Orang kata malang tak berbau! Dalam asyik beringat pun jika benda dah nak jadi tak boleh elak juga. Begitulah pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu apabila berdepan detik cemas setelah anak yang didukung oleh suami sendiri tiba-tiba jatuh kerana tergelincir.

Menurut Damiana, posisi anaknya yang mengadap belakang ketika suaminya tergelincir jatuh itu menyebabkan muka anaknya itu cedera kerana tersembam pada tiang sebelah tangga dan bucu tangga.

Suami Jatuh Terlentang Masa Dukung, Muka Anak Tersembam Kena Bucu TanggaAnaknya mengalami luka sedalam hampir seinci di bahagian hidung dan posisi hidungnya tidak seperti normal.

Suami jatuh terlentang masa dukung anak

Hati-hati lah kalau kita dukung anak. Malang tak pernah berbau. Hari ini baru ada kekuatan nak throwback balik kisah Afif baru baru ni. Ramai yang tanya macam mana Afif boleh jatuh sampai muka cedera teruk. Ada yang ingat Afif jatuh sebab buas sangat.

Suami Jatuh Terlentang Masa Dukung, Muka Anak Tersembam Kena Bucu Tangga

IKLAN

Tapi sebenarnya tak. Afif tak buas pun bahkan baru je bangun tidur masa tu. Yang jatuhnya Abi Afif. Abi Afif yang tergelincir waktu nak turun tangga masa dukung Afif. Posisi muka Afif time tu atas bahu Abi menghala ke belakang (posisi biasa lah bila kita dukung anak). Jadi bila Abi Afif jatuh terlentang, muka Afif yang menghadap ke belakang terus tersembam pada tiang sebelah tangga dan bucu tangga. Bentuk tajam yang ada di permukaan tiang tertusuk tepat pada bahagian tulang hidung Afif dan menyebabkn luka berlubang yang agak dalam (kira-kira setengah inci).

Suami Jatuh Terlentang Masa Dukung, Muka Anak Tersembam Kena Bucu Tangga

Kedudukan hidung lari sikit dari asal

IKLAN

Waktu kejadian tu petang dalam 5.40 petang. Bergegas bawa ke emergency hospital Kuala Berang. Dua kali juga la Afif muntah lepas jatuh. Darah tak brenti lagi time tu. Doktor lakukan X ray dan buat assessment. Memandangkan kecederaan Afif parah juga, doktor terpaksa refer pada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut. Dalam pukul 8 malam Afif ke HSNZ dengan Abi menaiki ambulans.

Sampai kat hospital, Afif jumpea doktor pakar mata dan hidung. Mata Afif doktor periksa sebab takut ada kecederaan saraf akibat dari hentakan kuat. Banyak kali juga doktor check. Alhamdulillah tak ada apa masalah. Lepas tu check hidung pulak. Doktor ada bagitahu alignment hidung Afif lari sikit dari asal.

Suami Jatuh Terlentang Masa Dukung, Muka Anak Tersembam Kena Bucu TanggaKemungkinan kena buat pembedahan kecil untuk betulkan balik. Jadi doktor minta puasa. Esoknya tengahari terus masuk OT. Alhamdulillah. Lancar semua. Luka pun dari jahit elok. Sekarang tunggu masa untuk sembuh je. In Shaa Allah.Doakan Afif.

IKLAN

Kemalangan boleh berlaku walaupun sudah berwaspada

Sekadar peringatan bersama. Jangan sangka kemalangan tak boleh berlaku dekat rumah. Jangan sangka kemalangan tak boleh berlaku bila kite dah sedaya upaya mengawasi anak anak kita. Jangan sangka kemalangan hanya berlaku di sebabkn keaktifan anak semata mata. Kemalangan boleh berlaku bila bila masa, kat mana sekali pun. Sekarang ni, kalau tengok husband dukung anak pou kadang-kadang datang rasa seriau seram sejuk. trauma lagi. Huhu.

Suami Jatuh Terlentang Masa Dukung, Muka Anak Tersembam Kena Bucu Tangga

P/S: Sifat manusia tu lemah. Sungguh, hanya pda Allah. S.W.T tempat kita sebagai manusia bergantung harap dan berlindung.

Sumber: Damiana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI