Benarlah, isteri sukakan suami yang pandai melawak dan kelakar. Biasanya suami begini, pandai bergurau dan ambil hati isteri ketika merajuk. Tetapi, mereka juga ada sifat tanggung jawab yang tinggi serta serius dalam sesetengah hal. Bagi yang mengenali pelawak Atu Zero, pasti tahu sikapnya yang selamba dan suka bergurau.
Rupa-rupanya bukan sahaja di atas pentas, perangai Atu yang suka mengusik ini dibawa sampai ke rumah. Hal ini dikongsikan oleh isterinya, Shafeeqa Johari. kapsyen ini dimuat naik semasa dia berkongsi foto suaminya sedang memegang seekor kambing ketika membuat persembahan dalam sebuah rancangan lawak minggu lepas.
“Realitinya di dalam rumah tangga dia @akueatu sebagai seorg bapa dan suami juga berperangai begini.
“Lain yang suruh ambil lain yang kita dapat. Suruh ambil senduk nasi, sudu dia ambil. Janji boleh angkat nasi dia kata.
Ads
“Esok nanti jangn ambil salah anak dari sekolah ye b. Aku jerit satu taman kang. Siapa yang mewarisi bapaknya? Tentulah Sumayyah… Pening lah. #realitikehidupan #muzikallawaksuperstar,” tulis Shafeeqa.
Pa&Ma Kongsikan Beberapa Perkara Yang Boleh Buat Isteri Jadi Nak Marah Kalau Suami Asyik Buat Lawak:
Asyik nak melawak sahaja. Bila cakap sikit, nak gelak. Ajak bersembang hal serius pun nak melawak. Boleh buat isteri ‘potong’ nak teruskan perbualan.
Jadikan semua hal sebagai bahan lawak. Langsung tak serius, semua perkara nak dijadikan modal untuk bergurau. Memang perempuan tak suka!
Asyik buat lawak dan ketawa. Tapi bila orang lain cuba buat kelakar, dia jadi hambar. Seolah-olah tak faham apa yang kita maksudkan.
Mengulang lawak yang sama berkali-kali. Kali pertama mungkinlah lucu, tetapi kalau hal yang sama dijadikan lawak boleh hilang sabar jadinya.
Buat kelakar pada waktu yang tidak sesuai. Sedang si isteri mengeluh tentang masalahnya, si suami sedap buat lawak. Waktu itulah keluarnya statement, “Jangan buat lawak bodoh boleh tak?”.
Kisah pilu Sapriani turut tular di laman sosial selepas ia dimuat naik menerusi akaun Facebook UKVJ kelmarin. Menurutnya, dia tidak menyangka terpaksa melalui episod hitam itu berikutan kandungannya berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang sembilan bulan.
Terima kasih anak mak sebab sudi terima susu mak. InsyaAllah kamu kini berada di tempat lebih indah. Saya menjalani kehidupan seperti biasa, sehinggalah saya mengalami sakit hendak bersalin selama tiga hari dan masih tiada bukaan untuk bersalin.
Saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Ahad lalu namun masih tiada bukaan untuk bersalin biarpun selepas doktor melakukan proses gesaan bersalin (induce).
Akhirnya saya terpaksa akur untuk dibedah kerana doktor memaklumkan jantung anak dalam keadaan lemah dan perlu diselamatkan segera.
Katanya, sebaik anak perempuannya yang diberi nama Hadiati itu dilahirkan, kesihatan bayi itu baik dan stabil.
Selepas melahirkan anak Selasa lalu, saya sempat beberapa kali menyusukan anak dan menukar lampin pakai buang. Saya beranggapan semuanya sudah selesai dan anak sihat.
Namun pada 10 malam, anak tidak berhenti menangis dan dia dikejarkan ke unit kecemasan berikutan jantungnya lemah.
