Menjadi ibu dan suri rumah bukan sesuatu yang mudah. Mungkin pada luaranya si ibu nampak tenang namun disebalik ketenangan itu mungkin si ibu tidak cukup tidur, tidak dapat makan pada waktunya, tidak dapat mandi dengan selesa. Siapa tahu? Yang berada dalam situasi ini sahaja yang akan memahaminya.
Siapa kata mudah menjadi suri rumah? Ditambah pula dengan anak-anak yang sedang membesar. Cabaranya pula berbeza. Begitulah luahan si ibu menerusi satu page yang terkenal di Facebook iaitu IIUM Confessions
Admin kongsikan disini.
Ads
Masalah aku bermula bila…
Pukul 5 petang masih belum memasak, tak makan lagi
Ads
Aku penat sangat-sangat, pernah bangun awal tapi…
Badan aku terlampau penat
Ads
Jangan cakap jadi suri rumah ni senang
Bagi admin, sama ada menjadi ibu yang bekerja ataupun suri rumah, setiap pekerjaan ada dugaan dan kepenatanya. Mungkin tahap kepenatan berbeza mengikut situasi dan keupayaan masing-masing. Tidak perlu dibandingkan dan tidak perlu diperkecilkan. Apa-apa pun, luahkan segala kepenatan anda..jangan simpan sendiri kerana boleh mengundang depresi tanpa disedari.
Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.
Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stres keluarga.
Anak-anak perlu dilatih untuk tidur awal setiap hari supaya mereka mendapat rehat yang berkualiti. Jika kurang tidur, anak mudah letih dan mereka cenderung untuk buat perangai pada hari esoknya.
Ibu bapa akan berasa stres jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini juga mengganggu waktu tidur ibu bapa.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti. Tiada salah untuk ibu bapa mencuba apa-apa kaedah untuk membiasakan anak tidur awal.
Tapi ingat, mengajar anak untuk tidur awal bukanlah dengan kekerasan seperti dimarahi atau ditakutkan dengan rotan!
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda.
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur.
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda.
4. Pujilah anak
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur.
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pilih buku yang menggembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Apabila tiba masa, pastikan TV ditutup supaya anak tahu bahawa sudah tiba waktu tidur.
Jujurnya ada yang malu-malu untuk berniaga sedangkan hakikatnya ilmu berniaga ini sudah tertulis di dalam al Quran sebagai resipi dan tip untuk berjaya. Ajar dan didiklah anak-anak kita untuk berniaga, jangan malu sebaliknya sokong mereka.
Perkongsian Dr Norzila Zakaria ini menarik juga untuk kita jadikan semangat untuk anak-anak berdikari dan punya pendapatan sendiri kelak. Latih anak-anak kita untuk berdikari dan punya pengalaman dalam bidang ini.
Sila baca dengan fikiran terbuka. Saya adalah produk pelajar yang tidak diajar berniaga sejak dari bangku sekolah. Oleh sebab itulah bila saya cuba berniaga, saya gagal.
Kali pertama dapat pegang duit sendiri ketika saya masih belajar. Ambil upah mengait ‘chair back’, zaman tu saya baru berusia 12 tahun. Upah mengait sama mahal dengan harga segulung benang bulu. Sakit tangan mengait tapi upahnya tidak berbaloi.
Kemudian saya ambil upah menjahit baju. Saya mula menjahit baju sendiri pada usia 11 tahun siap buat tulang belut di leher. Anak-anak zaman sekarang dah tak kenal apa itu tulang belut. Boleh tahan juga halusnya jahitan saya. Sebab tu bila saya mahu menempah baju saya perlu cari yang jahitannya lebih baik dari saya untuk rasa berbaloi.
Saya mula belajar menjahit seawal usia 9-10 tahun. Masih teringat sukarnya memahami memotong pesak baju kurung dan menjahitnya terbalik kanan dan kiri. Entah berapa kali buka jahitan sehingga lah sudah boleh memberi tip bagaimana memudahkan jahitan pesak.
Saya mengambil upah menjahit baju kurung lepas habis sekolah menengah. Ketika itu saya tidak pandai meletak harga upah.
“Ikutlah nak beri berapa pun” jawab saya bila orang tanya harga upah.
Ada yang bagi RM 10, RM15. Saya berkata demikian sebab saya bukan tukang jahit terlatih. Belajar menjahit dari emak tukang jahit kampung.
Mindset ketika itu nak buat baju sebab mahu tolong orang sahaja. Jahit tulang belut pun ambil masa dua jam baru siap (ketika itu) . Tidak berbaloi dengan upah RM10 ( 30 tahun yang lalu).
Kemudian semasa belajar di UKM Jalan Raja Muda Kuala Lumpur, saya meniaga kain, beli di Chow Kit. Dapat duit biasiswa MARA saya belikan kain yang telah siap dipotong 4 ela di pasar Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Jual kepada kawan-kawan emak dan emak sedara di kampung.
