Pengumuman jantina anak kedua yang dikongsikan oleh pelakon Emma Maembong semalam sememangnya mengejutkan ramai pihak yang menyangkakan dia hamil anak perempuan.
Bahkan akui Emma, dia sendiri menyangkakan bayi dalam kandungannya adalah anak perempuan namun tidak meletakkan harapan apa-apa.
Namun dia bersyukur bila mana mengetahui jantina anak keduanya itu adalah bayi lelaki kerana itulah impian suaminya yang mahukan empat orang anak lelaki.
Menerusi Instagramnya, Emma turut berkongsi cerita jantina anaknya yang langsung tidak diketahui olehnya sendiri dan keluarga. Akui Emma lagi, dia terpaksa menahan diri dari mengetahui jantina anaknya itu setiap kali membuat pemeriksaan bulanan.
“Setiap kali pergi check up baby mesti cakap dengan my doctor i don’t want to know the gender, nak suprise.
“Setiap kali check jugak la tahan mata tak nak tengok screen. Cuma nak tahu baby sihat je, setiap kali tengok barang baby pun tak sabar nak beli boy or girl, tahan je sampai 8 bulan,” kongsi Emma menerusi Instagramnya.
Bahkan kata ibu kepada Shariq Arshan Gabriel ini lagi, bukan hanya ramai yang meneka anak perempuan bahkan dia sendiri menyangkakan anak perempuan.
Namun lain pula halnya dengan suami Emma, Muhammad Shazli Azhar yang mahukan anak lelaki.
Ads
“Di sebabkan my pregnancy this time lain dari my first ramai ingat girl. (actually i pun ingat girl haha) but alhamdullilah another boy.
“@shariqgabriel ada geng pecah barang rumah haha. My husband @shazli.a memang harapkan another boy, dia kata nak 4 boy.
“Thank you semua yang doakan dan yang datang semalam, i can see ramai vote girl. 90% malam semalam semua vote girl.
“So @chacha_maembong team boy sebab tu dia paling over masuk dalam my picture. Apa-apa pun thank you semua,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu Emma turut berkongsi bagaimana persiapan itu dibuat tanpa dia sendiri mengetahui jantina anaknya. Rupanya team dekorasi yang mengendalikan majlis itu sudah berpakat bersama doktornya. Mudah!
“Btw ramai yang tanya macam mana nak buat event kalau tak tahu gender anak, my deco yang set up akan call my doctor for the gender so dia sorang saja yang tahu, semua tak tahu termasuk my family. So yea sebab tu semua terkejut,” kongsi Emma lagi.
Didoakan Emma yang kini sarat lapan bulan, dipermudahkan urusan kelahirannya kelak.
Pelakon Izreen Azminda terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan pada Sabtu lalu.
Izreen yang kini sedang sarat hamil anak keempat berkata, tubuh badannya menggigil selepas keracunan makanan.
Menerusi Insta Story, ibu kepada tiga cahaya mata lelaki ini berkongsi kisahnya yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Tambah pula keadaan dirinya yang sarat hamil.
“Kali terakhir kena tahun 2022 kalau tidak silap, ini kena lagi. Keracunan makanan. Menggigil-gigil aku.
“Dua kali ganda teruk sikit dari sebelum ini, mungkin sebab mengandung kot,” kongsinya.
Menerusi perkongsian itu, Izreen turut memuat naik foto dirinya yang sedang menerima rawatan di hospital.
Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees. Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.
Melalui fasa sakit kontraksi ketika hendak melahirkan anak membuatkan ramai ibu berasa serik atau ada yang sampai trauma untuk mengandung dan bersalin lagi.
Ada bakal ibu yang terpaksa melalui fasa kontraksi yang panjang dan lama. Ini membuatkan ada kalangan ibu yang pertama kali bersalin rasa tertekan dan serik.
Tetapi biasanya perasaan serik untuk bersalin lagi hanya seketika sahaja. Selepas beberapa minggu bersalin dan menghabiskan masa bersama si comel, ibu akhirnya mengakui pengalaman melahirkan anak walaupun agak ‘terseksa’ tetapi sebenarnya sangat manis untuk dikenang.
Paling mengejutkan ramai ibu yang sudah habis berpantang mengakui rindu momen mereka mengandung dan melahirkan anak.
Apatah lagi bila anak sudah semakin membesar, ibu biasanya sedar yang mereka rupanya tidak serik bersalin dan bersedia untuk mengandung lagi.
