Beberapa hari lepas tular sebuah perkongsian video di TikTok milik seorang pendakwah bebas berkenaan suami dayus membiarkan isteri bersalin disambut oleh doktor lelaki.
Kata pendakwah bebas yang dikenali sebagai Siti Afifah, keputusan membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri tidak boleh diterima akal kerana berpendapat masih ramai doktor wanita yang dapat menguruskan wanita bersalin.
Suami tak rasa cemburu ke biarkan lelaki lain tengok bawah isteri?
Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu.
Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main.
Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya.
Ads
Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah! Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki.
Kalau kamu takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana.
Ramai doktor wanita (boleh sambut) bersalin, kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak. Tengok ‘bawah’ bini awak tu.
Bayarlah doktor swasta pun. Kalau kita tahu (kos bersalin) RM4,000. Isteri beranak sembilan bulan (lagi). Letak duit, simpan sedikit-sedikit. Berdoa kepada Allah Taala. Bayarlah doktor perempuan.
Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Korang (lelaki) kalau sakit perut pun bising dan dah kecoh.
Video tersebut mendapat pelbagai respons dan komen daripada pengguna media sosial. Bagaimanapun, rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan pendakwah tersebut.
Pada 23 Julai 2023 baru-baru ini, Kumon Malaysia yang merupakan program pengayaan selepas sekolah terbesar di Malaysia telah mengadakan satu acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon yang pertama untuk meraikan lebih 10,000 pelajar yang telah mendaftar dalam program Kumon English as a Foreign Language (EFL) dan Kumon English as a Native Language (EE). Acara ini yang dirasmikan oleh Encik Atsushi Hasegawa yang merupakan Pengurus Besar Kumon Malaysia.
Dalam acara Bual Bicara Bahasa Inggeris Kumon ini telah menampilkan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan Angkasawan Malaysia sebagai speaker jemputan. Beliau yang juga merupakan salah seorang dari Parents Kumon itu turut berkongsi kepada pelajar dengan berkongsi kisah peribadinya dan kepentingan mempelajari bahasa asing. Semasa sesi perkongsiannya, beliau juga berkongsi pengalaman mengajar anak-anaknya bertutur dan membaca bahasa Inggeris pada usia yang sangat muda.
“Program Bahasa Inggeris Kumon telah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anak-anak saya dengan ketara. Dengan lembaran kerja secara berstruktur dan secara individu, program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan pemahaman bacaan dan kemahiran perbendaharaan kata mereka. Pada masa yang sama, program ini telah membantu anak-anak saya mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri dan keyakinan dalam berbahasa Inggeris,” kongsinya.
Kumon Malaysia yang cukup terkenal dengan program Matematik dan Bahasa Inggeris selepas sekolah ini kekal komited dengan misinya menyumbang kepada pembangunan masyarakat Malaysia. Melalui program bahasa Inggeris yang komprehensif dan perkhidmatan inovatif seperti Kumon CONNECT iaitu platform inovatif ini membolehkan pelajar mengakses lembaran kerja Kumon secara digital pada peranti tablet, Kumon Malaysia terus memperkasakan pelajar dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin mencabar.
Semoga Kumon Malaysia sentiasa memperkasakan lebih ramai pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan membangunkan kemahiran hidup yang penting dengan rangkaian program yang komprehensif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tiada rezeki kami..” Pelakon Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina reda apabila hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila kandungan yang sudah mencecah empat bulan keguguran.
Menerusi perkongsian di instagramnya, Safwan berkata ini adalah ujian besar buat dirinya dan isteri melalui saat getir ini. Namun disebabkan perancangan Allah lebih dari segala-galanya, mereka reda.
Pasangan ini juga telah memberi nama bayi sulung mereka Muhammad Kaif yang membawa maksud ‘semangat yang kuat.’
Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai disini sahaja. Nama dia Muhamad Kaif ❤️ Maksud : Semangat yang kuat! Dia semangat untuk hidup, semangat untuk jumpa mummy dengan daddy dia, tapi perancangan Allah itu lebih sempurna!
Kita jumpa di Syurga nanti ye Kaif ! Teruskan doa untuk mummy and daddy okay ! Dia dah cukup sifat, dah nak masuk 4 bulan, Comel, Sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia !
Dalam pada itu, Safwan turut memberi penghargaan kepada isterinya yang disifatkannya sangat hebat dan kuat dalam keadaan dirinya berdepan detik sukar ini.
Terima kasih sayang @lynakhairul ! You memang HEBAT ! You wanita yang sangat KUAT ! Saya dapat tahu benda ni terjadi ketika saya sudah sampai Turkey, Isteri saya lalui benda ni sorang2 dengan family tanpa suami🥺 Ya allah hebatnya you sayang ! I sayang sangat dekat you ! Kita lalui benda ni together okay !
Muhamad Kaif, you will always be our Child, Thankyou temankan Mummy selama ini, kita jumpa nanti okay❤️
Safwan yang merupakan bekas finalis Hero Remaja 2017 mendirikan rumah tangga dengan kakitangan kerajaan, Fathin Nur Amalina pada bulan Mac lalu.
Penyakit yang sering menyerang bayi dan kanak-kanak, ibu bapa jangan ambil mudah. Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kerana sistem imun mereka yang masih dalam perkembangan.
Walaupun ia dikatakan masalah kesihatan biasa tetapi jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan doktor, ia boleh mengancam nyawa. Dalam hal ini, setiap ibu bapa penting mempunyai pengetahuan asas mengenai jenis-jenis penyakit dan bagaimana untuk meningkatkan sistem pertahanan badan anak.
