Betullah orang kata, suri rumah ni kerja tak pernah habis. Lepas satu, satu nak kena buat. Sampaikan tidur pun masih fikir lagi nak buat itu ini.
Sampai satu tahap, jika pasangan tak faham, itu yang menyebabkan isteri rasa stres, asyik nak marah sepanjang masa hingga anak-anak pun jadi mangsa.
Perkongsian dari Firdaus Shakirin benar-benar bermanfaat dan betapa wanita yang bergelar ibu, isteri kena sentiasa dibantu dan jangan sesekali diletakkan beban sepenuhnya di bahu mereka.
Ikuti perkongsiannya:
Bekerja dengan jadi suri rumah, yang mana lagi penat? Saya tanya isteri sebab dia berhenti kerja untuk jadi surirumah.
Dia kata jadi suri rumah lagi penat. Penat kerja lain, penat suri rumah lain..saya faham, saya kata awak tak perlu buat semua, awak masak, jaga anak ja yang lain semua tinggal kat saya, balik kerja saya buat la.
Ads
Yang lain-lain tu apa, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju…yang tu tinggal, saya boleh buat, bukan payah pun, bukan lama pun, jap je nak setel.
Saya faham sebab saya pernah jadi “suri rumah hujung minggu” bila isteri kena kerja time hujung minggu. Pukul 6 bangun, mandi, sembahyang, anak-anak tidur lagi, isteri pulak nak keluar pergi kerja dah. Lepas tu, saya start la buat kerja-kerja rumah, mula dengan basuh baju dulu. Sambil-sambil mesin tengah jalan tu, ambil penyapu, sapu rumah semua. Kena buat perlahan-lahan, takut anak-anak jaga. Lepas habis sapu, mop lantai, elok ja baju-baju dah siap dalam mesin tu, angkat dan sidai.
Siap dah dua kerja, kemas rumah dan sidai baju.
Anak-anak jaga bagi susu, buka cerita kartun pastu bagi dia orang mandi, lepas mandi, bawa pergi cari sarapan. Balik suap dia orang makan dan main-main dengan mereka. Tengah hari, bawa pula dia orang pergi bungkus lauk. Berdukung sambil pilih lauk. Kalau nasib saya baik, ada pekerja kat kedai tu tolong ceduk, bungkuskan dekat saya sebab nampak berdukung anak. Seorang dukung, seorang lagi pegang kat tepi. Nasiblah saya pandai masak nasi, tak payah beli dah nasi, lauk ja yang kena beli.
Ads
Habis makan tengah hari, masa ni selalu dia orang akan tidur dan bagi la dia orang tidur pulak, lepas tidur, saya bangun, keluar basuh pinggan, kemas dapur, kemas mainan anak tadi tu. Angkat baju di ampaian, lipat. Anak tidur sejam dua, dia orang jaga, sambung la main pula sampai ke petang. Rumah bersepah lagi sekali, petang-petang, bawa naik motor, ronda-ronda taman, sementara nak tunggu ibu dia orang balik.
Dah isteri nak balik, kita pun kemas rumah lagi, bagi nampak elok, bersih, teratur, dan bagi anak-anak mandi, siapkan anak-anak, pakai baju tidur siap-siap. Isteri balik, dah tak ada apa kerja yang dia kena buat dah.
Dari pagi hingga petang tu, terasa lama sangat, lambat ja masa berlalu. Selalu ja tengok jam, bila bini nak balik ni. Kita ni tak rehat lagi, tidur pun tak sempat lagi, mandi pagi tadi sekali tu ja. Kerja pula tak pernah habis, ada ja keje nak kena buat.
Ads
Sebab tu, saya suruh isteri “simpan” sikit kerja-kerja untuk saya. Dia tak perlu buat semuanya, sebab nanti dia akan jadi kalut, jadi penat dan letih. Jaga anak dan memasak dah cukup dah.
