“Riak wajahnya dalam ketakutan, kepalanya bengkak dengan kesan darah selain badan turut ada kesan lebam sementara jari telunjuk tiada kuku.”
Begitu kata Ahmad Nor Faizal Mohd Nor, 37, individu yang menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia tiga atau empat tahun dipercayai mangsa dera di tepi jalan di Cheras Utama di sini, kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu.
Ahmad Nor Faizal berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai dengan menunggang motosikal sebelum terlihat kanak-kanak terbabit di tepi jalan.
Menurutnya, dia yang berasa tidak sedap hati berpatah semula sebelum melihat kanak-kanak itu melambai ke arahnya.
“Saya ada bertanya dia hendak ke mana sebelum kanak-kanak itu memberitahu dia sesat lalu membawanya pergi makan di warung berhampiran.
“Pada masa itu, saya turut bertanya kepada orang di situ (warung) sama ada mengenali kanak-kanak terbabit namun tiada yang mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, dia kemudian memaklumkan perkara itu ke dalam kumpulan WhatsApp penduduk, masjid dan sebagainya namun semua tidak mengenali kanak-kanak itu.
Ads
“Ketika itu saya lihat keadaannya sangat teruk dengan kesan luka baru dan lama di badan selain terdapat darah pada rambutnya.
“Kaki sebelah kanak-kanak terbabit juga tempang dan apabila dia tanya dia menjawab dalam sepatah-sepatah,” katanya.
Menurutnya, lebih menyedihkan dia turut melihat ada kesan gigitan berbentuk gigi di badan kanak-kanak terbabit manakala salah satu jarinya tiada kuku dan tidak dirawat dengan baik.
“Ketika saya tanya kenapa dia dipukul kanak-kanak terbabit hanya memberitahu papa minum bir (mabuk) lepas itu dia dipukul.
“Dia (kanak-kanak itu) juga ada beritahu mamanya juga dipukul sementara kesan cedera pada kepala kerana dihentak ke dinding,” katanya.
Ads
Katanya, dia kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara itu selepas penduduk tidak mengenalinya.
“Saya sebagai seorang bapa melihat kanak-kanak terbabit diperlakukan lebih teruk daripada binatang kerana jika hendak marahkan anak pun perlu ada batas.
“Tidak kisahlah kanak-kanak itu warga asing atau tempatan, tetapi dia tetap kanak-kanak tambahan pula mukanya cuak apabila ditanya ingin pulang ke rumah atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota rondaan cegah jenayah (RCJ) dikejarkan ke lokasi menemukan mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah apartmen sebaik dimaklumkan orang awam.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi selain tidak menemui butiran atau dokumen pengenalan diri.
Ads
“Mangsa yang berpakaian lengkap ketika dijumpai dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.
“Mangsa kemudian dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang bagi rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati mangsa berada di dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan mengimpikan cahaya mata. Namun rezeki anak semuanya ketentuan Allah. Walaupun suami isteri tidak mengalami sebarang masalah tetapi andai belum sampai rezeki tersebut, kita tak boleh menafikannya.
Ada yang berbelas-belas tahun menunggu semata-mata nak dapat seorang anak, ada yang baru beberapa bulan kahwin dah disahkan hamil. Sama jugalah situasi dilalui oleh pelakon dan penyanyi, Izzue Islam bersama isterinya yang dah lapan tahun mendirikan rumah tangga, tetapi tidak terlepas berkenaan soalan mengenai cahaya mata.
Berkongsikan mengenai perkara itu dalam program temu bual Wanita Hari Ini, Izzue mengakui pernah berasa tertekan apabila orang sering bertanyakan mengenai bila nak ada anak.
Izzue berkata anak memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga namun belum rezeki mereka untuk mereka menimang cahaya mata.
“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin, kawan baru sahaja kahwin dah dapat anak. Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.
“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan mengguris hati kita,” katanya.
Dalam pada itu, Izzue berkata meskipun belum dikurniakan cahaya mata, dia dan isteri Awin Nurin tetap bahagia serta sentiasa bersikap positif jika berdepan soalan tersebut.
