Pada asalnya tidak berniat untuk membuat tabungan anak, tetapi selepas beberapa ketika mengumpul timbul rasa untuk menyimpan duit buat anak mereka. Pasangan Raizuan Ibrahim dan Nurisha Anis Rosdi mula mengumpul not RM5 dan RM20 sejak tiga tahun yang lalu sebelum kelahiran anak lelaki mereka.

Artikel Menarik: [Badan Penat, Keputihan Makin Teruk. Resipi Jamu Ini Baik Untuk Kesihatan Ibu]

“Ketika itu matlamatnya berbeza. Kami fikirkan untuk kegunaan kami untuk bercuti dan sebagainya. Bila isteri disahkan hamil, terus terfikir untuk buat tabungan anak. Kebetulan waktu itu duit dah semakin banyak dan ditambah dengan pemberian orang untuk dia, jadi kami teruskan mengumpul duit itu, ” terang Raizuan apabila ditanyakan tentang permulaan mereka menabung untuk Muhammad Al-Fayyadh.

Pilih Not Duit Yang Jarang Digunakan

Menjawab persoalan mengapa not RM5 dan RM20 yang dijadikan pilihan, kata mereka kerana duit ini jarang digunakan. “Kalau berbelanja, kami banyak gunakan RM1 dan RM10, bila tengok selalunya berbaki not RM5 dan RM20 ni, itu yang menyebabkan kami selesa mengumpulnya. Kami kumpul bersama-sama. Tak ada tetapkan pun siapa yang simpan RM5 dan siapa kumpul RM20. Sama-sama simpan,” kata Raizuan lagi.

Masukkan RM5 Dalam Tabung Setiap Hari, Tahu-Tahu Dapat Buat Simpanan Sampai RM4,000!

Tambah Anis pula, mereka berdua memilih nilai wang tersebut kerana ia sederhana dan tidak terlalu terbeban untuk mengumpulnya. Mereka akan masukkan duit-duit ini dalam dua tabung berbeza dan bila tiba hujung bulan akan dikira untuk melihat jumlahnya.

IKLAN

Pupuk Sikap Disiplin

Mereka berdua konsisten dan disiplin membuat tabungan ini apabila melihatkan jumlah simpanan yang banyak. Semakin lama, semakin banyak. “Itulah yang menjadi penguat semangat kami untuk terus konsisten buat simpanan. Tak pernah terfikir pun untuk ambil dan gunakan wang itu. Kami komited untuk kumpul lebih banyak lagi,” cerita Raizuan.

Masukkan RM5 Dalam Tabung Setiap Hari, Tahu-Tahu Dapat Buat Simpanan Sampai RM4,000!

Selama tiga tahun simpanan mereka berdua, not RM5 dapat dikumpul melebihi RM4000. Duit not RM20 pula berjaya dikumpul lebih kurang RM2000 dalam tempoh setahun. Apabila wang yang disimpan sudah mulai banyak, tidaklah disimpan bawah katil atau di celahan almari baju. Raizuan dan Anis akan masukkan wang tersebut dalam akaun Tabung Haji.

IKLAN

Bersaing Sesama Sendiri

“Biarpun ini simpanan bersama, tapi kami selalu bersaing. Siapa yang berjaya kumpul lebih banyak wang untuk bulan itu. Rasa nak menang tu buat kami komited untuk menyimpan,” cerita Raizuan lagi. Menurut Anis pula, untuk membuat simpanan harus ada target dan matlamat yang jelas. Kena ada disiplin dan asingkan wang itu sebelum dimasukkan ke dalam tabung khas.

Artikel Menarik: [Diam Atau Aktif Selagi Tak Ada Masalah, Jangan Bandingkan. Setiap Anak Lain-Lain]

IKLAN

“Nak habiskan duit tu cepat. Nak mengumpul tu yang makan masa. Sebab itulah kita kena berdisiplin dan jangan mengelat. Kita dan pasangan kena saling menyokong dan kuat semangat. Maklumlah bila hampir hujung bulan tu, tengok pula duit bertimbun dalam tabung. Perasaan untuk ‘mengambil’ hak anak itulah yang perlu kita elakkan. Sekali dah ambil, nanti kita akan terbiasa,” kata Anis apabila diajukan soalan bagaiman mereka begitu komited dengan simpanan begini.

Tidak Terlalu ‘Tekan’ Diri Sendiri

Kata pasangan ini, mereka tidak mahu terlalu membebankan diri. Bergantung kepada keberadaan wang, jika ada maka akan disimpan. Tetapi seandainya pada hari itu not duit untuk kedua-dua nilai itu tidak ada, maka tiadalah simpanan. Esok pula mereka akan gantikan.

Masukkan RM5 Dalam Tabung Setiap Hari, Tahu-Tahu Dapat Buat Simpanan Sampai RM4,000!

“Sekarang ni anak kami dan berumur setahun lebih. Usaha menabung ni akan kami teruskan. Mana tahu suatu hari nanti kami mampu buat simpanan dengan nilai not yang lebih besar pula. Rasanya untuk jumlah simpanan RM5 tu lebih dari yang kami beritahu tadi. Sebab waktu itu kami memang bersungguh-sungguh membuat tabungan,” kata Raizuan.

Berkongsi harapan mereka berdua, Raizuan dan Anis memberitahu yang mereka berharap tabungan untuk anak mereka akan jadi lebih banyak untuk kegunaannya di masa hadapan. Juga menyimpan hasrat untuk mengumpul not nilai yang lain pula. “Jika ada anak yang seterusnya pun, kami akan teruskan cara tabungan begini. Harapan kami agar masa depan Fayyadh selesa dan mudah ketika dia dewasa nanti,” akhiri Raizuan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI