Tidak dinafikan perjalanna ketika hamil sungguh memenatkan Bukan sahaja dari segi mental dan fizikal tetapi perubahan hormon juga banyak mempengaruhi emosi ibu hamil. Setelah melahirkan, rasa letih tidak akan hilang begitu dalam sekelip mata.
Bagi memulihkan semua semangat serta kesihatan ibu selepas bersalin, sangat penting untuk dirinya mendapatkan sokongan dari orang sekeliling terutamanya suami. Tak banyak tak mengapa, tetapi ada usaha untuk membantu isteri melalui waktu berpantang dengan tenang. Berikut beberapa perkara yang boleh suami lakukan:
Jaga Emosi Isteri
Ketahuilah, emosi wanita selepas bersalin sangat rapuh. Sebab itulah ada sesetengah ilmu yang mengalami post-partum depression atau lebih teruk sehingga ke tahap meroyan! Keadaan ini sangat mengganggu emosi si ibu. Menakutkan kerana pernah ada kes bayi yang dicederakan oleh ibu kerana keadaan emosi ibu yang terganggu.
Dapatkan Khidmat Penjagaan Ibu Lepas Bersalin
Untuk menyediakan segala keperluan dalam pantang, mungkin suami kurang mahir. Jangan risau, dapatkan khidmat penjagaan untuk ibu selepas bersalin. Melalui pelbagai jenis pakej yang ditawarkan, isteri akan dirawat dengan sebaiknya dan akan pulih semula sepanjang tempoh berpantang.
Anggun Confinement Care solusi terbaik! Menawarkan pelbagai servis untuk ibu dalam pantang. Diasaskan oleh Laila Hafni Rusdi dan Ahmad Affandi Dasril pada tahun 2018, Anggun Confinement Care sentiasa menjadi pilihan kebanyakan ibu selepas bersalin kerana menawarkan pakej yang lengkap dengan harga berpatutan dan boleh dikatakan antara yang termurah dalam pasaran.
Ads
Anggun Confinement Care juga merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 yang menerima anugerah Khidmat Penjagaan Ibu Berpantang Pilihan Pa&Ma.
Bukan sekadar pakej berpantang, Anggun Confinement Care turut menawarkan pakej penutup pantang serta rangkaian set produk yang boleh digunakan oleh ibu selepas bersalin.
Ads
Selain itu, spa ini turut mempunyai snek makanan pantang keluaran Anggun Confinement Care seperti peria, ulam pegaga, serunding halia dan halia rangup. Untuk ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif juga ada Uncang Milkbooster serta Lactation Cookies yang sedap!
Ads
Mudahnya berpantang kerana ibu tidak perlu menyediakan apa-apa kerana semua peralatan berpantang akan disediakan oleh Anggun Confinement Care. Liputan servis juga diberikan di seluruh Malaysia. Best kan?
Bantu buat kerja rumah & urus anak
Isteri sangat menghargai sekiranya suami dapat bantu untuk buat kerja rumah dan uruskan anak. Biarpun tidak sempurna tetapi usaha ikhlas itu sedikit-sebanyak dapat membuatkan si isteri merasa bahagia dan dihargai.
Untuk mendapatkan pekhidmatan Anggun Confinement Care layari laman Facebook, Instagram atau hubungi talian 012- 3527570 / 012- 2427570 dan 03- 87231516 (Pejabat).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rutin kehidupan anak-anak di rumah sepanjang waktu PKPP ini pastinya membuatkan anak-anak semakin bosan. Selain melalui rutin dan jadual kerja yang diberikan oleh guru, apa kata sesekali suntik rasa dan semangat anak-anak dengan menghadiah sesuatu yang cukup disukai anak kita sambil menyahut kempen LEGO ini.
Bukan hanya anak-anak bahkan dengan kempen yang satu ini, anak-anak remaja serta ibu bapa juga dapat tampil bersama sebagai sebuah keluarga bagi menjayakan kempen unik dan hebat ini.
Kempen #BuildItDriveItLoveIt yang dianjurkan jenama permainan terkemuka LEGO tampil memberi sinar dan kegembiraan kepada kehidupan anak-anak sepanjang hari. Bukan hanya bermain, malah kempen ini mampu merangsang daya kreativiti anak-anak untuk mencipta sesuatu yang hebat.
