Tempoh PKP yang panjang ini membuatkan kita tidak dapat menikmati kuih muih yang dijual ditepi jalan. Ada waktunya hati mula terasa rindu dengan sarapan kuih muih yang selama ini menjadi rutin pagi hari. Mungkin ini masanya untuk mencuba sendiri menyediakan kuih muih ini. Kuih seri muka, resipi perkongsian Puan Sakinah Zainal ini memang awesome. Nampak pun sedap. Jom cuba!

Ada yang suka serimuka. Orang Kedah panggil pulut sekaya. Serimuka ni pulut kena kenyal-kenyal lembut tak mau lembik tak mau keras. Kepala pun sama nak lembut-lembut baru best. Santan pula kena pakai santan fresh baru dapat results yang sedap. Resepi ni memang rasa like orang-orang tua dulu buat. Kepala lembut, lemak dan beraroma.

Resepi ni untuk famili kecik, kalau ramai boleh la sekali makan. Sesuai untuk loyang saiz 8inci kalau saiz 10 pun boleh nipis la dapat. Sapa yang rindu serimuka arwah tok-tok ka boleh la cuba noh. Semoga bermanfaat.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

2 cawan beras pulut -cuci bersih dan toskan
2 1/4 cawan santan -kalau pakai santan kotak tambah 1 sudu minyak masak
1sdk garam
1sdk gula

Bahan Atas:
1/2 cawan air
5 helai daun pandai -blend dengan air dan tapiskan
4 sdb tepung gandum
1 sdb tepung beras
(Contoh cara cedok refer pict ye)

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

 

Masukkan 2 cawan suku santan. Kalau pakai santan kotak tambah 1 sdb minyak masak. 1sdk garam dan 1 sdk gula untuk naikkan rasa lemak tu.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

Biar pulut tenggelam gini jer. Kukus sampai masak cantik. Macam mana masak? Pulut tak de biji beras dah la. Kukus la dalam bekas apa pun tak apa. Mama guna periuk je.

IKLAN

Oles loyang dgn minyak, letakkan plastic, pakai jer apa2 plastic pn. Lapik kemas. Masukkan pulut tekat padat2

Posted by Shakinah Zainal on Sunday, 12 April 2020

Oles loyang dgn minyak, letakkan plastik, pakai je apa-apa plastik pun. Lapik kemas. Masukkan pulut tekat padat-padat.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

1/2 cawan air blendkan dengan 5 helai daun pandan tapiskan. Letak tepi.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

Kalau malas sukat pakai sudu. Tepung macam ni kurang dari 3/4 cawan.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

IKLAN

Dalam bekas lain. Sukat air pandan + santan jadikan 2 cawan. Satukan. Ingat 2 cawan je setelah disatukan. Santan nak pekat-pekat. Mama pakai perahan pertama.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

Masukkan tepung. Masukkan 3/4 cawan gula. Suka lagi manis, jadikan 1 cawan ye dan secubit garam untuk bagi bangkit rasa.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

Tumbuk hancur tak payah lumat 1 batang kulit kayu manis saiz kecil je, masukkan ke dalam adunan bersama sedikit pewarna hijau.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

Masukkan 5 biji telur. Nak jimat lagi 4 biji pun ok. Kacau sebati sampai semua hancur. Tapiskan.

IKLAN

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

Masukkan dalam kuali. Tapiskan lagi sekali untuk dapat hasil yang cantik. Kacau sekejap sampai naik wap.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

 

Tuangkan adunan ke atas pulut yang telah ready dalam periuk pengukus. Kukus selama 35 minit. Pastikan plastik tu tinggi macam tu. 

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

Dah masak buka penutup, kalau ada air bertakung boleh letak tisu dapur dan angkat buang tisu. Jangan padamkan api lagi biarkan selama 5 minit. Padamkan api boleh angkat. Sejukkan.

Step By Step Buat Kuih Seri Muka Cara Orang Lama, Lemak & Lembut, Gerenti Jadi!

Potong la ikut kreativiti. 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI