Sepasang suami isteri didakwa melarikan diri dan nekad tinggal mayat anak selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Sunagi Kelamah, Gemas.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang berusia 30-an dan 20-an melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Toyota Hilux dalam tragedi yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam itu, lapor Kosmo.

Toyota Hilux berkenaan dilaporkan milik seorang pengguna jalan raya yang telah berhenti untuk memberikan bantuan awal kepada pasangan suami isteri itu bersama anaknya yang terlibat dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pasangan terbabit bersama seorang anak mereka yang berusia dua tahun sebelum itu terlibat dalam nahas tersebut ketika dalam perjalanan dari Felda Jelai menuju ke Felda Bukit Jalor.

Suami Isteri Bawa Lari Hilux, Tinggal Mayat Anak Selepas Kemalangan
Kereta yang terbabit dalam kemalangan.

Menurut Anuwal Ab Wahab, suspek yang memandu kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback cuba untuk memotong lori yang berada di hadapan namun gagal mengawal kenderaan lalu terbabas di bahagian bahu kanan jalan.

IKLAN

“Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali sebelum bergesel dengan sebuah lori. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah tercampak di tengah-tengah jalan raya telah digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan, pasangan terbabit telah berjaya ditahan di kediaman mereka di Felda Bukit Jalor dan pihak berkuasa telah menemui dadah setelah melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu mereka.

IKLAN

Pihak berkuasa telah membuka tiga kertas siasatan ke atas suspek iaitu di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.

Kredit: Kosmo

IKLAN

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Suami Isteri Bawa Lari Hilux, Tinggal Mayat Anak Selepas Kemalangan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI