulang anak kecil kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anak sakit mesti si kecil tak selera makan kan? Apa kata mama papa cuba 4 resipi antibiotik menu ini buat anak berselera dan bertenaga. Resipi ini disediakan dan dikongsikan oleh Puan Shazney Rahman untuk anaknya, Faleq.
ANTIBIOTIC MENU! This week Faleq kurang okay. Alhamdulillah Faleq tak demam cuma batuk berkahak. Selera seperti biasa cumanya batuk tu je tak best dengar. Jadi kakak decide kena alter balik menu2 dia change tu menu2 yang kurangkan batuk dan kahak. Jadinya minggu nie semua makanan Faleq bersifat menu penyembuhan.
Semua jenis berkuah dan kukus even breakfast dia pun kakak tak bagi yang deep fry. Kukus atau grill sahaja. Alhamdulillah Faleq getting better. Tak sia2 mama hempas pulas pikir menu bersifat antibiotik nie.
Cuma nak cakap if anak kita tak sihat kita bukannya catu makan tapi kita alter balik menu sedia ada. Baby perlukan zat untuk dia sembuh. Macam Faleq since dia berkahak kakak cuba elakkan makanan yg deep fry,diary product,ghee semua tu.
Banyakkan menu bersup,kukus je dan kalau tumis pun minyak seminima yang boleh.Hasilnya kahak dah slowly hilang batuk dah kurang banyak. Ohh ya kita rujuk jugak Faleq dengan doktor. Faleq sembuh pun dengan bantuan ubat jugak selebihnya kakak take action sendiri.
Kalau anak kita tak okay tolong rujuk pihak yang lebih pakar. Sometime kita cuma mampu slowkan virus tak mampu lawan virus jadi sila rujuk klinik ye. Semua resepi2 nie kakak buat 5 hari di rumah bs. Even Faleq tak sihat makanan tetap best mama bagi dia!
resip
THAI FISH SOUP
-tumis bawang,halia,kunyit hidup,serai bersama 3 sekawan sehingga naik bau
-masukkan air 1 cawan dan masukkan carrot bersama kentang.masak sehingga agak empuk -masukkan ikan dan celery sehingga mendidih
-masukkan serbuk lada hitam,perahan air limau dan tomato.tunggu sehingga masak.siap!
*boleh letak cbs sebagai penambah rasa
*resepi asal sepatutnya kena ada lengkuas dan masukkan sedikit daun ketumbar.Kakak tak letak sebab takda stok
AYAM STEAM HALIA
resepi nie mudah dan sedap.
-Cuma perap ayam bersama lada sulah dan minyak bijan dalam 30 minit. -Masa ready nak kukus cuma taburkan hirisan nipis halia di atas ayam dan tunggu sehingga ayam masak. Mudah kan
TOMYAM AYAM WITH TOFU
-tumis tomato paste bersama serai tanpa minyak -masukkan air, cbs dan carrot. masak sehingga agak empuk -masukkan ayam dan celery. masak sehingga mendidih -masukkan tofu,tomato dan perahan air limau.tunggu sehingga masak. siap!
ASAM REBUS
-Blend bawang merah+putih, kunyit hidup dan separuh tomato, ketepikan -Tumis tomato paste bersama serai tanpa minyak sehingga naik bau -Masukkan bahan blend dan masukkan setengah cawan air, dah mendidih masukkan ikan,cauliflower dan bunga kantan
-akhir sekali masukkan sawi, tunggu sehingga masak. siap!
*boleh masuk cbs,asam keping dan serbuk lada hitam sebagai penambah rasa.Kakak tak letak asam keping sebab dah blend letak tomato sekali. Dia punya masam dah nice.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang kata, air tangan suami atau ayah kita sememangnya cukup istimewa. Sekali-sekala turun ke dapur, lain macam sedapnya.
Resipi yang dikongsikan oleh Idora Darwina ini memang lain macam sedapnya. Resipi istimewa air tangan arwah ayahnya ini menjadi santapan istimewa mereka sekeluarga. Patulah share sampai 10K!
Abah meninggal pada Syawal kedua, hari Jumaat yang lepas. Di sini saya nak share dan sedekahkan satu resipi istimewa daripada abah. Semoga berpanjangan pahalanya buat abah. Resipi yang sangat simple tapi rasanya sangat enak. Setiap kali balik kampung, memang wajib minta abah masakkan mi special ni.
Tak perlu letak garam/gula/serbuk perasa lagi dah. Ngam-ngam sedap dah rasanya. Bahan-bahannya sangat mudah. Kepada yang dah cuba atau bakal cuba resipi ni, dapatlah kiranya saya mohon untuk sedekahkan Al-fatihah buat almarhum abah saya Hasim bin Andan. Terima kasih semua.
Bahan-bahannya:
Mi kuning (celur sekejap dengan air panas), tak kisahlah jenama apa pun.
Daging (ini bahan utama),
Fishball (ini untuk memeriahkan kuah)
Sawi biasa atau sawi pok choy
Cili (dihiris)
Bawang merah dan bawang putih (ditumbuk)
Limau nipis (untuk diperahkan jusnya ke dalam pinggan)
Sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram
Air panas menggelegak atau air panas penapis air
Tumis bawang dengan cili sampai garing. Cili tu, kalau suka pedas, tambahlah lagi.
Masukkan daging. Gaul rata.
Lepas tu terus tambah air panas tadi. Air ni bertujuan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging. Reneh sehingga menggelegak. Jumlah air bergantung kepada jumlah mi yang digunakan. Banyak mi, banyaklah air.
Kemudian boleh tuang segala sos-sos tadi. Jumlah sos, bergantung kepada kuah tapi selalunya setengah botol jugalah saya letak untuk setiap sos. Kicap agak-agak ajelah. Lepas tu boleh tambah fishball, isi ayam, fishcake atau apa sahaja yang digemari. Biarkan sos-sos tu sebati dengan kuah seketika.
Selepas itu, masukkan sawi.
Terakhir sekali masukkan mi. Gaul sebati, tunggu menggelegak sekejap, matikan api. Boleh hidang terus macam ni. Mi ni berkuah. Kena makan teruslah konsep dia. Baru umppphh! Selalu kami akan terus hadap sampai licin kuali. Abah senyum je tengok anak, menantu dan cucu suka makan masakan dia.
Tapi kalau nak makan lambat, boleh asingkan mi daripada kuah macam ni supaya mi tak kembang.
Ini kuah yang dah diasingkan. Warna lebih kurang beginilah. Tak hitam sangat. Selamat mencuba semua. Resipi ni ringkas sahaja. Waktu memasak pun sangat sekejap. Anak² pasti sukakannya.
Dah senduk mi dan kuah ke dalam pinggan, jangan lupa perah limau nipis. Baru terangkat dan sempurna rasanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!