Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata. Tidak kisahlah sama ada anak lelaki ataupun perempuan, asalkan bayinya sihat sudah cukup membahagiakan. Pun begitu, ramai juga ibu dan ayah mengharapkan agar anak sulung mereka lelaki. Dah namanya rezeki, anak kedua dan seterusnya pun lelaki.
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang, aktif, lasak dan sukar dijaga. Sebelum anda naik darah, berikut beberapa tip yang ingin Pa&Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka.
Sebelum mempunyai anak, kita pastinya mengidamkan anak-anak yang mudah dijaga. Bergelar ibu bapa, kita dengan pantas akan menyedari anak lelaki biasanya bertenaga, agresif dan lebih banyak akalnya berbanding anak perempuan.
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menunjukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan.
Ads
Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak anda untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
TIDAK PERLU MARAH, CUKUP SEKADAR MENERANGKAN PERKARA YANG HARUS MEREKA TAHU SUPAYA MEREKA FAHAM DAN BUKANNYA MENGELAK DARIPADA MELAKUKANNYA KERANA TAKUT DIMARAHI ANDA.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Bapa terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradik perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.
Ads
TEKANKAN CIRI-CIRI KEBAIKAN DAN SENSITIVITI
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki anda, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh membacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau menggalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
MERAIKAN ANAK LELAKI DENGAN KASIH SAYANG DAN PENGHARGAAN JUGA BOLEH MENJADIKAN MEREKA LEBIH MUDAH MENDENGAR KATA.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa galakkan anak-anak anda untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu bapa anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang sesuatu hal.
Ads
Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan menghakimi tetapi galakkan mereka untuk bercerita dengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan mereka.
BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
JIKA BERMAIN DENGAN AYAH, BANYAKKAN PERMAINAN SURVIVAL. IBU PULA BOLEH BANYAKKAN BERMAIN DENGAN AKTIVITI SKIL HARIAN.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Arif Jiwa, instafamous cilik yang menjadi kesayangan ramai. Ibunya, Tya Ariffin dan ayahnya, Asyraf Khalid meminta maaf bagi pihak Arif sekiranya anaknya mungkin bersikap nakal.
LUAHAN HATI IBU SELEPAS ARIF DIKATAKAN NAKAL
“Arif sama seperti kanak-kanak lain di usianya dan kalau dia nakal, saya dan suami minta maaf”.
Itu adalah luahan pelakon, Tya Arifin, 25, memberi penjelasan mengenai anaknya yang dikatakan nakal sehingga mencederakan kanak-kanak lain.
Tambah Tya, sebagai ibu bapa, dia dan suami, Asyraf Khalid, sentiasa mengajar dan memberikan didikan kepada anak mereka supaya menjadi anak yang baik.
MENDIDIK MENJADI ANAK YANG BAIK
“Kami sebagai ibu bapa sentiasa mendidik Arif supaya membesar sebagai anak yang baik. Namun, ada kalanya, dia pun tidak faham apa yang kita ajar.
“Namun, alhamdulillah, semakin hari, dia semakin faham dengan apa yang kami katakan dan ajar,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai kejadian yang dikatakan berlaku di satu acara di Singapura hujung minggu lalu, Tya dan Asyraf meminta maaf kepada keluarga kanak-kanak itu.
“Dia masih kanak-kanak dan kadang-kadang, sedang dia seronok bermain, ada peminat datang dan minta bergambar.
MOHON MAAF KALAU ARIF BERI REAKSI NAKAL
“Jadi, kalau ada reaksi dia yang dianggap nakal, saya minta maaf. Ada ibu bapa yang faham bila kami jelaskan, tapi mungkin juga ada yang tidak faham,” katanya.
Tya juga akan lebih memerhatikan Arif selepas ini dan akan menegurnya.
Isu itu timbul apabila ada netizen menulis satu kenyataan di Twitter yang mengatakan bahawa Arif bertindak nakal dan membuli seorang kanak-kanak.
Asyraf kemudiannya membalas ‘tweet’ itu dan memohon maaf kepada keluarga kanak-kanak terbabit.
Bahaya atau tak sebenarnya Influenza ni kepada kanak-kanak? Kalau nak tahu, ikuti episod penuh Selasa ini, 1 Januari 2019 jam 12 tangah hari & ulangan 9 malam.
Pa&Ma kini kembali untuk musim ketiga. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Shera Aiyob dan Zahiril Adzim dengan topik, ‘Influenza’ hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ingin tahu kunci kejayaan anak di tadika? Ia adalah daya ingatan yang kuat. Nak tahu cara bagaimana untuk asah minda anak sejak kecil lagi untuk meningkatkan daya ingatan mereka.