Join webinar PERCUMA
Justeru, sebagai bakal ibu seharusnya mereka membuat persiapan dari segi mental dan fizikal sebelum bersalin. Maka ibu hamil kena rajin mencari ilmu persediaan kehamilan dan kelahiran melalui webinar, e-workshop dan kelas antenatal.
Kalau mama tak tahu mana nak cari platform ilmu persiapan bergelar ibu, boleh sertai webinar percuma “Aku Tak Serik Bersalin” anjuran Pa&Ma yang bakal berlangsung secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.
Menampilkan barisan speaker-speaker hebat yang berpengalaman luas dalam bidang kehamilan, kelahiran, penjagaan bayi dan persiapan secara emosional dan spiritual iaitu Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Putri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Semua peserta berdaftar bukan sekadar berpeluang mendengar perkongsian ilmu daripada speaker-speaker tetapi mereka juga dapat bertanyakan soalan secara langsung ketika sesi live setiap speaker.
Dr Siti Sarah Aishah, Pakar PediatrikUstazah Fatimah Syarha, Penceramah
Webinar percuma ini sangat menggalakkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata untuk menyertainya sebagai persediaan bersama.
Encik Fhais Salim, Penulis Keibubapaan
Mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menawarkan barangan bayi dan ibu. Jadi rugi kalau bakal papa mama tak join webinar percuma ini.
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat. Bahan-bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh darah yang mengalir daripada bayi ke uri.
Kedudukan uri di dalam sesuatu kehamilan merupakan satu fenomena yang spontan dan rawak. Uri pada peringkat awalnya mengelilingi kawasan karung kehamilan. Rupa bentuknya seperti bulatan berwarna putih dalam imej ultrasound. Bentuk sebegini dinamakan sebagai circumferential.
Apabila kandungan semakin membesar, uri tersebut akan tertumpu kepada satu-satu bahagian. Ia adalah anterior (hadapan), posterior (belakang), lateral (sisi, sama ada kanan atau kiri), low lying (uri berada di kawasan bawah rahim dan 90% akan naik ke atas apabila kandungan berusia 28 minggu) dan fundal (uri duduk di kawasan atas rahim). Ketika hamil, setiap 13 minggu bersamaan dengan tiga bulan. Ini bererti 26 minggu (enam bulan). Jika kandungan anda berusia tujuh bulan, ini bererti janin berusia 30 minggu.
Jika uri masih berada di bawah dan menutup ruang untuk bayi keluar, anda dikategorikan sebagai kes placenta praevia. Uri yang menutup ruang untuk bayi keluar, ia dikenali sebagai placenta praevia major. Kalau uri berdekatan dengan ruang untuk bayi keluar (tetapi tidak menutupnya), ia digelar placenta praevia minor.
Kes-kes placenta praevia dikategorikan sebagai tahap satu, dua, tiga atau empat tetapi bergantung kepada keputusan ultrasound yang doktor lakukan ke atas kehamilan
Risiko kes placenta praevia adalah pendarahan. Ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja selepas 28 minggu. Pendarahan yang diakibatkan olehnya membahayakan ibu dan kandungan. Oleh itu, jika berlaku perkara ini, anda dikehendaki mendaftar masuk hospital sehingga bersalin.
Jika berlakunya pendarahan semasa berada di hospital, anda mempunyai peluang untuk selamat daripada masalah ini. Anda akan ditolak ke bilik bedah untuk melahirkan bayi dan seterusnya, doktor akan mengeluarkan uri. Selepas uri dikeluarkan, barulah pendarahan ini berhenti. Apabila pendarahan berhenti, nyawa ibu akan terselamat.
Jika mengurut cara tradisional atau bukan tradisional, risikonya adalah pendarahan juga. Nyawa bayi dalam kandungan boleh melayang bila pendarahan berlaku. Sekiranya kurang faham atau kurang percaya, pergilah kepada doktor yang kedua atau ketiga, dapatkan pendapat mereka.
Ibu hamil dan mempunyai masalah placenta praeviatidak akan merasai kesakitan atau kurang sihat sehinggalah pendarahan berlaku. Darah yang keluar mengalir dari faraj turun ke paha dan kaki, membasahi kain atau baju berlaku secara senyap dan tiba-tiba. Hanya yang sudah sedia ada di wad boleh menerima rawatan yang segera.
Kesimpulannya, kes placenta praevia adalah kes yang boleh meragut nyawa. Untuk keselamatan diri anda terutamanya, daftarlah ke hospital yang berdekatan dan akurlah dengan nasihat doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.