Kita orang laki, yang dah jadi suami, kalau ada usaha, ada kesungguhan untuk buat kerja-kerja rumah, insyaAllah, tak ada masalah. Kerja ringan je pun, tak berat sangat pun, peluh keluar sikit je. Didik diri untuk selalu tolong isteri, sebab hakikinya, itu memang kerja-kerja yang kita sendiri perlu buat, cuma isteri yang “tolong buat” untuk kita.
Kes Covid-19 yang semakin tinggi saban hari tidak menampakkan PKP bakal dihentikan dalam masa terdekat. Bimbang anak kebosanan sepanjang PKP ini, bermacam ragam aktiviti yang dilakukan mak ayah bagi menceriakan anak yang kebosanan.
Penyanyi, Tasha Manshahar juga tidak terkecuali turut sama mencari pelbagai idea agar anaknya, Muammar tidak bosan berada di rumah. Apa yang dilakukan ibu hamil ini adalah mengemas rumah Muammar bermain agar menjadikannya lebih selesa dan mainan pun lebih senang diuruskan.
Menerusi Instagramnya, Tasha berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan peminatnya. Mungkin ada idea yang boleh kita aplikasikan.
“Maka terhasil lah play area Muammar yang serba sederhana ini. Dimulakan dengan kami suami isteri sort semula mana toys yang masih boleh guna, mana yang dah boleh dihapus kira.
Pastu rak-rak tu guna pakai je apa yang ada. Add on beberapa toys baru yang best. Taktahu lah berapa lama lagi lockdown ni kan. Sian budak-budak bosan, tapi kita takde choice.
Jadi dengan wujudkan area macam ni, tukar sikit susun atur rumah, boleh improve mood kita sekeluarga especially anak-anak yang fitrahnya nak explore tapi keadaan belum mengizinkan.
Sebelum ni, kitorang longgok semua toys dalam satu playpen dalam bilik. Jadi payah nak main sebab banyak toys duduk belah bawah kita tak nampak. Nak membongkarnya malas.
Pastu jadi susah jugak bila Muammar nak pilih toys apa dia nak main. Yes, Muammar dah pandai buat keputusan sekarang. Dia pilih apa dia nak. Jadi bila susun macam ni, kita pun senang nampak mana satu kita nak ajak anak main sama-sama,” kongsi Tasha lagi.
Ajar anak disiplinkan diri
“And honestly for me macam ni lagi organised sebab kita pun senang nak kemas dekat mana tempat toys tu. Of course la masa main tu sepah. Rumah mana je tak sepah kalau ada budak kan. Kang dah sudah main ajak anak kemas sama.
Slowly boleh ajar dia disiplin walaupun most of the time mommy dedi yang kemaskan sebab Muammar cuma tolong kutip seketul dua je. Of course nak latih anak ni takes time and requires consistency. I believe lama-lama Muammar pun akan tahu mana dia patut susun semula toys tu lepas main. Doakan ya.
Rak-rak tu i beli dekat Shopee je. Boleh check out igstory i skrg i ada share link and i dah letak dekat highlight “Shopee” jugak. I pun dah buat highlight “toys” untuk share toys apa yg Muammar ada in case ada yang nak beli / jadikan rujukan.
Baru je buat dua highlight ni. Nanti from time to time i update. Semoga anak-anak kita membesar sihat, kuat, gembira dan baik hati! Aamiin,” kata Tasha berkongsi.
Cantik sungguh ruang bermain Muammar ni, nampak selesa dan kita nak kemaskan mainan anak pun rasa seronok.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tashamanshahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama macam ibu-ibu lain, Zizie Izette mengaku sukar sebenarnya hendak mendapatkan gambar perfect dengan anak-anaknya.
Walaupun kerap berkongsi gambar pasangan kembar Aadam dan Aaleph serta Jena dan Aaric yang kelihatan bijak bergaya namun di sebalik tabir ia tak semudah yang disangkakan.
