Kehamilan

Suami Berhenti Merokok Bila Tahu Kaka Azraff Berbadan Dua & Tak Suka Bau Asap

Share

Setelah sekian lama berteka-teki, baru-baru ini penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya  hamil empat bulan.

Apa yang membuatkan kehamilannya ini lebih bermakna apabila suaminya, Adam Azriff, mengambil inisiatif untuk berhenti merokok selepas mengetahui dirinya berbadan dua.

“Saya rasa terharu apabila suami mengambil keputusan berhenti merokok sejak dua bulan lalu.

“Dia buat keputusan itu sebab tahu saya tidak suka kepada bau asap rokok.

“Sepanjang trimester pertama, saya tidak mengalami sebarang alahan terus, hanya tidak boleh bau badan suami. Tapi sekarang dah ok,” jelasnya.

Menurut Kaka, dia tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal kerana menghormati permintaan keluarga.

“Saya tidak berkongsi sebelum ini kerana menghormati permintaan keluarga dan selepas doktor sahkan kandungan sihat, barulah saya rasa yakin untuk berkongsi.

“Jadi sempena bulan Ramadan ini, saya ambil kesempatan nak berkongsi berita gembira dengan semua,” katanya pada media ketika majlis berbuka puasa bersama anak yatim baru-baru ini.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Noor Atiqa Mohd Azraff, 30, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang trimester pertama kehamilannya.

Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam pada 14 Disember lalu di Klang, Selangor.

Sumber: Sinar Harian 

IKLAN