“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stres. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah,” katanya.
Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM). Take note ibu ayah!
Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.
BAHAYA PINGGAN MANGKUK BERCORAK KEPADA WANITA & BAYI.
Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.
Sumber: Malay Mail Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kes kematian akibat wabak Covid-19 dilihat semakin menjadi-jadi. Keadaan ini dianggap sebagai ancaman dalam diam dan tak dapat nak pastikan siapa yang akan kena.
Apa yang menyentuh hati jika kematian ini melibatkan insan tersayang dan tidak dapat memberi ciuman terakhir. Seperti kisah lapan beradik ini yang sekelip mata menjadi anak yatim piatu kerana ibu dan ayah meninggal dunia akibat Covid-19.
Bapa pergi dulu, dua hari kemudian ibu pula dijemput ilahi
Antara nyawa yang terkorban itu, ibu bapa kepada Nazurah Nabilah Yajeed, berusia 19 tahun. Arwah ibu bapanya yang sebelum ini mencari nafkah hanya dengan berniaga goreng pisang, kembali ke rahmatullah akibat Covid-19 dalam jangka masa tiga hari. Pemergian ayah ini meninggalkan Nabilah yatim piatu bersama tujuh adiknya yang berumur antara 18 hingga empat tahun.
Sebilangan besar adik-adik Nabilah masih bersekolah, kecuali adik bongsunya yang berusia empat tahun. Nabilah sendiri merupakan pelajar di Kolej Politeknik Mersing di Johor.
Dia berkata bapanya meninggal pada hari Jumaat lalu (16 Julai) dan dua hari kemudian pada hari Ahad (18 Julai), ibunya pula meninggal dunia akibat Covid-19.
“Saya akan jaga adik-adik..”
Menurut laporan MalaysiaKini, pada mulanya, ibunya diuji positif pada 18 Jun sehingga dia pergi ke (pusat kuarantin dan rawatan) Maeps, dan kemudian pada 21 Jun, dia mengalami kesukaran bernafas kemudian dia terus masuk ke unit rawatan rapi (ICU) dan tidak sedarkan diri. Namun, apa yang menyedihkan adalah ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Julai.
“Ayah saya adalah kontak rapat ibu saya. Saya tidak ingat hari apa dia mengambil ujian dan disahkan positif tetapi dia sukar bernafas dan dimasukkan ke hospital pada 30 Jun. Dia dimasukkan ke ICU di Rumah Sakit Selayang dan selepas itu ‘ditidurkan’. Dia tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia pada hari Jumaat lalu,” kata Nabilah.
Kini Nabilah dan adik-adiknya tinggal di rumah ibu saudaranya di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Ibu saudaranya tidak bekerja dan sebelum ini positif Covid-19.
Nabilah berkata mereka semua baik-baik saja sekarang dan baru sahaja menyelesaikan tempoh kuarantin mereka. Jelasnya lagi, mereka sedang menunggu untuk memotong gelang merah jambu mereka.
Di sebalik tragedi yang menimpa keluarga mereka, Nabilah sedar hidup mesti diteruskan, apalagi dia kakak sulung kepada tujuh adik-adik untuk dijaga.
“Ya, saya terkejut dan saya masih sedih, tetapi tak mengapa. Saya perlu terus tinggal bersama adik-adik saya,” katanya.
“Terima kasih, ramai yang sudi bantu kami”
Nabilah berkata setakat ini dia mendapat bantuan daripada jiran-jiran dan juga beberapa orang tidak dikenalinya, yang menghulurkan bantuan makanan dan wang. Pun begitu, Nabilah berkata dia terbuka untuk menerima lebih banyak bantuan untuk membantu keluarganya kembali berdikari.
Bagi mereka yang ingin menghubungi Nabilah untuk memberikan bantuan, dia boleh dihubungi di nazurahkai14@gmail.com. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun (12207020456204 BIMB – NAZURAH NABILAH BENYAJEED)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Subuh adalah waktu yang sering kita ambil ringan, padahal ia menyimpan sejuta keajaiban yang tak ternilai harganya. Ketika ramai masih lena dibuai mimpi, mereka...