
Ramai ibu mengandung memberi perhatian kepada pemakanan, pengambilan vitamin dan kesihatan fizikal sepanjang kehamilan. Namun, ada satu perkara yang tidak kurang pentingnya, iaitu kesihatan emosi ibu.
Sepanjang sembilan bulan mengandung, bukan semua ibu melalui perjalanan yang mudah. Ada yang berdepan tekanan kerja, masalah keluarga, perubahan hormon, malah ada juga yang terpaksa memendam perasaan kerana tidak mahu membebankan orang sekeliling.
Tahukah ibu ayah, beberapa kajian menunjukkan bahawa stres ketika hamil dan tekanan emosi yang dialami sepanjang kehamilan mempunyai kaitan dengan perkembangan biologi dan emosi anak?
Perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, mengenai satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Social Cognitive and Affective Neuroscience pada tahun 2016 membuka mata tentang kepentingan menjaga kesejahteraan emosi ibu sepanjang kehamilan.
Lebih menarik, beliau turut menjelaskan bagaimana hormon stres dan sistem oksitosin mungkin memainkan peranan dalam perkembangan bayi sejak dalam kandungan.

Stres Ketika Hamil Boleh Berkait Dengan Perkembangan Emosi Anak
Ikuti perkongsian dari Dr Rizal mengenai fakta ini.
“Saya baru saja baca research pasal kaji otak bayi dan sejujurnya, jumpa satu dapatan yang buat saya terdiam sekejap.
Bila kita sebut pasal “anak melempar barang,” “anak susah ditegur,” atau “anak selalu rasa insecure bila dah besar,” kita selalu ingat itu masalah parenting masa dia dah budak-budak.
Tapi kajian neurology dalam jurnal Social Cognitive and Affective Neuroscience (2016) mendapati, corak emosi anak sebenarnya dah mula ‘ditenun’ sejak dia masih dalam kandungan lagi.
Cuba bayangkan genetik otak bayi kita ni macam sebuah smart home. Dalam rumah tu, ada satu suis dipanggil Sistem Oksitosin. Suis inilah yang kawal hormon kasih sayang, rasa selamat, rasa tenang, dan keupayaan anak nak mempercayai orang lain bila dia dewasa nanti.
Bila ibu mengandung mengalami chronic stress, mula risau tak tentu arah, gaduh, atau beban emosi yang tinggi, badan ibu akan dirembeskan dengan hormon kortisol yang sangat tinggi.
Bila kortisol ni masuk menerusi uri, dia tak rosakkan genetik anak. Tapi dia pergi kunci suis oksitosin tu siap-siap melalui proses epigenetic methylation (perubahan struktur DNA tanpa mengubah kod genetik).
Bila suis oksitosin ni dah dikunci dari dalam perut:
- Reseptor oksitosin otak bayi jadi kurang peka.
- Amigdala (pusat amaran bahaya dalam otak) jadi overactive.
- Hasilnya? Bila anak lahir dan besar, otak dia sentiasa rasa ‘in danger’.
Sebab tu ada anak yang susah sangat nak rasa tenang walaupun kita dah peluk.

Bagaimana Ibu Mengandung Boleh Rendahkan Hormon Kortisol?
Mungkin ada yang tertanya tanya bagaimana ibu mengandung boleh rendahkan hormon kortisol?
Ibu ibu, ini bukan untuk buat puan puan rasa bersalah. Ini adalah peringatan untuk kita dan suami sama-sama bantu jaga emosi puan.
Selain buat latihan pernafasan dan elakkan stres berlebihan, ada satu langkah diet mudah yang disokong sains: Minum minuman Dark Chocolate (Coklat Gelap) panas.
Dark Chocolate Boleh Bantu Ibu Mengandung Kurangkan Stres?
Coklat gelap mengandungi sebatian flavanol yang dikaji kerana potensi manfaatnya terhadap kesihatan. Namun, bukti bahawa minuman dark chocolate panas boleh menurunkan kortisol secara konsisten dalam kalangan ibu hamil masih belum mencukupi.
Jika ibu ingin menikmati minuman coklat gelap, ambillah secara sederhana dan perhatikan kandungan gula serta kafeinnya.
Menurut National Health Service (NHS), wanita hamil disarankan mengehadkan pengambilan kafein kepada tidak melebihi 200mg sehari daripada semua sumber, termasuk kopi, teh dan coklat.

Cara Menguruskan Stres Ketika Hamil Demi Kesihatan Ibu
Selain pemakanan, antara langkah yang boleh membantu ibu menguruskan stres ialah mendapatkan rehat mencukupi, melakukan aktiviti fizikal ringan yang sesuai dengan kehamilan, mengamalkan teknik pernafasan dan berkongsi perasaan dengan pasangan.
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga juga penting supaya ibu tidak perlu menghadapi tekanan emosi seorang diri. Persekitaran yang memahami keadaan ibu boleh membantu mengurangkan beban perasaan sepanjang tempoh kehamilan.
Dalam masa sama, ibu tidak perlu menyalahkan diri sendiri jika sesekali berasa sedih, risau atau tertekan. Perubahan emosi boleh berlaku sepanjang kehamilan dan tidak semestinya membawa kesan buruk kepada perkembangan anak.
Apa yang lebih penting ialah bagaimana tekanan tersebut diuruskan dan sama ada ibu mendapat sokongan yang diperlukan.
Sekiranya kebimbangan atau tekanan emosi mula mengganggu tidur, selera makan dan rutin harian, ibu disarankan mendapatkan nasihat doktor.
Justeru, menjaga kesihatan mental ibu sepanjang kehamilan bukan sekadar penting untuk kesejahteraan ibu sendiri, malah menjadi sebahagian daripada usaha menyediakan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak.
Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan!
Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!
Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out
Sumber: Thred @drrizalabubakar

sekarang!
