Berapa ramai bapa mithali zaman ini. Kita lelaki dan perempuan tiada yang sempurna kecuali Junjungan Mulia Nabi SAW. Tetapi berusahalah menjadi yang terbaik sebagai ibu dan bapa.
Zaman ini, peranan bapa sudah berubah sudah tidak seperti dahulu, balik kerja tunggu makan, dan hanya letak pinggan di sinki. Bapa Melayu kita sudah jauh berubah.
Perkongsian dari Yasmin Hanani Mohd Safian yang jelas menunjukkan suami bukan hanya sebagai hero keluarga tetapi dia jugalah seorang lelaki hebat jika pandai urus anak dan rumah tangga.
Ads
Saya pernah jumpa seorang bapa menyantuni dua anak kecil di KL sentral usai hantar ibu mereka bertugas di luar kawasan ke KLIA.
Semalam, saya rasa dekat 10 kali suami berulang sehingga ke malam untuk hantar ambil anak-anak tuisyen dan training sehingga ke malam. Pagi ni lepas subuh, suami buat sarapan untuk Nukman dan hantar Nukman pula untuk ke pertandingan. Beginilah tidak pernah ada makna cuti pada hari minggu walaupun tugasan dan laptop sentiasa menanti di atas meja.
Ads
Minggu lepas suami ke Kuala Terengganu, turun kapal terbang sebelum sampai rumah, singgah ke pasar dan balik terus memasak. Sampai emak saya kata, suami pun tak sempat nak rehat balik terus siang ikan. Esok awal paginya terus ambil saya di Pahang dengan anak-anak dan emak.
Bila malam saya dapat lihat lelah nya dia kepenatan tapi dia tak pernah merungut, berbanding saya kalau penat memang terus pengsan. Dalam masa yang sama dia menggalas tanggungjawab dia yang besar di tempat kerja. Malam tidurnya penat sekali, bangun pagi lebih awal dari saya.
Ads
Saya doakan semua bapa di luar sana juga sentiasa kuat demi Islam dan anak-anak.
Nak berkeluarga tak mudah dan tak senang, yang penting jihad. Nak anak ramai, suami kena turun padang dan isteri hargailah pengorbanan suami.
Wanita, jika suami tidak pernah meninggikan suara pada kita itu pun sudah satu rahmat yang besar sangat, bersyukurlah.
Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga. Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat. Semuanya demi keluarga. Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan.
Dengan menyuap makan kepada anak, mereka akan rasa lebih disayangi. Jika ayah yang menyuap dengan tangan sendiri ke mulut anak-anak, percayalah akan datang rasa hormat dan kasih kepada si ayah. Paling penting, bukan mudah sebenarnya nak suapkan anak habis sepinggan terutamanya jenis picky eater!
Jika makan sekeluarga, anak-anak akan lebih menghargai dan mengingati antara satu sama lain. Ke mana pun mereka pergi, pasti tidak akan terlupa kepada yang lain. Juga dengan suapan ayah itulah yang membuatkan mereka sentiasa terasa memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan mereka. Ayah yang menyuap pula akan sentiasa disebut-sebut dan dirindui. Percayalah.
Kasih Sayang Utuh Antara Beradik
Tahukah anda, dengan mengamalkan konsep makan bersuap oleh ayah akan membuatkan kasih sayang antara beradik menjadi utuh? Ketika suap makan, peranan ayah bukan sekadar sebagai tukang suap. Titipkan pesanan perlahan-lahan secara konsisten dan mereka akan ingat akan pesanan itu sehingga bila-bila. Jika makan disuap oleh si ayah, yang tua akan melindungi adik-adik. Yang kecil pula akan menghormati yang abang atau kakak di atasnya.
Biarpun sibuk bekerja, tunjukkan kepada anak-anak yang anda peka dengan setiap perkembangan mereka. Kongsikan cerita anda ketika di pejabat atau bersembanglah dengan mereka tentang apa saja topik. Bukan sahaja dapat memberi mereka pendedahan kepada perkara baharu tetapi membuka peluang kepada anak-anak untuk lebih mempercayai si ayah.