Zaman tu tidak banyak kedai kain seperti sekarang. Corak pun memang tidak jumpa di kedai kain biasa di Banting. Bila jual saya ambik untung sikit saja dalam RM 5-10, boleh hutang pula tu. Ada yang bayar dua kali. Mana nak pusing modal!
Kemudian saya berniaga tudung bawal pula (setelah berkahwin dan tinggal di Kelantan). Kedai Kak Yah Golok di Pasar Siti Khadijah tempat saya memborong tudung. Puluh ribu juga modal meniaga.
Masa ni sudah pandai kira margin keuntungan. Tapi sebab mahu tolong orang kampung masih lagi jual hutang. Ok juga lah keuntungan tu tapi yang tidak bayar pun ramai. Biasanya yang ambil banyak dan jual semula kepada kawan-kawan mereka.
Semuanya kerana tiada ilmu berniaga. Maka itulah hasilnya tiada mentor dan banyak membuang masa namun hasilnya sedikit atau rugi. Hanya untung pengalaman. Tapi kalau tiada mentor lambat lah mahu berjaya dalam perniagaan.
Anak-anak saya semasa bersekolah di Australia telah didedahkan untuk mencari dana untuk membeli sesuatu keperluan untuk aktiviti sekolah. Mereka ada mindset berniaga. Bila mereka keluar mereka pastinya ada idea mahu mencari pendapatan sampingan jika dilatih sebegini.
Boleh ke sekolah kita buat aktiviti begini? Ha pasti ada yang menjawab nanti orang kantin marah kalau pelajar menjual makanan. Nanti koperasi sekolah tak laku jual barang. Apa salahnya cutikan sehari aktiviti kantin. Beri peluang anak-anak bawa barang untuk dijual di sekolah.
Biar mereka belajar menjual dan tawar menawar. Belajar mengira kos dan keuntungan. Belajar mencari pasaran dan pelanggan. Belajar mencari pusingan modal dan pasaran tetap.
Inilah yang cuba saya beritahu Hafiz yang cuba-cuba berniaga “slime” dengan kawan-kawannya. Maka terpaksalah saya beritahu peraturan sekolah. Jangan berniaga dalam sekolah nanti jadi isu besar!
Hafiz perlu mencari pelanggan di luar sekolah dan saya akan bantu dengan idea untuk mencari pelanggan.
Saya kongsikan kesungguhan Hafiz untuk berniaga. Saya sokong 200%. Go go Hafiz!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika nak elak anak menangis di tadika, ibu ayah kena didik anak sejak umur empat tahun lagi. Inilah yang dinamakan belajar menyesuaikan suasana di tadika perlu dilakukan sejak awal lagi.
Pengasuh taska perlu memaklumkan kanak-kanak yang sudah cukup usia akan berpindah ke tadika. Kesediaan belajar ke tadika sangat penting untuk kanak-kanak membuat persediaan mental dan emosi.
Kanak-kanak yang begitu akrab dengan pengasuh taska dan rakannya akan merasa kehilangan apabila berada di tadika. Ibu bapa juga turut membantu kesediaan kanak-kanak untuk ke tadika. Antara kemahiran yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun untuk persiapan transisi ke tadika lebih mudah.
1.Menggalakkan kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu dan bersemangat untuk belajar. Hal ini penting untuk kanak-kanak untuk memulakan belajar dengan mempunyai kesedaran belajar adalah menyeronokan.
2.Mengetahui untuk menulis namanya sendiri. Kebanyakan guru tadika suka jika kanak-kanak berupaya menulis namanya sendiri, biarpun seluruh perkataan ditulis dengan huruf besar. Permulaan belajar di tadika kanak-kanak diajar menulis dan membaca namanya sendiri merupakan kelaziman aktiviti di tadika.
3.Mengetahui cara membilang sekurang-kurangnya hingga angka 10. Kanak-kanak yang ke tadika digalakkan untuk memahami urutan nombor, contohnya menyedari nombor 3 selepas 2 dan sebelum 4.
4.Mengetahui abjad. Kebanyakan kanak-kanak mengetahui abjad nyanyian yang secara tidak langsung mengenal abjad dalam keadaan sendiri. Contohnya kanak-kanak mengenal huruf secara berasingan dengan menunjukkan huruf “b” dalam perkataan atau menyebut huruf “b”. Ibu bapa juga boleh melatih kanak-kanak membaca semasa dalam kenderaan melihat papan tanda dan plat kereta.
5.Boleh menggunakan gunting. Kanak-kanak yang tidak tahu cara menggunakan gunting boleh menjadikannya kecewa pada minggu pertama di tadika. Pada minggu pertama digalakkan aktiviti menggunakan gunting dan play doh untuk membina kemahiran motor.
6.Mengetahui untuk menjaga dirinya atau keperluan fizikal. Jika ingin mengembirakan guru tadika, ajar anak anda cara mengikat tali kasut atau memakai kasut dengan betul, menggunakan tandas, boleh zip seluar atau memasang butang baju dengan sendiri dan boleh menggunakan tisu dengan betul ketika batuk atau bersin.
Semoga ibu ayah membuat persediaan awal sebelum menghantar anak ke tadika pada tahun hadapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.