Kempen Kenderaan LEGO ini bukan hanya dapat mengetahui jenis kenderaan itu sendiri bahkan untuk meningkatkan kesedaran serta merangsang pemanduan dan keseronokkan kanak-kanak bersama ibu bapa mereka dengan memperkenalkan lebih 46 jenis kereta unik dengan pelbagai tema. Kesemua ini pastinya mendorong minat yang lebih mendalam dalam bidang automobil dan permotoran.
Bukan itu sahaja bahkan LEGO juga turut melancarkan Kalendar 30 Hari yang pastinya menyeronokkan menerusi Facebook bermula Jun ini.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, kami juga akan melancarkan kalendar 30 hari yang menyeronokkan pada halaman Facebook LEGO bermula dari 1 Jun, dengan kandungan dan aktiviti untuk keluarga serta membawa keghairahan kepada anak-anak dalam dunia automobil,” begitu kongsi wakil LEGO.
Antara aktiviti yang pastinya menyeronokkan adalah:
• Membina pertandingan dengan tema yang berbeza untuk kanak-kanak dan remaja dalam mempamerkan kreativiti mereka.
• Mengetahui fakta yang menyeronokkan mengenai kereta popular.
• Tips untuk membawa LEGO anda membina ke tahap seterusnya.
• Menyerlah dan mempamerkan kemahiran membina LEGO anak-anak secara peribadi.
• LEGO Grand Prix buat julung kalinya, akan memilih peserta muda untuk mereka bentuk dan membina kereta LEGO yang unik untuk menghadapi perlumbaan di trek perlumbaan LEGO.
Jom sertai beramai-ramai dan meriahkan kempen ini dengan mencipta sesuatu yang unik dan berbeza, sekaligus bakal berpeluang terpilih sebagai jenama LEGO baru di trek perlumbaan LEGO. Jom cabar diri dan kemampuan anak-anak kita.
Bagi anak-anak penggemar dunia LEGO, jom sertainya sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali pandang anak tidur lena, mesti terlintas di hati… “Nanti besar nanti, cukup tak simpanan untuk dia belajar? Untuk capai impian dia?”. Tak kisahlah anak masih pakai lampin atau dah mula minta duit belanja, satu perkara yang sama, kita nak mereka ada masa depan yang lebih terjamin daripada kita.
Dalam dunia yang makin mencabar, merancang simpanan bukan lagi pilihan, tapi satu bentuk kasih sayang. Menabung bukan sekadar kumpul duit tetapi hadiah yang sangat bermakna untuk hari esok anak-anak.
Ramai ibu ayah fikir menabung ni susah nak ajar sebab anak cepat bosan. Sebenarnya, kuncinya bukan pada jumlah duit, tapi pada pengalaman yang menyeronokkan.
Tip 1: Jadikan Tabung Sebagai “Harta Karun” Mereka
Belikan tabung khas dan biarkan anak pilih sendiri. Bila mereka masukkan duit, raikan walaupun cuma seringgit. Ceritakan pada mereka, setiap ringgit itu umpama batu bata kecil yang membina istana impian mereka.
Tip 2: Libatkan Anak Dalam Perbualan Kewangan Ringkas
Tak perlu istilah berat. Cukup tanya, “Kalau adik simpan RM2 seminggu, nanti boleh beli apa?”. Bila mereka nampak hasil simpanan, mereka rasa bangga. Rasa bangga itu yang buat mereka mahu terus menabung.
Tip 3: Buka Akaun Simpanan Khas Untuk Mereka Seawal Mungkin
Di sinilah peranan ibu ayah jadi lebih besar. Selain tabung di rumah, pilih platform simpanan yang kukuh dan berpotensi berkembang untuk jangka masa panjang. Salah satu pilihan yang direka khas untuk anak-anak ialah ASNB Bijak.
ASNB Bijak didedikasikan khas untuk pelabur cilik, menjadikan aktiviti menabung lebih menyeronokkan dan bermakna dengan pelbagai manfaat menarik untuk anak-anak. Melalui ASNB Bijak, anak-anak dapat membina asas kewangan yang kukuh sejak usia kecil.
Ini bukan sekadar simpan duit, tetapi membentuk disiplin dan kefahaman tentang nilai wang dari awal.
Lebih menarik, ASNB Bijak menawarkan potensi pertumbuhan jangka panjang melalui pelaburan dalam dana ASB, ASM ataupun ASN, memberi peluang kepada simpanan anak untuk berkembang seiring masa.