Tolong Ibu, Apa Salahnya?
Ini paling win! Sebenarnya, mengambil alih tugas menyuap anak-anak dapat memberi sedikit masa kepada ibu untuk berehat. Lebih bahagia, jika ketika itu ayah juga suapkan ibu. Bukan sahaja kasih sayang antara ayah dan anak-anak semakin kuat, bahkan hubungan suami isteri juga lebih bahagia dan memberi impak positif kepada tumbesaran anak.
Selepas bersalin badan terasa cukup ringan dan paling membanggakan dapat kembalikan berat asal seperti sebelum mengandung dahulu. Pun begitu biasanya tidak lama, selepas enam bulan, badan naik bagai dipam-pam.
Nak berdiet risaukan anak yang menyusukan badan? Jadi apa mak-mak nak buat untuk kembali langsing macam dulu? Ini panduan pemakanan sihat yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia. Tak perlu terlalu drastik, perlahan-lahan hingga nampak hasilnya. Jom cuba!
Nak turunkan berat badan ni sebenarnya mudah jika kita faham konsep yang sihat. Tak perlu pun siksa kan diri untuk tak makan atau skip makan.
Pertama, kena tengok aktiviti harian kita. Adakah kita aktif setiap hari? Adakah kerja kita memerlukan tenaga yang banyak? Adakah kita hanya duduk sahaja di tempat kerja?
Kedua, kena lihat apa menu harian kita. Apa yang kita biasa makan dan minum setiap hari.
Ketiga, kena tengok juga kita ada aktiviti lain tak yang memerlukan tenaga yang lebih, contoh macam kita menyusu badan ke atau kita lepas kerja ada tanggungjawab lain macam pergi berkebun ke.
Konsep dia senang saja. Untuk turunkan berat badan, kalori yang keluar mesti lebih dari kalori yang masuk.
Kalori yang keluar tu maksudnya tenaga yang kita guna seharian. Sebab tu tak semua orang sama sebab kerja kita, aktiviti kita tak sama. Ada orang yang kerja kuat contoh orang kerja buat bangunan, ada orang sedentari je macam sayalah hanya duduk di klinik dan tak banyak tenaga guna.
Err kalau tembak waterjet tak dikira sebab kalau setakat sekali je buat, itu bukanlah rutin, melainkan yang menjadi suri rumah, di mana setiap mana ada saja benda nak buat, bersih rumah la, masak la, kejar anak la.
Menu harian pun tak sama setiap orang. Nampak macam rumit tapi sebenarnya mudah, cuma perlu kesabaran dan kekuatan diri terutama dari segi mental:
Saya nak turunkan berat badan sebab saya nak sihat, saya nak turunkan berat badan sebab saya nak jadi cantik supaya nanti suami saya tak pandang perempuan lain, saya nak turunkan berat badan supaya saya mudah untuk solat, saya nak turunkan berat badan supaya nanti saya tak sakit lutut yada yada yada.
Bagaimana nak mula? Pertama sekali, buang atau kurangkan dulu makanan/minuman manis dan fast foods serta jajan. Letak jauh jauh, jangan ambil dah. Kalau rasa susah, boleh kurangkan kuantiti dulu.
Kedua, mulakan dengan menyusun makanan dalam pinggan. Susun kat sini bukanlah bermaksud susun cantik cantik pun, susun ikut apa yang badan perlu setiap hari dan setiap menu besar : kena ada sumber karbohidrat, protein dan serat. Maksudnya, makan pagi, tengah hari, petang, pastikan ada semua ini. Kuantiti adalah suku karbo, suku protein, separuh serat.
Bunyi macam boring tapi kalau buat dengan betul, inshaAllah sangat membantu. Suku tu sama dengan segengam tangan kita, separuh tu ada sebesar tapak tangan kita.