Persoalannya, apa kepentingan semua ini? Dengan memiliki daya ingat yang baik dan kuat anak akan lebih mudah menerima semua pelajaran disekolah dan tidak mudah lupa. Ibu ayah boleh lakukan ini untuk membantu meningkatkan pembelajaran anak.
1.Nyanyian Lagu
Tentu anda terfikir, kenapa anda mudah mengingati lirik atau lagu televisyen sejak zaman kanak-kanak. Ini kerana muzik adalah alat pembelajaran pra-bahasa yang terbaik dan mudah. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia boleh menjadi penggalak memori yang kuat. Untuk anak yang sudah boleh berdikari, ibu ayah boleh memberi arahan dengan menggunakan muzik, seperti membuat lagu ringkas cara mengikat kasut. Untuk anak yang masih kecil, anda boleh membuat permainan dengan menggunakan lagu seperti Twinkle, Twinkle, Little Star, pastikan juga menyebut beberapa perkataan mudah supaya anak boleh mengingatinya.
2.Minta Bantuan
Secara semulajadinya, anak-anak cuba untuk menjadi terbaik dengan cara berdikari. Tetapi dihalang tanpa sedari oleh ibu ayah yang datang dengan niat untuk menolong anak tersayang. Cuba ubah cara anda. Berikan keyakinan pada anak untuk cuba dan berdikari. Apa kata, jika bawa anak ke pasaraya. Minta anak untuk mengingati beberapa senarai barang yang akan anda beli nanti. Cara ini, bukan sahaja akan memberi pengalaman menghafal yang baik untuk anak anda, tetapi ia juga akan membuatnya merasa dihargai dan dirinya istimewa.
Waktu Yang Tidur Yang Tetap
Satu kajian baru-baru ini oleh Northwestern University mendapati bahawa tidur yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pengekalan memori. Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa semasa tidur kita akan menyimpan perkara-perkara penting yang dipelajari sepanjang hari. Jadi pastikan anak anda mendapat tidur malam yang baik (kanak-kanak perlu antara 11-13 jam sehari, termasuk tidur siang) adalah penting kepada kesihatan badan dan minda.
Hafal Cerita
Bercerita adalah alat bantu yang terbaik untuk meningkatkan daya ingat pada anak. Story telling boleh digunakan sebagai bentuk permainan untuk meningkatkan memori yang lebih baik. Anak-anak akan dapat mengingat hal-hal penting dan kemudian mengingatnya dengan sangat cepat. Anak di prasekolah boleh diminta untuk hafal sebuah cerita pendek setiap hari untuk membantu mereka mengembangkan daya ingat. Cerita adalah alat bantu mengajar yang sangat bagus kerana anak akan membuat gambaran mengguna otak mereka.
5.Soal Jawab
Menurut DeAnn Davies Hospital Kanak-kanak Phoenix daripadanya penyelidikannya, mendapati perbualan yang membincangkan sesuatu perkara yang lepas akan membantu meningkatkan memori anak anda. “Sebagai contoh, selepas anda berada di taman dan bertanya soalan seperti, ‘Siapa di taman?’, ‘Apa namanya?’ Bukan sahaja jenis soalan ini dapat membantu ingatan anak, tetapi juga akan membantu anak mengenali kepentingan butiran dan mengingati, “kata Davies. Anda juga boleh bertanya kepada anak selepas membaca cerita, bertanya “Apa yang berlaku dahulu dalam cerita?” dan “Apa yang dikatakan oleh haiwan-haiwan itu?”
Lakukan cara ini secara konsisten. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bilangan perkataan yang boleh kanak-kanak sebut akan bagi kesan berapa panjang ayat yang mereka boleh buat.
Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassimkanak-kanak 2 tahun patutnya sudah boleh buat ayat 2 perkataan. Jadi bilangan perkataan yang mereka kena sebut adalah lebih kurang 70-100 perkataan. Ini purata sahaja. Kalau lebih bagus lah.
Paling sikit 50 perkataan (ini borderline). Jika tak ditingkatkan bilangan, boleh membawa kepada kelewatan untuk perkembangan bahasa seterusnya.
Jadi jika anak sudah 2 tahun ke atas tapi masih cakap sepatah-sepatah, anda perlu lihat bilangan perkataan yang mereka boleh sebut. Jika sikit sebab tu lah mereka belum buat ayat lagi.
Pentingnya ibu bapa tambahkan perkataan yang mereka boleh sebut dulu. Nanti bila bersedia mereka akan buat ayat pula.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.