Bukan itu sahaja, terdapat juga hadiah istimewa untuk akaun atau pelabur baharu, kempen serta aktiviti khas yang direka untuk menjadikan pengalaman menabung lebih menyeronokkan buat si kecil. Siapa sangka kan, buat simpanan pun boleh jadi seronok?
Ibu ayah juga boleh memantau pelaburan dengan mudah dan selesa melalui aplikasi myASNB. Ibu ayah boleh kongsikan nilai simpanan anak-anak agar mereka lebih semangat untuk menyimpan! Semuanya di hujung jari, tanpa perlu risau!
Malah, dengan melabur, anak-anak berpeluang mendapatkan edisi terhad barangan Along Bijak seperti tabung, plushie, beg dan buku yang membuatkan anak lebih teruja untuk mula menyimpan.
Sempena kempen raya nanti, anak-anak berpeluang untuk memenangi hadiah best dan duit raya hanya dengan menyimpan duit raya serendah RM100 di ASB. Daripada dibelanjakan habis, lebih baik mak ayah selamatkan duit raya mereka untuk masa depan. Nantikan pengumuman kempen terbaru di media sosial ASNB!
Sebagai ibu ayah, kita mungkin tak mampu sediakan segalanya. Tapi kita mampu beri permulaan yang baik. Membuka akaun ASNB untuk anak dan melabur dalam ASNB Bijak adalah satu langkah kecil hari ini yang boleh memberi kesan besar pada masa depan mereka.
ASNB Bijak bukan sekadar tentang menyimpan wang; ia tentang memberi anak-anak permulaan awal dalam membina tabiat kewangan yang sihat. Dengan peluang melabur dalam dana untuk potensi pulangan jangka panjang, ganjaran menarik untuk pelabur baharu, serta aktiviti istimewa bersama maskot kesayangan Along Bijak menjadi langkah yang anak ambil hari ini membuka ruang kepada potensi pertumbuhan yang lebih kukuh pada masa hadapan.
Ibu ayah, mungkin sekarang masa terbaik untuk buka akaun ASNB untuk anak dan mulakan pelaburan melalui ASNB Bijak. Masa depan mereka bermula dengan keputusan kita hari ini. Selamat membuat simpanan mulai sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang ingin memperkenalkan haiwan-haiwan secara dekat kepada anak-anak, di sinilah lokasi paling terbaik bagi mereka. Farm In The City yang berlokasi di Sri Kembangan, Selangor ini adalah pilihan tepat untuk anak-anak kita mendekati haiwan sambil belajar mengenal haiwan peliharaan.
Zoo peliharaan dengan keluasan seluas 7 ekar ini dimiliki oleh Eureka Farm Sdn.Bhd. Kunjungan anda bersama keluarga ke sini sememangnya memberikan seribu pengalaman yang cukup luar biasa. Mana tidaknya, sesetengah haiwan peliharaan di sini di lepaskan begitu sahaja, lebih dekat dengan pengunjung.
Terasa kekok juga apabila ayam dan burung berterbangan bebas sambil kaki tiba-tiba tersentuh kura-kura di jalanan. Menakjubkan. Menariknya kesemua haiwan ini seperti rusa, kura-kura, ayam dan arnab yang dilepaskan begitu jinak malah tidak mengganggu pengunjung yang menyapa dan merakamkan aksi di lensa kamera mereka.
10 Tarikan Utama
Apa yang anda perlu tahu, kawasan dengan keluasan 7 ekar ini memakan masa dua hingga tiga jam untuk dijelajahi. Lanskapnya yang penuh dengan rimbunan dan pepohon di setiap laluan membuatkan kepenatan dua jam langsung tidak terasa.
Zoo yang dibuka pada tahun 2012 ini sentiasa dipenuhi pengunjung saban minggu terutama sekali setiap hujung minggu. Di sini kesemua haiwan dibahagikan kepada 10 stesen mengikut kumpulan haiwan mereka.
Antara stesen ini adalah Tortoise & Turtle Farm, Reptile Cavern, Bird Aviary, Savannah, Pet Village, Jungle Walk, Exhibition Hall, Vegetables & Fruits Farm, Deer Land dan Parrot Interaction.