1.Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) ini merupakan penyakit kanak-kanak yang digeruni kerana mudah berjangkit antara satu sama lain. Antara ciri-ciri anak terkena jangkitan HFMD adalah:
–Ruam pada tangan, kaki dan kawasan lampin
-Ulser di tekak, mulut dan lidah
-Hilang selera makan
Ia boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan hidung, air liur dan cecair daripada ruam individu yang dijangkiti. Tetapi HFMD ialah penyakit jangkitan virus kecil yang biasanya berlangsung selama beberapa hari sahaja.
2.Ekzema
Penyakit kedua yang selalu dihadapi oleh kanak-kanak adalah ekzema. Berbeza dengan HFMD, ekzema tidak berjangkit antara satu sama lain. Kebiasaannya, kanak-kanak yang ada masalah kulit ekzema mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama.
Mempunyai kulit yang kering, gatal dan meradang, kanak-kanak sering mengalami ekzema di bahagian pipi, dahi dan kulit kepala.
3. Asma
Kasihannya apabila melihat anak-anak menghidap penyakit asma bukan? Bukan sahaja pada zaman kanak-kanak, malah asma ini juga berlarutan penyakitnya sehingga ke alam dewasa.Salah satu tanda utama asma termasuk batuk yang kerap, lebih teruk kalau terkena jangkitan virus, atau dicetuskan oleh senaman atau udara sejuk.
Gejala lain termasuk bunyi berdehit seperti kepenatan semasa menarik nafas, sesak nafas dan kesesakan dada. Asma pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan keletihan, sukar tidur dan pemulihan yang tertangguh selepas jangkitan pernafasan.
4.Cacar air
Cacar air atau chicken pox dikatakan adalah penyakit wajib berlaku kepada kanak-kanak. Ia merupakan jangkitan virus, yang disebabkan oleh virus varicella-zoster. Kanak-kanak akan mempunyai ruam gatal dengan lepuh kecil berisi cecair dan biasanya berlaku jika tidak diberikan vaksin.
Selalunya, mereka akan mengalami demam dahulu sebelum timbulnya ruam sehingga hilang selera makan. Apa yang merisaukan adalah apabila chicken pox pecah, ia akan membentuk kudis dan mengambil masa untuk sembuh.
5.Selesema dan influenza biasa
Nama sahaja berbeza tetapi kedua-dua penyakit ini berkongsikan simptom yang sama. Tetapi, penyebab kepada penyakit ini datang dari virus yang berbeza.Virus influenza menyebabkan selesema, manakala virus yang berbeza boleh menyebabkan selsema.
Kalau dibiarkan dengan lebih lama, selesema boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk iaitu radang paru-paru.
6.Jangkitan telinga
Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mengalami jangkitan telinga ketika waktu kanak-kanak bukan? Penyakit ini merupakan antara penyakit yang popular menyerang kanak-kanak.
Bukan sahaja sakit, jangkitan telinga ini disebabkan oleh bakteria atau virus yang menjangkiti ruang di belakang gegendang telinga.‘Telinga tengah’ dipenuhi dengan nanah yang menolak gegendang telinga, menyebabkan banyak ketidakselesaan.
7.Gastroenteritis
Mungkin ramai yang tidak biasa dengan nama penyakit ini namun ‘Gastroenteritis’ ialah jangkitan bakteria atau virus dalam perut atau usus. Untuk pengetahuan anda, jangkitan selalunya berlaku jika kanak-kanak menyentuh barang yang tercemar dan kemudian menyentuh makanan atau mulut mereka, atau jika mereka berkongsi minuman dengan orang yang dijangkiti.
Tanda-tanda utama biasanya:
-Muntah
-Cirit-birit
-Sakit perut
-Sakit badan
-Hilang selera makan.
8.Alergi
Inilah antara situasi yang paling tidak selesa apabila bersentuhan dengan bahan-bahan pencetus allergi. Antara gejala yang boleh berlaku kalau kanak-kanak mengalami alahan atau alergi, hidung tersumbat, hidung berair, jangkitan telinga, batuk, sakit tekak dan hidung berdarah.
Beberapa pencetus yang paling biasa ialah:
-Bulu, air liur dan kutu haiwan
-Rumput, lalang, debunga
-Habuk
-Asap rokok
-Kulat dinding
9.Rotavirus
Kalau anak bakal mencapai usia lima tahun atau sudah berumur lima tahun, mak ayah kena berjaga-jaga. Rotavirus menjangkiti usus dan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk.
Di Malaysia, kira-kira 22 hingga 50 peratus daripada kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh Rotavirus. Bahaya!
10.Sembelit
Pemakanan yang sihat dapat menjaga kesihatan usus kanak-kanak yang membesar. Kalau anda perhatikan, anak anda membuang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu, atau jika najisnya besar dan keras, mereka mungkin mengalami sembelit.
Tanda-tanda lain termasuk meneran atau berasa sakit apabila kanak-kanak cuba membuang air besar, pendarahan semasa atau selepas buang air besar, atau mengalami sakit perut yang bertambah baik selepas pergi ke tandas. Jadi, siapkan makanan yang penuh dengan sayur-sayuran serta air yang cukup.
Kesimpulannya dengan menjaga kebersihan dan mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat membantu melindungi kanak-kanak daripada pelbagai penyakit. Sentiasa berwaspada dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda penyakit.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Nampak sahaja objek depan mata, bayi terus menggapaikan tangannya untuk mengambil barang tersebut depan mata. Ini perkembangan yang cukup positif untuk perkembangan bayi di bawah usia enam bulan.