Biasa yang berlaku dalam masyarakat kita, bila kematian pada si bapa atau suami dan meninggalkan isteri dan anak-anak, pasti akan ada konflik dalam ahli keluarga. Ibaratnya orang kata tanah kubur masih merah lagi tapi harta peninggalan arwah dah menjadi rebutan.
Hinggakan anak dan isteri seolah-olah jadi terpinggir dan macam orang luar walaupun masa arwah hidup, dia memang ingin tinggalkan harta dan kesenangan buat insan yang mereka sayang.
Bagaimana dengan nasib dan hak anak yatim jika harta yang ada menjadi rebutan. Tidakkah mereka tahu makan harta anak yatim itu adalah haram dan harta yang ada sepatutnya perlu menjalani proses hukum faraid.
Berikut perkongsian dari saudara Hishamuddin Abd Majid di laman sosial Facebook untuk kita sebagai orang Islam tahu hukum yang sepatutnya.
Ramai yang tak tahu & ambil mudah
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri..
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Dahulukan hak anak yatim
Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.
Ads
1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.
Ads
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.
8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.
Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.
Ads
Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.
Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.
Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.
Menjadi kegusaran ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk menjalani ibadan tarawih di masjid. Risau jika anak buat hal, menangis atau berlari ke sana sini semasa orang ramai sedang solat. Niat di hati mahu beribadah, akhirnya terbantut dek kerana tidak khusyuk memikirkan anak-anak. Mungkin pada awalnya semua elok sahaja dan tiba-tiba terpaksa pula kita pulang awal kerana anak-anak mula menunjukkan tanda-tanda akan meragam.
Berbeza dengan keadaan di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh. Inisiatif pihak masjid untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa yang datang menjalani ibadah tarawih wajar diberikan pujian. Sebuah ruang bermain diwujudkan sehingga anak-anak ini tidak mahu pulang dek kerana terlalu seronok bermain dan membuat pelbagai aktiviti yang disediakan.
Menurut laporan Sinar Harian, ahli jawatankuasa masjid ini melihat ramai iu bapa yang membawa anak kecil ke masjid sewaktu menunaikan solat tarawih. Ini menjadi sebab mengapa ruangan ini diadakan di tingkat atas bersebelahan ruang solat diadakan ruang khas untuk kanak-kanak.
Menariknya, pelbagai aktiviti yang disediakan di sini sepanjang tempoh solat tarawih. Antaranya ialah mewarna, membaca dan banyak lagi. Kata Imam Besar masjid ini, usaha ini bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa untuk membawa anak-anak ke masjid sedari kecil. Didikan ini perlu sejak mereka masih kanak-kanak.
Mungkin ada ibu bapa yang risau akan keselematan anak-anak mereka jika ditinggalkan ketika mereka bersolat. Menjawab persoalan itu, Imam Besar memberitahu mereka mengambil langkah keselamatan dengan meminta ibu bapa untuk mengisi satu borang dan diberikan sekeping kad khas untuk diserahkan kepada pihak masjjid semasa mengambil anak mereka.
Ruang khas ini nyata selesa kerana dilengkapi dengan penghawa dingin. Antara permainan yang disediakan buat anak-anak ini adalah seperti lego, kapal terbang mainan, anak patung serta pelbagai jenis buku aktiviti matematik, melukis dan mewarna. Hampir 90 peratus permainan dan buku-buku di sini dibeli menggunakan hasil sumbangan orang ramai.
Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini. Sepanjang empat hari puasa yang lalu, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.
Dengan inisiatif begini, Imam Masjid Negeri berharap lebih ramai jemaah yang hadir dan tidak risau untuk membawa anak-anak mereka. Menurut perkongsiannya lagi, masjid ini tidaklah besar mana. Memberi cadangan jika masjid yang lebih kecil mahu mempraktikkan cara begini, untuk menggunakan balai lintang atau buat pembahagian bagi mewujudkan zon kanak-kanak. Dengan kemudahan parkir yang selesa di kebanyakan masjid negeri, dengan adanya usaha untuk menambah ruangan kanak-kanak, pasti memberi lebih kebaikan kepada para jemaah.
Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri.
Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.
Safiuddin merakamkan ucapan terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ahmadsafiudinn.
“Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.
“Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.
“Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya,” tulis Safiuddin.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.
Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.
Selepas mendapat rawatan dan berjaya melalui fasa pembedahan berisiko, kini adik Ainul dah sedar dan direhatkan buat sementara waktu untuk pemantauan rapi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibu bapa Ainul, anak syurga ini seolah gembira dan jelas menampakkan kecomelannya selaps tumor seberat 200 gram berjaya dikeluarkan.
Sumber: Astro Gempak, Ig Ahmad Safiuddin & Dr Amalina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang sedia maklum bahawa Tuanku Agong serta seluruh keluarga baginda kini menjalani kuarantin sehingga 9 April ini berikutan terdapat 16 orang staf istana disahkan positif Covid-19.
Berikutan situasi ini, hanya keluarga KDYMM Agong serta tiga orang pembantu sahaja yang berada di dalam istana ketika ini. Masing-masing hanya duduk di dalam bilik dan perlu dikuarantin buat sementara waktu untuk memastikan keadaan terkawal walaupun doktor telah mengesahkan yang lain-lain negatif Covid-19.
Walau bagaimanapun, Permaisuri Agong, Tunku Azizah melalui instagramnya sentiasa memuat naik aktiviti yang baginda lakukan sepanjang tempoh kuarantin.
Biarpun terpaksa berada berasingan, itu tidak menjadi halangan buat baginda untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Baginda telah berkongsikan aktivitinya menyediakan sarapan pagi buat baginda Agong.
Sehebat mana pun, tanggungjawab kepada suami nombor satu
Menurut baginda lagi, ketika membuat sarapan pagi ringkas untuk baginda Agong, sarung tangan dan topeng penutup muka tidak pernah diabaikan.
Kongsi Tunku Azizah, sebagai seorang isteri, tidak kira bangsa, agama ataupun kedudukan, tanggungjawab kepada suami haruslah dilaksanakan. Jadi, menyediakan makanan buat pasangan adalah satu yang menyeronokkan buat dirinya.
Kagum cara Tunku Azizah
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, pengikutnya cukup kagum dengan cara Tunku Azizah dan menganggap baginda sebagai inspirasi buat wanita lain.
Bukan itu saja, Tunku Azizah juga turut memanfaatkan masa lapangnya sepanjang tempoh kuarantin ini dengan aktiviti mengait dan semua kagum dengan kreativiti yang ada pada baginda.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.