Di Tortoise & Turtle Farm, terdapat beberapa ekor himpunan kura-kura daripada pelbagai negara. Antaranya Africa , Aldabra Island di Seychelles dan sebagainya. Paling menarik di sini ditempatkan beberapa jenis spesis kura-kura yang jarang ditemui misalnya cengkerang bercorak leopard, cengkerang berbentuk bintang juga tidak ketinggalan Dinasour Snapping Turtle yang cukup unik dan pelik.
Namun menariknya sudah pastilah pada beberapa ekor kura-kura Aldabra yang didatangkan khas daripada Pulau Aldabra di Seychelles. Kura-kura kedua terbesar di dunia ini dilepaskan berkeliaran dan untungnya pengunjung boleh juga memberi makanan berupa kangkung, yang disediakan buat pengunjung.
Pandangan mata pengunjung pasti tertumpu pada pelbagai jenis kambing dan kawan-kawan yang menyambut kedatangan pengunjung, sebelum memasuki pintu utama mini zoo ini. Di sini juga ditempatkan haiwan lain termasuklah kambing biri-biri India, kambing susu, ayam dan juga burung merpati.
Reptile Cavern antara yang mendapat perhatian pengunjung. Lebih-lebih lagi kehadiran ular sawa batik, ular tiung juga pastinya dua ekor buaya kedua terkecil di dunia. Unik sekali.
Memberi burung makan di tapak tangan sendiri di Bird Aviary pastinya meninggalkan seribu pengalaman buat anak kecil kita. Selain melatih anak lebih berani dan cintakan haiwan, mereka juga dapat mengenal akan ciptaan Allah yang satu ini.
Di sini ditempatkan lebih 30 jenis burung yang terdiri daripada burung jenis air seperti itik juga darat iaitu ayam. Burung tempua, budgie, pipit, merpati, setiawan dan pastinya burung Violet Turaco yang berbula seperti baldu ini pasti buat anda teruja.
Langkah anak-anak pastinya terhenti lama kala berada di Pet Village. Kawasan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bermain dengan arnab dan tikus Belanda, menangkap ikan di longkang kecil juga melihat ikan melompat bebas kala diberikan makanan di anjung kolam besar. Pastinya ia satu pengalaman yang menyeronokkan bagi anak-anak.
Memasuki kawasan Savanna pastinya buat anak lebih berani. Di sini ada tarikan kewujudan Alpaca, keluarga unta yang unik dan menarik perhatian. Begitu juga dengan spesis kura-kura ketiga terbesar di dunia, Sulcata Tortoise, yang pastinya mampu menarik perhatian anak-anak kita. Seterusnya, Di deer land, terdapat rusa Jawa jinak, rusa kedua terbesar di Indonesia dilepaskan begitu sahaja sambil mengekori kita meminta makanan.
Ladang Sayur Alami
Tidak hanya mengenal haiwan, disini juga anak-anak dapat belajar mengenal pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang ditanam di Vegetables & Fruits Farm. Menariknya kesemua tanaman di sini ditanam menggunakan kaedah tradisional dan bersifat diy, dimana kebanyakkan pokok ditanam di dalam botol mineral, bekas-bekas plastik dan pasu kecil.
Lebih menarik lagi, kawasan ladang ini dilengkapi dengan sebuah perigi kecil, khusus untuk menarik perhatian pengunjung. Lebih dekat dengan tanaman,begitu juga ilmu baru buat anak-anak.
Raccon, Meerkat & Mamorset
Salah satu monyet terkecil di dunia, white ear marmoset yang dipamerkan di sini amat menarik perhatian pengunjung. Dilepaskan bebas di dalam sangkar bersama haiwan lain seperti hedgehog.
Rupanya yang comel ditambah saiz yang cukup kecil buat pengunjung langsung tidak menyedari kehadirannya. Namun gaya lincahnya buat kita terpana. Penuh aksi!
Raccon yang dilepaskan di pohonan kayu pasti buat anda terpukau. Sebanyak 10 ekor raccon dilepaskan bebas dan paling jinak. Begitu juga dengan kehadiran Meerkat yang cukup popular menerusi tayangan Madagascar. Dapatlah anda melihat rupanya secara dekat.
Perlu Tahu
*Dibuka pada tahun 2012 dengan keluasan 7 ekar.
* Dibahagikan kepada 10 stesyen mengikut jenis haiwan dan kumpulan.
*Harga tiket RM 39 bagi dewasa dan RM32 bagi kanak-kanak.
*Lebih 100 spesis haiwan di pamerkan secara dekat dengan anda.
Farm In The City merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Petting Zoo Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...