Ibu berkulit putih gebu ini berkongsi di laman instagram mengenai ragam anak-anaknya ketika hendak diambil gambar. Memang lucu tetapi mereka tetap comel dan innocent.
Sebenarnya memang semua ibu pun rasa macam tu. Bila dah ada anak kecil impian nak dapat gambar sekeluarga yang perfect kadangkala hanya mimpi sahaja. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan ketabahan.
Ramai netizen yang bersetuju dengan Zizie kerana mereka yang juga seorang ibu turut melalui pengalaman tersebut.
Bagaimanapun ibu ini tetap gigih mengambil gambar anak-anaknya dan tambah mengagumkan ramai peminatnya apabila Zizie suka memakai pakaian yang matching dengan anak-anaknya.
Walaupun meriah dengan situasi kelam kabut menguruskan empat orang anak, namun peminat mengakui kesemuanya comel dan sentiasa ceria.
Walaubagaimanapun mereka semua adalah penghibur hati Zizie dan menjadi kebahagiaannya kini.
Tips Ambil Gambar Dengan Si Kecil
Pastikan semuanya sudah cukup tidur.
Bagi anak-anak makan, minum dan menyusu sebelum sesi ambil gambar.
Pastikan jurugambar ambil gambar dengan pantas sewaktu mood anak sedang ok.
Jangan expect si kecil memberikan pose yang perfect. Sebaliknya orang yang ambil gambar kena jadi kreatif.
Jurugambar kena ambil seberapa banyak angle supaya ada banyak pilihan.
Jangan paksa anak untuk senyum, ia hanya akan rosakkan mood ceria mereka nanti.
Sumber: Instagram Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam banyak-banyak kerja rumah, bab melipat baju ramai ibu agak ‘bercinta’ nak buat. Kalau nak membasuh pakaian tu tak ada masalah kan? Letak dalam mesin, masukkan sabun tunggu sampai siap.
Tetapi, bila dah kering dan angkat dari ampaian, masuk dalam bakul jika terus tak lipat, memang dari sehari ke sehari akan makin banyak. Namun ada ibu yang ambil pendekatan lipat seminggu sekali sebab kalau pun sekali harung je.
Lagi satu yang jadi kekangannya juga adalah yang ada anak kecil. Tiap kali nak lipat, mulalah datang menyibuk. Bila ibu lipat dia pula yang sepahkan. Akhir sekali terpaksa ibu tangguh dulu. Lama kelamaan, ini yang buat kain makin menimbun.
Apa-apa pun setiap ibu pasti juga akan curi masa untuk melipat kain. Tak kisahlah nak buat macam mana sekalipun, yang penting semua selesai.
Ok bagi ibu yang ada anak kecil, sebenarnya baju yang kecil-kecil tu agak ambil masa nak melipatnya. Cuma bila dah tersusun dan lipat elok dalam almari atau rak, kadang tak sampai beberapa hari anak pula yang tolong sepahkan. Pengalaman ini dah biasa ibu lalui. Jadi mulalah tak tahu mana baju, mana seluarnya.
Bagi nak mudahkan kerja ibu, perkongsian Naza Nazahiah mengenai teknik lipat baju anak ini sangat membantu. Style lipatan poket ini nak mudahkan ibu, supaya bila anak sepahkan, hanya perlu susun balik je. Tak ada lah kena lipat balik.
1) Hamparkan baju dlu, lepastu letak seluar kat atas baju. Lipat sekali. Senang
2) Akhir kejadian dah siap macam ni
3) Untuk jenis seluar bergetah, lipat ke bawah untuk jadikan poket dan selit dalamnya
Bila ayah yang kena uruskan anak, nak ambil untuk pakaikan pada anak pun senang. Sebabnya dah siap sepasang terus. Jadi tak ada alasan tertukar baju siang atau baju malam lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang jemaah haji lelaki mencuri perhatian ramai apabila membawa pulang 15 patung anak unta dari Makkah sebagai cenderahati untuk cucu-cucunya. Kisah menyentuh hati ini...