Sekali lagi saya diuji kerana nyawa anak dalam bahaya. Ternyata rezeki saya untuk mendakap anak dan memberinya kasih sayang hanya bertahan sehari
Hadiati meninggal dunia 5.30 pagi Rabu lalu akibat komplikasi jantung selepas sehari dilahirkan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang 12.30 tengah hari dengan bantuan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) pada hari sama.
Sapriani berkata, dia dan suami, Mansorshah, 32, tidak akan dapat melupakan memori singkat bersama anak syurga mereka biarpun terpaksa meneruskan kehidupan tanpa bayi di sisi.
“Saya tak dapat lupakan wajah anak yang tenang selepas dia menghembuskan nafas terakhir.
“Semua ini ketentuan Allah SWT. Saya tidak layak untuk mempersoalkan mengapa ia terjadi kepada saya, namun saya bersyukur kerana berpeluang memegang anak biarpun hanya sekejap,” katanya.
Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat. Setiap suami mahukan isterinya dikurniakan Jannah, begitu juga si ibu mendoakan anak-anak dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rumah tangga yag kekal harmoni dan sentiasa diberkati Allah SWT?
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada Allah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w.
Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh kita hidup berkeluarga.Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome. Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang Allah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekat dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.” Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan peluk cium suami/isteri dan anak-anak.Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua alli keluarganya memeluk Islam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sama-sama susah, sama-sama senang. Itu prinsip yang dipegang oleh pasangan suami isteri ini yang tular di media sosial kerana si isteri sanggup menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.
Dalam perkongsian di twitter memaparkan seorang isteri menunggang motosikal sambil dirakam oleh suaminya yang memandu kereta di atas lebuh raya.
Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa bukan suami yang menunggang motosikal? Untuk pengetahuan ramai kisah pasangan ini pernah tular iaitu, Muhamad Firdaus Ibrahim, bekas atlet tenis paralimpik dan isterinya, Siti Fatimah Mohd Nor.
Isteri berjiwa kental
Firdaus, lumpuh kedua belah kakinya selepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia 16 tahun. Sejak daripada itulah pergerakan menjadi semakin terbatas.
Menurutnya, dia dan isteri terpaksa berpindah ke Ipoh selepas mendapat pekerjaan baru, jadi selepas tamat PKPB mereka mula merancang untuk berpindah.
Isterinya menawarkan diri untuk membawa motosikal tersebut balik ke Ipoh dari KL, kerana sebelum isterinya memang sudah biasa menunggang dalam perjalanan jauh.
“Isteri kata dia dah biasa ‘ride’ jauh-jauh waktu zaman belajar dulu. Selalu ulang alik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke kampungnya Marang,Terengganu. Orangnya kecil, tapi berjiwa besar…”
Ikut dari belakang
Risau akan keselamatan isteri, sepanjang perjalanan Firdaus memang mengikut isterinya daripada belakang, dalam jarak 100 meter.
“Saya akan berada di belakang dia dalam jarak 100 meter. Kalau banyak sangat kereta beratur belakang, baru saya laju sikit. Lepas tu saya berhenti dan tunggu dia pintas saya semula…”
Kesian dia, banyak kali saya ucap terima kasih
Namun sebagai seorang suami, jauh di sudut hati Firdaus, jika dia mampu mungkin dialah yang menunggang motosikal tersebut. Namun, mujurlah dia mempunyai isteri yang berjiwa kental dan sanggup berkorban deminya.
“Saya rasa kesian dekat dia, banyak kali saya mintak maaf. Banyak kali saya ucap terima kasih kerana sanggup susah senang…”
Setakat ini, video di tweet Firdaus semakin mendapat perhatian netizen, malah ada yang mempersoalkan mengapa dia tidak menggunakan khidmat pos. Firdaus berkata, isterinya yang sudah menawar dari awal lagi untuk bawa motosikal tersebut.
Rata-rata netizen kagum dengan pasangan tersebut. Semoga pasangan suami isteri ini terus diberi kebahagiaan mengikut cara mereka dan inspirasi buat pasangan lain.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.