Snek di antara makan utama, boleh pilih yang simple je contoh buah ke, biskut 2-3 keping ke atau salad.
Kemudian, latih diri untuk bersenam at least 3 kali seminggu. Tak perlu pergi jauh, dalam rumah pun boleh. Belajar dekat youtube atau boleh saja nak lompat bintang ka joging setempat ka atau kayuh basikal. Janji buat dan keluar peluh.
Kerja rumah dan kerja harian tak sama dengan bersenam ye. Yang terakhir, tukarlah semua minuman menjadi air kosong sebab air kosong tak ada kalori, tak kira sejuk atau panas.
Mula mula memang nampak semua yang saya taip ini payah tapi jika kita tak mula, sampai ke sudah kita taktahu. Cari kawan yang boleh support kita untuk turunkan berat badan atau sama sama boleh turunkan berat badan.
Tak perlu diet melampau sampai tak makan itu ini, sampai nak kena puasa lama lama sehingga boleh jadi gastrik, sampai stress sebab tak berjaya turun sekian sekian kilo.
Sabar. Penurunan berat badan yang bagus tak perlu mendadak pun. Yang penting kita selesa dan boleh istiqomah. Enjoy the journey okay.
Dan, yang paling penting adalah jangan tiru sesiapa atau cuba nak jadi seperti orang lain. Do it on your own pace and peace. Kita nak dapatkan berat ideal sebab kita nak sihat, bukan sebab kita nak menunjuk. Bersihkan hati dan niat kita, tuan puan.
InshaAllah kita semua boleh jadi ideal dengan cara yang sihat.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percaya tak anak-anak sebenarnya punca rezeki kita? Jangan pernah rasa susah dan terbeban dengan kehadiran mereka kerana kehadiran mereka sebenarnya membuka pintu rezeki buat kita sekeluarga. Dalam rezeki kita sebenarnya terselit rezeki untuk anak-anak.
Sekat rezeki anak, rezeki kita pun tersekat!
Ada orang kata beli mainan ni membazir. Sebenarnya ia bukan membazir tapi itu la rezeki anak-anak. Ada orang kata manjakan anak sangat tak elok. Apa dia nak kita beli.
Bagi saya tak ada rezeki yang tak elok. Semua rezeki elok. Anak di manjakan sejak kecil, itu pun rezeki dia. Ada anak, ibu ayah duit banyak pun belum tentu lagi dapat rasa manja-manja.
Rezeki anak-anak ni datang dalam pelbagai bentuk. Ada anak dapat rasa limpahan kasih sayang ibu ayahnya setiap masa tanpa di tagih. Ada anak susah nak dapat rasa kasih sayang walaupun selalu menagih di kasihi.
Macam-macam..
Memang la yang kerja banting tulang siang malam tu kita, tapi rezeki yang kita dapat mungkin datang dari rezeki anak-anak. Memang la yang mengurus dan menjaga ekonomi keluarga tu kita, tapi rezeki ekonomi kita ni mungkin datang dari rezeki anak-anak.
Apa yang kita ada sekarang ni? Mungkin itu semua rezeki anak-anak. Kita ni cuma pemegang amanah je, wajib salurkan rezeki tersebut pada penerima yang sah.
Silap hari, kita yang menumpang rezeki anak-anak rupanya. Allahu..
Makanya usah la kita berkira-kira dengan anak. Usah la kita bakhil sangat fikirannya. Tak ada bazirnya beli mainan jika itu buat anak rasa gembira dan teruja. Elak sewenangnya kita sekat rezeki anak-anak dengan kata membazir, tak penting, ngada-ngada dan sebagainya.
Mampu beli, tak mampu usah beli. Belum rezeki anak untuk dapat. Jangan terkejut! Makin kita mewah-mewahkan anak, makin mewah la rezeki kita datang mengalir kelak.
Rezeki tak pernah terputus kalau kita tak sekat-sekat rezeki anak!
Wallahu A’lam,
Kredit: Mohd Fhais Salim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!